
Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik menawan, pelakon Mawar Rashid. Bahkan kemesraannya dengan suaminya Raf Yaakob atau nama penuhnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob,sentiasa mencuri perhatian netizen.
Terbaru muat naik di Instagram milik suaminya, Raf Yaakob telah meraih perhatian ramai apabila memaparkan percutiannya bersama Mawar di London.
Video dipaparkan adalah mengenai Chef selebriti, Salt Bae yang menunjukkan mereka sedang menikmati persembahan penyediaan hidangan stik daging.
Namun apa yang mengejutkan, harga stik daging itu mahal. Ia menjadi perbualan netizen. Malah ada komen-komen yang dikongsi menghiburkan.
Aksi riak wajah terkejut melihat bill membuatkan netizen terhibur. Jumlah bayaran cecah hingga RM10K!
NETIZEN TERKEJUT HARGA STIK DAGING MAHAL!
Pasangan Baru Kahwin Idamkan Hubungan Berkekalan Sepanjang Hayat? Ikut 10 Tip Dari Peguam Syarie Ni!

Sekarang ni buka je laman sosial, pantang scroll feed mesti akan naik gambar rakan-rakan kita menamatkan zaman bujang mereka.
Lebih-lebih lagi sekarang ni dengan situasi yang tak mengizinkan, kebanyakan memilih untuk membuat secara kecil-kecilan sahaja dengan mengehadkan jumlah tetamu.
Pada yang tak dijemput, jangan terasa hati. Lebih baik kita mendoakan yang baik-baik. Kan?
Pada pasangan pengantin, perkahwinan ni bukan untuk setahun dua, harapnya kekal hingga selama-lamanya. Jadi, yang mana masih lagi belajar untuk hidup berdua, jom ikuti perkongsian dari peguam syarie, Fahmi Ramli tentang perkara penting yang anda perlu buat untuk elakkan kemusnahan rumahtangga.
10 Perkara penting “Pengantin Baru” kena buat untuk elak perceraian
Kadang kala, semasa nak jadi pengantin baru ni, ada pasangan yang mungkin tak ambil tahu tentang persiapan yang perlu selepas kahwin. Bukan terlambat, cuma jangan tidak ambil tahu langsung.
Selepas berkahwin, banyak cabaran besar bakal berlaku kepada pasangan baru. Khususnya hal yang berkaitan pengurusan dan undang-undang keluarga Islam. Jika enggan peduli tentang isu ini, pastinya akan berlaku keretakan besar istana yang dibina.
Jadi, saya nak kongsikan 10 perkara penting kepada bakal pengantin baru perlu ambil peduli selepas kahwin kelak.
1. Teruskan belajar tentang ilmu kekeluargaan Islam
Selepas saja suatu pasangan diakadnikah, mereka perlu tahu bahawa mereka sudah terikat dengan Undang-undang Keluarga Islam. Jadi, mahu atau tidak, suami dan isteri perlu belajar tentang ilmu kekeluargaan Islam.
Khususnya perkara yang penting untuk diketahui berkaitan dengan hak suami isteri selepas kahwin, hak anak, hak selepas perceraian dan hak suami isteri jika berlaku kematian.
Memang kita tak mahu cerai dan mati, tapi kita perlu tahu, ajal dan jodoh atas ketentuan Allah. Mahu atau tidak, kita perlu terus belajar dan ambil peduli tentang perkara ini.
2. Suami kena sedia tempat tinggal yang selesa & berasingan kepada isteri
Rumah adalah keperluan wajib untuk suami sediakan kepada isteri. Sebaiknya, rumah ini disediakan berasingan daripada orang lain termasuk ahli keluarga suami atau keluarga isteri.
Jika suami dan isteri ‘PJJ’ atau perkahwinan jarak jauh, tidak tinggal bersama, suami tetap wajib sediakan rumah kepada isteri. Boleh sewa atau beli, yang penting disediakan tempat tinggal yang selesa dan berasingan kepada isteri. Ini termasuklah perbelanjaan rumah seperti elektrik dan air perlu dibayar oleh suami.
3. Rancang kewangan dengan bijak
Salah satu sebab terjadinya pergaduhan suami isteri sepanjang karier saya, didapati banyak pasangan yang bercerai diawal usia perkahwinan adalah disebabkan ‘duit tak cukup’ atau bergaduh ‘sebab duit’.
