“Comelnya Suara Latar.” Voice Over Masakan Kanak-Kanak Perempuan Pelat Umur 5 tahun, Bikin Netizen Terhibur!

Share

Tular sebuah video masakan yang mengunakan suara kanak-kanak perempuan berusia lima tahun telah menarik perhatian netizen.

Video berdurasi 2 minit itu membuatkan ramai terhibur dengan dengan sebutan yang pelat sambil menunjukkan cara-cara memasak nasi goreng.

Biarpun sebutan agak kurang difahami namun para netizen memuji kanak-kanak itu yakin menyebutkan setiap bahan-bahan masakan. Malah ada yang ingin mengenali suara comel itu.

Ibunya, Nur Hamizah Bakhtiar yang memuat naik video berkenaan menerusi grup Masak Apa Hari Ini hingga mendapat lebih 2K share, sebelum ini gemar berkongsi video memasak menggunakan background lagu, kali ini mencuba kelainan dengan menggunakan suara anaknya sebagai suara latar video.

Namun siapa sangka, video berkenaan telah tular! Ramai teruja mendengar suara pelat anaknya yang dikenali sebagai Naura.

“Asyik record video guna lagu je, kali ni try suara anak umur 5 tahun untuk voice over video masak-masak.”

 

Para netizen terhibur dengan suara latar Naura yang pelat!

Sumber: Nur Hamizah Bakhtiar

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

Bintang Kecil:
Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara