
Pelakon, Emma Maembong selamat bersalin anak keduanya di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur pada Rabu.
Berita gembira tersebut disampaikan sendiri oleh suaminya, Muhammad Shazli menerusi laman Instagram pada satu jam yang lepas.
Bayi lelaki seberat 3.4 kilogram tersebut dilahirkan secara normal dan Shazli sempat memanjatkan kesyukuran kepada Illahi atas kurniaan yang sempurna ini.
“Alhamdulillah, @emma_maembongofficial we got another one ♥️ baby boy coming in hot at 3.4kg 🔥 normal labor”
“Allah is the greatest.”
Nak tengok bantal peluk selesa bantal peluk selesa untuk ibu hamil? Tengok sini!
Tambah Shazli lagi, Shariq Gabriel, anak sulungnya kini sudah besar dan menjadi abang sulung.
“@shariqgabriel big brother now”
Shazli turut berkongsi video bersama Emma dan anak keduanya di dalam wad bersalin.
Pasangan ini dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan warga maya. Rata-rata memuji kecomelan bayi putih gebu ini.
Tahniah Emma dan suami di atas kelahiran cahaya mata tersayang!
Kredit: Shazli
“Beliau Adalah Antara Guru Agama Yang Saya Belajar Di Alam Maya.”- Datin Alya Sebak Khabar Duka Syekh Ali Jaber Meninggal Dunia.

Kala ini seluruh Indonesia sedang berduka kehilangan ulama terkenal di Indonesia, Syekh Ali Jaber meninggal dunia di Rumah Sakit Cempaka Putih, Jakarta, ketika dilaporkan sedang menjalani rawatan COVID-19.
Menurut laporan Awani, punca kematian Syekh Ali Jaber atau nama sebenarnya Ali Saleh Mohammed Ali Jaber, 44, belum diketahui selepas ada laporan menyatakan Allahyarham negatif virus itu sebelum meninggal dunia.
Menurut hantaran Instagram yayasan.syekhalijaber, pendakwah bebas yang popular di aplikasi Instagram, YouTube dan TikTok serta sering muncul di pelbagai stesen televisyen tempatan itu meninggal dunia pada 8.30 pagi tadi.
“Benar Syekh Ali wafat. 08.30 WIB (waktu Indonesia Barat), sudah dalam keadaan negatif COVID. Di RS Cempaka Putih, Jakarta,” menurut rakan Allahyarham, Ustaz Yusuf Mansur dalam hantaran Instagram tersebut.
Dalam pada itu, khabar duka ini juga terkesan kepada rakyat Malaysia yang biasa mengikuti ceramahnya secara alam maya.
Antaranya artis Malaysia iaitu penyanyi Datin Alyah yang juga merupakan isteri kepada Datuk Ramli MS menerusi akaun Instagramnya berkongsi coretan banyak mendapat ilmu yang bermanfaat mendengar ceramah agama arwah.
Tidak pernah berjumpa dgn beliau.Tapi sering melihat ceramah ceramah beliau antara perkongsian beliau…
Jgn pernah tinggal solat sunat 2 rakaan sebelum solat subuh.walau pun solat subuh mu telat tetap juga lakukan solat sunat itu.Kerana dia seumpama dunia dan seisinya.
Dan yg ini juga perkongsian beliau.
Jgn dihina wanita tidak berhijab
Kerana kita tidak tahu urusan dia sama Allah swt.Doarin aja supaya diberi yg terbaik.
Sebenarnya ada byk kata kata beliau yg saya Belajar.Jgn pernah tinggalkan ayatul qursi selepas solat wlupun kamu terburu buru kerna urusan dunia.
Beliau adalah antara guru agama yg saya belajar di alam maya. Dan hari ini khabar duka yg membuatkan saya menitiskan air mata. Kerana tiada lagi kata kata ilmu dari beliau.
Beliau sudah kembali disisi Allah swt buat selama lamanya…
Beliau adalah Allahyarham syekh Ali jaber.
AL FATEHAH semoga Allahyarham tenang istirehat disana amin yarabal Alamein.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham
Dan seluruh rakyat Indonesia.