Pada saya, untuk elakkan pergaduhan tentang wang ringgit, mesti perlu ada budget atau perancangan kewangan yang bijak serta mesti dipatuhi suami isteri. Kalau negara kita ni pun, sampai berdebat dalam Parlimen untuk budget diluluskan, maka amat penting jugalah suami isteri bincang betul-betul budget bulanan dan tahunan.
4. Masukkan nafkah belanja isteri secara online transfer setiap bulan
Jika suami itu seorang anggota tentera, pasti tak ada isu tak dapat Nafkah sebab anggota tentera wajib ada potongan kepada isteri. Mungkin isu yang timbul adalah isu tak cukup nafkah. Itu perkara lain. Namun, contoh ini patut diteladani oleh pasangan yang lain.
Setiap bulan, suami wajib masukkan duit belanja isteri ke dalam akaunnya bagi mudah membuktikan bahawa pemberian nafkah berlaku. Sekiranya duit yang hendak diberikan suami itu termasuk duit rumah, perbelanjaan isi rumah dan anak-anak, perlulah masukkan sejumlah wang yang wajar. Janganlah masuk setiap bulan RM200, tapi duit itu jugalah untuk isteri bayar sewa, beli barang dapur, beli barang anak. Memang tak cukup sangat lah.
5. Dapatkan nasihat atau kaunseling jika berlaku perbalahan
Sekiranya berlaku pergaduhan suami isteri, segera dapatkan khidmat kaunseling di Pejabat Agama. Jangan pendam setiap masalah. Ia perlu diluahkan kepada orang yang boleh bantu selesaikan masalah anda.
Tidak semestinya suami yang perlu mohon kaunseling, isteri secara bersendirian boleh mohon untuk kaunseling walaupun suami enggan kaunseling.
6. Adu pada keluarga sebarang masalah, jangan pendam
Setiap isu dan permasalahan yang timbul, andai perkara itu kecil macam mana sekalipun, jangan simpan sendiri. Ada yang ahli keluarga tak tahu sebarang masalah, kerana tak pernah diberitahu.
Misalnya sering berlaku pergaduhan fizikal, duit belanja tak cukup dan lain-lain. Kadang ahli keluarga bukan nak suruh cerai, tapi nak jadi orang tengah yang boleh bawak berbincang. Kalau nak nikah dulu pun pakai ahli keluarga untuk bercakap, takkan bila jadi isu, kita abaikan mereka.
7. Buang tabiat lama yang negatif
Jika semasa bujang, ada tabiat merokok misalnya, selepas kahwin patut buang kerana duit belanja harian akan bazir dan bahaya kesihatan anak isteri. Begitu juga dengan tabiat lain isteri, kalau masa bujang banyak bergaul mesra dengan rakan sekerja, maka selepas kahwin, perlu ada batasannya.
Sama juga dengan hobi yang mungkin tak bagus untuk perkahwinan. Contohnya, suami asyik main game tak kira waktu siang malam sebab biasa buat semasa bujang, hobi tu patut dibuang atau dikurangkan. Ini adalah salah satu punca pasangan muda bercerai zaman ini.
8. Siang waktu bekerja, malam waktu bersama keluarga
Kalau dulu zaman bujang selalu lepak di kedai mamak waktu malam untuk tengok bola dengan kawan-kawan, selepas berkahwin perlu ada hadnya. Khususnya ketika pasangan yang baru ada anak kecil.
Siang anda sudah spend masa untuk bekerja dan bersama pekerja, maka waktu malam apa salahnya menggunakan waktu sebaik mungkin untuk bersama anak isteri. Apa salahnya tonton bola kegemaran anda di rumah bersama anak isteri kan?
9. Jangan sembunyikan perkara penting
Tolong jangan sembunyikan apa-apa maklumat khususnya berkaitan dengan hutang, harta yang dimiliki dan tanggungan yang ada sebelum dan selepas kahwin. Kadang-kadang ada wanita yang tak tahu, rupanya suami yang dikahwini tersebut mempunyai isteri lain dan anak-anak terdahulu.
Begitu juga setiap pasangan, jangan ada meletakkan password telefon atau apa-apa password bank yang tidak diketahui kepada setiap pasangan. Meletakkan password yang tidak diketahui ini pasti akan menimbulkan rasa curiga dan boleh sukarkan pasangan untuk keluarkan duit bank jika kematian anda bagi urusan terdesak.
10. Utamakan perbelanjaan isteri dan anak sebelum diri sendiri dan orang lain
Bila dah kahwin, suami wajib meletakkan keperluan isteri dan anak lebih penting daripada segalanya sebab suami yang sanggup nak pikul amanah tersebut. Kalau tidak, apa guna nikah kalau belanja isteri pun tak mampu. Belum lagi dapat anak yang perbelanjaannya pun agak tinggi sekarang.
