Pelakon, Emma Maembong selamat bersalin anak keduanya di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur pada Rabu.
Berita gembira tersebut disampaikan sendiri oleh suaminya, Muhammad Shazli menerusi laman Instagram pada satu jam yang lepas.
Bayi lelaki seberat 3.4 kilogram tersebut dilahirkan secara normal dan Shazli sempat memanjatkan kesyukuran kepada Illahi atas kurniaan yang sempurna ini.
“Alhamdulillah, @emma_maembongofficial we got another one ♥️ baby boy coming in hot at 3.4kg 🔥 normal labor”
“Allah is the greatest.”
Nak tengok bantal peluk selesa bantal peluk selesa untuk ibu hamil? Tengok sini!
Tambah Shazli lagi, Shariq Gabriel, anak sulungnya kini sudah besar dan menjadi abang sulung.
“@shariqgabriel big brother now”
Shazli turut berkongsi video bersama Emma dan anak keduanya di dalam wad bersalin.
Pasangan ini dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan warga maya. Rata-rata memuji kecomelan bayi putih gebu ini.
Tahniah Emma dan suami di atas kelahiran cahaya mata tersayang!
Kredit: Shazli