
Sejak dilahirkan penyeri hidup pasangan selebriti terkenal Fattah Amin dan Fazura, yang diberi nama Nur Fatima Aisya ini sering menjadi tumpuan sejak wajahnya dikongsikan kepada umum.
Terbaru, akaun Instagram Fattzuralovelife, berkongsi gambar Fatima sedang makan di bulan Ramadan.
Biar pun hanya memaparkan wajah comot dengan sisa makan di mulut, warganet tetap terhibur.
“Assalamualaikum semua puasa tak? Fatima puasa hari ni.. “
PEMINAT TERHIBUR WALAUPUN HANYA SEKEPING GAMBAR FATIMA.
Warganet memuji kecomelan Fatima yang kini telah berusia tujuh bulan.
COMEL MATA HITAM TU
Apa yang pasti, paparan wajah Fatimah sentiasa di tunggu-tunggu peminat ibu bapanya. Peminat sentiasa tak sabar menantikan setiap perkongsian mengenai kehidupan Fatima.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Pernah Kena Sindir Jual Kuih, Tak Patahkan Semangat Pemilik Kueh Untuk Berjaya!

‘Ala meniaga kuih je pun, ini makanan tepi jalan je, ala bape sen je sangat’
Itulah ayat keramat yang diterima oleh CEO Kueh Cafe, EN Ezwan Mohamad Zain Ketika baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dan siapa sangka, dengan menjual kuih inilah menjadikan perniagaannya kini sudah memasuki tahun ke-6!
Menurut bapa tunggal yang berusia 43 tahun ini, pencapaian terbesar baginya apabila perniagaan Kueh Cafe bukan sahaja dikenali ramai iaitu dalam kalangan penduduk Shah Alam sahaja, malah ada juga pelanggan yang datang dari negeri Johor, Melaka dan Perak.
Bagi yang belum menjejakkan kaki ke sana, Kueh Cafe membawa konsep tradisional tapi mengenakan rekaan hiasa berbentuk moden. Di sana, anda akan disajikan dengan 40 jenis kuih yang berbeza, dan antara yang paling mendapat sambutan adalah roti jala di mana anda boleh makan panas-panas seusai masak, malah anda juga boleh tengok sendiri cara penyediaannya di sudut roti jala! Menarik kan?
Bukan cuma itu, bagi yang ingin singgah untuk makan tengahari, ada juga pilihan makanan berat disediakan seperti nasi lemak, nasi tomato, nasi hujan panas, laksam, mee kari, dan banyak lagi!
Konsep sahaja tradisional, tetapi untuk pilihan air Kueh Cafe tidak ketinggalan untuk mengikut trend iaitu menyajikan pelbagai pilihan kopi. Tetapi, apapun tetap tak boleh kalah dengan teh tarik yang sentiasa hot menjadi menu yang sentiasa hot selling!
Sudahlah sibuk dalam menguruskan perniagaan Kueh Cafe, perlu menjaga anak seorang diri. Bagi Ezwan, dia seorang yang akan mengasingkan masalah ketika di tempat kerja dan juga peribadi.
“Sudah pasti setiap perniagaan tu ada pasang surutnya. Saya jadikan ia sebagai cabaran. Think positif dan ambil langkah positif dengan dalam masa sama tak campur aduk masalah kat rumah,” katanya dipetik dari video Familiku D’Boss.
Jom saksikan video penuh tentang kehidupan CEO Kueh Cafe dalam menguruskan perniagaannya dan kisah peribadinya dalam membesarkan anak.
Kentang Bertunas Dan Berwarna Hijau Ada Racun? Begini Penjelasan Pakar Kimia Ini.