Kadang-kadang, ada yang tak mampu tanggung diri sendiri pun, tapi nak juga nikah. Akhirnya, diri terbeban bukan sebab tak mampu, tapi sebab asyik ditakuk yang lama. Jangan nafkah anak dan isteri terabai sudah la.
Ada tak rakan atau saudara anda pengantin baru? Boleh tak sampaikan amanat saya ini seluas-luasnya?
Sumber : Fahmi Ramli
“Kenapa Sikit Sangat ‘A’? Pakar Motivasi Tegur Sikap Ibu Ayah, Jangan Taksub Dengan ‘A’!

Ibu ayah mana yang tidak segembira setelah anak mendapat keputusan cemerlang eputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah keputusan ‘A’ yang banyak menjadi impian setiap ibu bapa!
Namun dalam terujaan itu, sudah tentu ada anak-anak yang tidak mendapat keputusan cemerlang di sindir tanpa sedar bahawa kata-kata itu akan menguris hati anak-anak. Sekali gus menjejaskan motivasi diri anak itu.
Menerusi perkongsian oleh Pakar Motivasi terkenal, Dr.Tengku Asmadi T.Mohamad menerusi facebooknya.
Dr Asmadi, menyatakan mendapat kiriman coretan seorang pelajar yang sedih apabila ibunya menyindir keputusan peperiksaaan SPM tidak banyak ‘A’.
Nasihatnya, usah mempertikaian keputusan itu sebaliknya raikan. Malah SPM adalah hanyalah permulaan. Perjalanan hidup dan kerjaya anak-anak masih panjang. Mereka perlukan kita sebagai ibu bapa yang faham.
“Ada orang kongsikan coretan komen seorang pelajar yang baru dapat keputusan SPM semalam kepada saya. Ini komen saya untuk tatapan ibu bapa semua. “
“Anak-anak ini ialah mereka yang menduduki SPM dalam keadaan Pandemik. Belajar tidak menentu. Saya amat simpati dengan cabaran mereka. Jadi usah bandingkan dengan keputusan anak-anak terdahulu.
“Kedua, kecerdasan anak-anak kita berbeza. Ada yang cerdas bahasa, sains dan matematik. Ada yang cerdas agama dan al-quran. Ada yang cerdas sukan, muzik, seni dan kemahiran. Pendek kata, rezeki anak-anak kita tak sama.
“Malah jika belum nampak kecerdasannya sekali pun, dia mungkin anak yang sanggup jaga kita, mandikan kita, basuh berak kencing kita di hari tua. Dia mungkin anak yang doakan kita bila kita sudah tiada.
RAIKAN ANAK, SPM HANYALAH PERMULAAN.
“Jadi, raikanlah keputusan anak waima apa sekalipun keputusannya. Usah pilih-pilih. SPM hanyalah permulaan. Perjalanan hidup dan kerjaya anak-anak masih panjang. Mereka perlukan kita sebagai ibu bapa yang faham.
Sekian.
RINTIHAN PELAJAR SETELAH ‘A’ JADI UKURAN
Sumber: Dr. Tengku Asmadi – DTA
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nak Privasi Layari Facebook, Begini Cara Sembunyi Status Online Elak Tahu Sedang Aktif.

Setiap hari boleh dikatakan antara kita akan membuka aplikasi Facebook untuk mengetahui pelbagai isu yang diperkatakan di sosial media.
Namun, apabila melayari aplikasi itu, maklumat status online pasti akan dapat dilihat oleh orang lain, Ia mungkin menyebabkan ada teman mengirim messenger. Ia sudah tentu menganggu privacy anda!
Sebenarnya ada cara untuk menyembunyikan status online di Facebook walaupun anda sedang online.
Bagi yang belum ketahui caranya, jom ikuti langkah demi langkag ini.
Pada aplikasi Facebook, pertama sekali klik pada ikon 3 garis berikut.
kemudian pilih menu Setting & privacy.
Seterusnya Tap pada menu Settings
Pilih menu Active Status.
Pada paparan berikut, matikan tombol berikut.
Akhir sekali Tap pada menu Turn Off. Selesai, maka dengan itu tiada lagi Online status kelihatan pada profil Facebook anda.
Sudah berjaya! Selamat melayari Facebook tanpa gangguan lagi!
Sumber: wiser.my
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.