‘Coney Dog’ Ala A&W Tersedap. Makan Satu Confirm Nak Lagi!

Share

Andai teringin nak makan Coney Dog mesti ada antara kita akan singgah Restoran A&W. Dari dahulu hingga kini, rasanya tidak pernah mengecewakan. Cukup enak dan menyelerakan!

Apa kata kali ini kita cuba pula sediakannya  sediri. Sebenarnya bahan-bahan yang diperlukan bukan susah mana pun untuk dicari. Malah proses menyediakannya juga cukup ringkas.

Jadi bila terasa teringin hendak makan, anda tidak lagi perlu berkira-kira keluar rumah. Bahkan terus sahaja boleh masuk ke dapur untuk menyediaknnya. Jika buat dalam kuantiti yang banyak, elok sangat di jadikan bekal anak-anak ke sokalah dan  suami ke pejabat. Bukanke lebih menjimatkan?

Ayuh, ketahui dahulu bahan dan cara penyediaannya sebagaimana yang telah dikongsi oleh puan Rrose Rapii Via MAHN.


Coney dog in the house
Breakfast & Bekal anak-anak pagi nie
#

By Dapur Mama Rrose

Resepi gravy (Ikut cara saya sendiri ya)


Bahan-bahan:

Sedikit Buttercup

Daging dan ayam cincang

Bawang putih di dadu

Bawang Holland di dadu

Sos cili

Sos Black paper

Sos Honey Bbq

Maggie Cukup Rasa

Gula

Cara-caranya

  1. Cairkan buttercup, tumis bawang putih dan bawang holland separuh masak.
  2. Masukkn daging dan ayam cincang tadi, kacau bagi sebati dan biarkan sehingga air daging & ayam tu kering.
  3. Kacau bagi sebati,masukkan sos cili, sos black paper, sos honey bbq dan kacau rata.
  4. Masukkn maggie cukup rasa dan gula.
  5. Kacau sebati dan tutup api.
  6. Rasakan mengikut citarasa sendiri dan pastikan ada rasa pedas,masin dan manis.