Warganet akui sumber rujukan dalami agama secara alam maya
Dalam pada itu, rata-rata warganet juga mengucapkan takziah dan mengakui banyak ilmu yang dikongsi arwah selama ini, walaupun tidak pernah jumpa tapi kenal dengan ilmu yang diajar.
“Ye , sangat sedih dengan kehilangan beliau . Banyak ilmu yang dikongsi selama ini . Memang menangis bila teringat . Tak pernah jumpa tapi kenal dengan ilmu yang diajar . Alhamdulillah kita sempat berguru dengan beliau.
“Kan…rindu akn tazkirah beliau nanti..selalu ckp jgn lupa sokat dhuha.
“Almarhum slalu berpesan sedekah subuh.
“Betoi dia guru pertama permergianya menbuat akak menagis dan bersedih tak pernah rasa mcm bi sedih dgn permergian guru2 lain.” antara luahan hati warganet.
Sumber: alyah81
Sebelum Roti Expired, Baik Buat Roti Telur Cheese & 4 Menu Lain Untuk Anak Makan. Memang Sedap!

Kadangkala kepingan roti putih kita terbiar begitu sahaja hingga habis tarikh luputnya. Daripada dibiarkan membazir dan buang begitu sahaja ada baiknya kita cuba cipta resipi kreatif untuk anak-anak.
Lima resipi ringkas yang dikongsikan oleh Nisak Abu Hassan ini pasti sedap dan buat anak-anak teruja nak menjamahnya. Suami pun pasti suka. Jom cuba.
1. Karipap Roti Sedap dan Sempoi
Bahan-Bahan :
Roti gardenia (berapa keping korang nak)
Inti (resepi ni guna inti karipap)
Tepung jagung (kalo tak ada guna tepung gandum pun boleh)
Air
Caranya:
1. Untuk kulitnya, gelek roti sekeping demi sekeping untuk nipiskan. Trim bahagian tepinya.
2. Lepas tu sapukan bancuhan tepung jagung dengan air di sekeliling roti (tengok pic), untuk tujuan gam.
2. Letak inti kat tengah roti. Kemudian cantumkan hujung ke hujung roti membentuk segitiga.
3. Tekan disekeliling guna garfu. Tujuannya nak tutup rapat.
4. Panaskan minyak dan goreng.
5. Daaaa. Inilah dia karipap roti anda yang dah siap.
Sumber: Canteq.blogspot
2. Roti Telur Cheese
Bahan-bahan :
Roti
Telur
Keju
Caranya:
1. Letakkan 2 keping keju diatas roti.
2. Kemudian letakkan sekeping lagi roti di atas keju tersebut seperti sandwich.
3. Salutkan roti tersebut dengan telur yang telah dipukul.
4. Panaskan minyak dan gorengkan.
3. Muffin Roti Butterscotch
Bahan-bahan:
12 – 16 keping roti gardenia butterscotch
3 biji telur
2 cawan susu segar
1 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
1sudu teh esen vanilla
3 batang sosej
Cheese mozarella
Caranya:
1.Gelek roti hingga nipis dan tekap menggunakan tumbler plastik/cawan plastik untuk membentuk bulat.
2. Didihkan air dan rebus sosej dalam 5 minit dan potong berbentuk mancis.
3. Sapu acuan dengan marjerin/butter. Bentukkan roti macam kulit tart.
4. Masukkan sosej dan cheese.
5. Masukkan telur, tepung, baking powder, susu segar dan esen vanilla ke dalam mangkuk. Pukul menggunakan wisker hingga sebati. Tuang bancuhan telur ke dalam
roti.
6. Bakar pada suhu 180’C selama 15 – 20 minit.
Sumber: resepicikguani.blogspot.my
4. Garlic Bread
Bahan-bahan:
1 sudu butter
2 keping roti
Daun parsli kering (flakes)
1 biji bawang putih atau beli serbuk garlic
Caranya:
1. Ambil satu sudu butter, campurkan dengan pasliey dan serbuk bawang putih.
2. Bagi yang guna bawang putih, tumbuk sampai hancur dan gaulkan sekali.
3. Sapu pada roti dekat roti tu.
4. Bakar dalam periuk ajaib selama lima minit.
5. Jejari Roti
Bahan-bahan:
24 keping tepi roti (dari 6 keping roti)
1 biji telur
2 sudu besar susu segar
Sedikit garam
Gula halus secukupnya
Mentega / margerin untuk menggoreng
Caranya:
1. Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk. Pukul telur biar sebati.
