
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bersambung lagi, sudah tentu kelas pembelajaran anak-anak tetap diteruskan.
Apabila anak di rumah pasti ada yang kerap ulang-alik ke dapur mencari kudapan.
Buat ibu-ibu yang sibuk, apa kata cuba buat pizza dalam cawan ni. Mudah aje. Nak uruskan anak-anak pun mudah. Seorang ambil satu cup. Mudahkan! Jumpa ikuti resipi ini.
PIZZA in a cup ( dpt 8 papercup)
2 biji telur
3 keping roti (potong cube)
2 btg sosej
2 sb butter (cairkan)
2 sb sos spahetti
5 sb susu cair
1 sb mayonis
Cara penyediaan:
campur semua bahan… masukkan dlm papercup.
Kemudian tambah:
2 keping cheddar cis (sekeping potong 4). nk tambah cis mozarella pun sodap. sedikit oregano (hiasan atas cis).
bakar suhu 160 selama 10minit..
selamat menjamu selera
Sumber : noriza Zainal Abidin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Kalau Buat IVF Saya Kena Berehat Panjang. Ia Rezeki, Kalau Lekat Jadilah.” Rancang Hamil Lagi, Siti Nurhaliza Impi Sepasang Anak

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mengakui sudah menjalani prosedur peringkat awal rawatan kesuburan ‘In Vitro Fertilization (IVF)’ dalam usahanya untuk hamil lagi.
“InsyaAllah saya bukan makin muda. Saya sasar sebelum usia 43 tahun. Saya menjalani apa yang doktor sarankan seperti yang dilakukan ketika berusaha mendapatkan Siti Aafiyah.
“Ia rezeki. Kalau lekat. jadilah. Saya berserah kepada Tuhan. Tak dapat tak mengapa. Aafiyah sudah menjadi kurniaan indah dalam hidup saya.
“Kalau saya sudah di tahap mula prosedur seterusnya yang lebih tinggi, memang saya kena rehat seperti sebelum ini. Saya pun sudah beberapa kali berjumpa doktor.
“Kalau saya diam tak aktif itu mungkin ia petanda tengah ‘mengeram’ lah itu nampaknya,” katanya yang ditemui di majlis sambutan ulang tahunnya yang ke 41 sekali meraikan kelab peminatnya Siti Zone yang mencecah usia 16 tahun Disember lalu.
Dalam pada itu, Penyanyi kelahiran Kuala Lipis ini mendambakan kehadiran anak lelaki memandangkan kini sudah ada anak perempuan.
“Kalau Boleh saya nak sepasang, sekarang dah ada perempuan. Insyaallah kalau ada rezeki mahu lelaki pula. Tetapi andai tiada rezeki tak mengapa saya bersyukur kerana ada Aafiyah,” ujar Siti lagi.
Mengenai majlis hari ini, Siti bersyukur kerana terus disayangi peminat tersayangnya.
“Apa yang saya raih ini hingga terus disayangi serta dihargai peminat, sesuatu yang bukan mudah. Bukan semua orang dapat.
Ia rezeki besar. Saya berdoa hubungan dan ukhuwah ini akan kekal sampai akhir hayat,” katanya.
Pada majlis itu, Siti turut mendendangkan lagu Anta Permana, Terang dan Cinta Luar Biasa (nyanyian Andmesh Kamaleng).
Pada majlis bertemakan konsep kostum pekerja itu, Siti memilih gaya ahli silap mata.
Siti turut menyumbangkan sumbangan peribadi kepada ahli Sitizone yang kurang bernasib baik.
Sumber: Berita Harian Online & Mstar
Kalau Marah Anak & Tak Boleh Kawal Diri, Ikut Saranan Doktor Ini, Mak-Mak Kena Buat Perkara Ni!