Ramai yang suka makan kentang. Ada yang beli dengan jumlah yang banyak tapi akhirnya kentang tak sempat masak.
Kentang yang disimpan lama boleh bertunas. Namun tidak ramai tahu kesan jika makan kentang bertunas. Ikuti perkongsian pakar kimia, Dr Fatimah Salim mengenai kentang yang telah bertunas.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Benar, ubi kentang (Solanum tuberosum) yang bertunas atau berwarna hijau menunjukkan kehadiran bahan kimia semulajadi yang bersifat toksin iaitu alkaloid glikosida seperti solanin (struktur kimia di bawah 👇🏻).
Selain daripada ubi kentang, bahan kimia toksin ini juga terdapat pada tomato (Solanum lycopersicum), terung (Solanum melongena), iaitu tumbuhan dari genus Solanum.
Kehadiran bahan kimia toksin ini dapat dilihat dengan adanya warna hijau pada ubi kentang. Warna hijau ini sebenarnya disebabkan oleh kehadiran bahan kimia klorofil, namun meningkatnya klorofil ini menandakan banyaknya bahan kimia solanin terbentuk di situ.
Selain daripada warna hijau dan tunas sebagai penanda, bahagian kentang ini juga berasa pahit. Dan semakin tinggi terang warna hijau, semakin tinggi juga kandungan toksin yang wujud. Bahan kimia toksin ini sebenarnya dihasilkan pada tunas sebagai salah satu cara (aka mekanisma) pertahanan ubi kentang untuk memastikannya tidak dimakan, serta tumbuh dan membesar dengan jayanya. Sama seperti rebung atau pucuk sayuran lain. Boleh baca ulasan saya mengenai rebung di pautan ini
https://www.facebook.com/100000727466295/posts/2534212663279624?d=n&sfns=mo
Bahan kimia toksin semulajadi ini tidak akan termusnah dengan haba memasak, namun kandungannya akan berkurangan sekiranya direbus dan air rebusan dibuang. Antara kesan keracunan toksin ini ialah gatal pada mulut, pening, loya, muntah, cirit-birit, sakit perut… yang mana boleh berlarutan kepada radang, sakit sendi serta mampu menyebabkan lumpuh, kecatatan kepada bayi dalam kandungan dan kematian.
Pun begitu, kesan-kesan ini adalah bergantung kepada jumlah (aka dos) toksin yang wujud dan ketahanan sistem badan individu. Ada yang boleh terkesan dengan jumlah yang hanya sedikit, ada pula yang tidak. Bagi keracunan dengan simptom ringan, badan kita mampu detox sendiri.
Jadi ubi kentang ini sudah tidak boleh makan?
BOLEH, dengan membuang bahagian yang ditumbuhi tunas atau bahagian yang berwarna hijau. Ini kerana bahan kimia toksin ini hanya tertumpu pada tunas dan berhampiran kulit kentang yang berwarna hijau sahaja.
Sumber: Dr Fatimah Salim
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Putu Piring Pandan Inti Padat Gula Merah, Makan Panas-Panas Memang Sedap!

Putu piring kebiasaannya berwarna putih namun putu piring ini paling istimewa kerana bukan hanya menggunakan gula merah dan campuran tepung pulut ke dalam adunannya bahkan penambah rasa air pandan buat rasa putu piring bertambah sedap.
Macam mana rasanya? Jom cuba perkongsian resipi Pn Iedaa Jahaya ini. Memang sedap!.
Putu beras gula merah pagi ini. Saya tak guna beras cuma guna tepung beras dan tepung pulut. Alhamdulillah sedap.
Bahan dan cara penyediaan putu piring gula merah:
1. 1 1/2 cawan tepung beras, sangai sekejap dan ketepikan dulu.
2. Panaskan kukusan.
3. Sapu acuan dengan sikit minyak
4. Dalam 1 bekas masukkan tepung beras sangai, 1 sudu besar tepung pulut, sedikit garam.
5. Sebatikan bahan dulu dan kemudian masuk sikit-sikit air pandan + emulco pandan.
6. Gaul-gaul hingga jadi macam serbuk roti.
7. Kemudian ayak dan tekan-tekan dengan sudu hingga tepung halus turun ke bawah.
Ni pula cara penyediaannya. Jom cuba!
1. Masuk 1 sudu kecil dalam acuan lompang (tak perlu tekan).
2. Masukkan 1 sudu kecil gula merah.
3. Isi lagi adunan tepung beras tadi hingga penuh.
4. Tak perlu tekan padat-padat ya, manja-manja saja.
5. Buat hingga habis dan kukus 10 ke 15 minit.
6. Setelah siap, keluarkan dari acuan.
Dah siap!. Sedia untuk dinikmati.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club