2. Panaskan 2 sudu besar mentega.
3. Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sehingga perang.
4. Buat sampai habis. Kalau mentega kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya.
5. Bila dah siap, taburkan gula halus ke atas roti. Sedap dimakan semasa panas.
Sumber: ohgempak.com
Sumber: Nisak Abu Hasan
Ustazah Ini Kongsi 4 ‘Bekalan’ Untuk Anak Ke Sekolah

Setiap pagi, ibu bapa pastinya sibuk menyediakan bekal makanan untuk anak-anak ke sekolah. Namun, selain makanan jasmani, anak-anak juga memerlukan bekalan rohani dan emosi agar mereka lebih bersemangat, yakin, dan bersedia menghadapi hari persekolahan.
Dalam perkongsian ini ustazah Aminah Mat Yusoff , kita akan melihat empat perkara penting yang boleh dijadikan bekal utama buat anak-anak kata-kata semangat, pesanan azimat, doa ibu bapa, dan penyerahan sepenuh kepercayaan kepada guru. Dengan amalan ini, bukan sahaja anak-anak lebih berdisiplin dan bermotivasi, malah hubungan ibu bapa, guru, dan anak akan menjadi lebih erat serta diberkati.
Bekal yang anak-anak wajib bawa ke sekolah.
1. Bisikan kata-kata semangat.
Setiap pagi sebelum anak-anak melangkah kaki ke sekolah, selain dari makanan untuk jasmani, mereka memerlukan makanan untuk rohani dan emosi.
“Awak anak hebat dan kuat”
“Awak anak pandai dan cerdik”
“Awak anak soleh, awak boleh”
Kata semangat ini jika di ulang-ulang, anak akan percaya mereka seperti itu. Menguatkan jiwa dan menambah keyakinan diri mereka.
Biasanya anak yang dimarahi, dihambur dengan kata-kata negatif akan hadir ke sekolah dalam keadaan murung, tidak bersemangat, suka menyendiri, tidak suka berkawan, sukar menerima teguran dan kuat membantah.
2. Pesanan azimat.
Selalu pesan pada anak, hormati guru, taat dengan ajaran dan suruhan guru. Gunakan bahasa yang sopan semasa bercakap dengan guru dan kawan, sentiasa bersedia menghulurkan bantuan jika diperlukan.
Jangan gunakan barang kawan tanpa keizinan. Jaga barang yang diamanahkan oleh ibu ayah sebaiknya. Kurangkan keluar masuk tandas kerana ia mengganggu proses pembelajaran di sekolah.
Pesanan ini mendisiplinkan anak. Sekurangnya mereka tahu garis sempadan yang perlu diikuti. Mereka tidak berdisiplin bukan kerana nakal, tetapi mereka tidak diajar untuk mematuhinya.
3. Doa mujarab.
Letak tangan kanan di ubun-ubun kepala anak, kemudian baca doa ini.
اللهم حفظه كما حفظت من عبادك الصالحين.
” Allahumma haffazhu kama haffzta min ‘ibadikassolihiin”
Ya Allah jagalah anakku seperti Engkau menjaga hambaMU yang soleh”
اللهم فقهه فى الدين وعلمه التأويل
“Allahumma faqqihhu fid diin, wa’ allimhutta’wil”
Ya Allah berikanlah kefahaman kepadanya tentang agama dan ajarilah ia ilmu ta’wil ( tafsir Al-Qur’an)
Amalkanlah selalu, jangan terlepas. Doa adalah vitamin untuk minda dan fizikal anak. Ia menjadi pelindung dan membawa keberkatan dalam hidup anak. Doa yang baik adalah lambang keredhaan ibu ayah dan anak akan beroleh redha Allah SWT dengan asbab doa ini.
4. Penyerahan muktamad.
Serahkanlah sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah dan guru yang mendidik. Usah timbul perasaan ragu dan rasa tidak percaya.
Bina ukhuwwah dengan guru, saling bekerjasama dan ucaplah ” Saya serahkan anak ini untuk cikgu didik, betulkan mana yang silap, pandulah mana yang tersasar”
Sumber: Aminah Mat Yusoff