Tak dinafikan, perangai anak yang ‘macam-macam’ buat kita jadi hilang kawalan diri. Hilang sabar dalam diri mungkin kerana terlalu penat dibebani dengan tugasan lain ditambah pula kerenah anak yang pelbagai.
Ada ketikanya sampai satu tahap, tangan naik dengan sendirinya tanpa kawasan. Sudahnya bila dah pukul anak, mak-mak akan menangis sendiri dan menyesali perbuatan ini. Itulah yang selalunya dilalui oleh semua wanita bergelar ibu.
Anda patut ikut saranan doktor muda ini, Dr. Taufiq Razif yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan di facebooknya.
Banyak kebenaran dalam setiap kata-katanya. Bagi ibu, buat seperti yang disarankan olehnya.
” Rasa je nak mengamuk terus buat benda ni..
Kadangkala tu saya tak salahkan pun emak emak yang mengamuk kat anak sendiri. Sebenarnya emak emak ni cuma perlu moral support daripada orang di sekeliling je.
Yela, anak ramai. Kerja pula bertimbun. Pasangan pula jenis tak memahami. Memang boleh jadi tiba-tiba hilang kawalan diri. Sebab tu emak emak ni kena tahu tanda-tanda yang diri tu hampir hilang kawalan.
Antara tanda-tanda yang emak-emak kena tahu adalah :
– tiba-tiba je pernafasan jadi laju
– dada rasa berdebar debar
– tangan dalam posisi menggenggam
– nada suara jadi lebih tinggi daripada kebiasaan
– dah mula timbul rasa benci dengan anak sendiri
Kalau ada tanda-tanda dalam senarai di atas, anda patut lakukan beberapa perkara ini. Wajib buat ya!
Dah ada je tanda-tanda ni terus buat ‘Time-Out’ untuk diri sendiri.
Jauhi anak-anak, pergi ke satu sudut dan duduk bersendirian. Masa tu kena buat Deep Breathing Exercise.
Guna teknik 4-7-8
Amik nafas dalam selama 4 saat. Tahan nafas selama 7 saat dan hembus nafas perlahan-lahan dalam masa 8 saat. Ulang teknik ni berkali kali sampai rasa marah tu reda.
Saya bukan apa, ramai sangat emak emak yang terpukul anak dengan pukulan yang keras sebab hilang kawalan diri. Bila anak dah tidur baru la tersedar dan akhirnya menangis semahunya memikirkan diri yang hilang kawalan emosi pada anak sendiri!
Anak ni rapuh. Pukulan, ugutan dan ancaman hanya menyebabkan anak jadi makin ganas kerana otaknya merasa diancam dan sifat ganas tu akan keluar sebagai salah satu bentuk pertahanan diri ( defense mechanisms ) dirinya!
Jadi jom belajar ilmu parenting lebih dalam lagi supaya anak jadi bahagia, ibu pun jadi lebih ceria. Join kelas parenting percuma di telegram saya. Install Telegram dan klik sini t.me/NotaTaufiqRazif
Sumber: Taufik Razif
Rupanya Ini Sebab Kenapa Tak Boleh Pasang Wallpaper Pada Barangan Elektrik. Salah Satunya Peti Sejuk

Peti sejuk atau juga peti ais ibarat peti harta karun yang menempatkan segala macam termasuklah makanan yang sudah di masak, makanan mentah, minuman, buah-buahan, sayuran.
Tidak ketinggalan barangan basah seperti ikan, daging, ayam dan sebagainya.
Mungkin ada antara ibu-ibu yang bosan melihat peti sejuk nampak ‘togel’ tidak berbalut. Jadi bagi yang kreatif mereka menampal kertas dinding atau wallpaper untuk menampakkan ia lebih menarik.
Wallpaper ditampal pada dinding untuk mencantikkan dinding. Apabila siap dipasang, wallpaper dapat memberi impak atau tekstur yang berlainan daripada cat. Tetapi jika ditampal pada barangan elektrik, ia boleh mengundang bahaya . Nah baca perkongsian ini sebelum anda mencantikkan peti sejuk di rumah.
USAH PASANG KERTAS DINDING PADA PERALATAN ELEKTRIK.
Pemasangan kertas dinding (wallpaper) boleh menjadikan ruang pada sesebuah rumah itu kelihatan cantik dan menarik. Namun, usah sesekali menampal bahan mudah terbakar itu pada peralatan elektrik.
Selain haba tidak dapat dibebaskan dengan baik, trend pemasangan kertas dinding pada peti sejuk misalnya boleh meningkatkan risiko kebakaran.
Tindakan itu juga dapat mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.
Sumber info: Public Health Malaysia