Selepas hampir dua bulan, pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad tampil berkongsi nama anak keduanya yang dilahirkan pada Mei lalu.
Menerusi Instagramnya, Uyaina yang kini sudah kembali bekerja dan habis pantangnya tampil memuat naik beberapa potret keluarga selepas kelahiran cahaya mata keduanya.
Menariknya Uyaina turut berkongsi nama anak keduanya yang diberi nama Raja Urayyan bin Raja Syahiran.
“BismillahiMashaaAllah. Minta doa yang baik-baik dari kalian semua buat anak kedua kami, Raja Urayyan bin Raja Syahiran.
“Nama Urayyan kami ambil ilham dari buruj ‘Orion’ dengan cara sebutan yang sama, tetapi ejaan yang berbeza.
Dalam Bahasa Greek, Urayyan membawa maksud ‘Cahaya Syurga.’ Dan dalam Islam, Buruj Orion ini adalah Penunjuk Arah Kiblat.
Setiap malam kita dapat lihat 3 bintang di langit yang membentuk buruj Orion walau di mana sahaja kita berada di mukabumi ini. Dan Buruj Orion ini akan membentuk 1 garis lurus yang sentiasa menghalakan garisannya terus ke arah Kaabah. MashaaAllah,” tambahnya lagi berkongsi maksud nama pilihan itu.
Uyaina juga turut mendoakan agar perjalanan anak kecil itu dipermudahkan.
Ads
“Anakku @rajaurayyan, tidak kira betapa tinggi kamu berada di atas langit, jangan lupa yang kita ini adalah hamba-Nya yang perlu sentiasa tunduk sujud kepada-Nya.
“Semoga Raja Urayyan tidak pernah hilang arah, bersinar bagaikan bintang, bercahaya & memberi manfaat kepada orang lain,” kongsinya.
Bahagia dapat susukan anak kedua
Pelakon cantik dan berbakat ini juga turut berkongsi kisah berpantangnya yang cukup indah malah turut berkongsi pengalaman menyusukan anak keduanya.
“Alhamdulillah, syukur merasa breastfeed (menyusu badan) untuk anak kali ini.
“Pengalaman saya masa Urhan dulu, dapat susu badan kurang dari dua minggu sahaja, sebab dia tongue tie.
Ads
“Jadi, apbila anak kedua ini dapat menyusu badan sepenuhnya, saya sangat-sangat bersyukur,” katanya.
Uyaina Arshad meluahkan rasa syukurnya kerana sebelum ini tidak dapat melakukan hal tersebut untuk anak pertamanya, Raja Urhan disebabkan mengalami masalah lidah pendek atau tongue tie.
Menerusi perkongsian sama, dia juga menyifatkan pengalaman seorang ibu yang dapat memberi susu sendiri adalah satu nikmat dari Allah SWT.
“Sebenarnya, breastfeed ini adalah satu kelebihan dan nikmat yang besar. Nikmat Allah yang mungkin tak semua ibu dapat rasa,” ujarnya.
Terdahulu, Uyaina selamat menimang cahaya mata kedua melalui proses pembedahan susulan mengalami masalah jantung pada 17 Mei lalu.
Ads
Uyaina mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia dua tahun.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Berat mata memandang berat lagi bahu. Hati ibu mana yang tidak sebak melihat anak yang dikandung selama 9 bulan lahir dengan sempurna, namun hilangan pancaindera akibat sikap rakus manusia.
Bukan tidak menidakkan takdir tetapi naluri ibu sebak dengan kejadian menimpa buat anak tersayang. Akibat disamun oleh tiga oranag lelaki, anak anak kini kehilangan tangan kanan.
Memetik laporan Free Malaysia Today, ketika kejadian, mangsa Siti Nur Azizah Syafriadi, 17 bersama teman lelakinya menaiki motosikal Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang telah dikejar oleh tiga orang lelaki menaiki dua motosikal kira-kira pukul 12.10 tengah malam.
Tiga lelaki terbabit menendang sebuah motosikal dinaiki pasangan itu sebelum menyamun mereka. Nur Azizah cedera di bahu kanan, manakala teman lelakinya cedera di muka dan badan dipercayai dipukul oleh suspek.
Tangan membiru tidak dapat diselamatkan.
Siti Nur Azizah dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.- Gambar Sumber Sinar Harian
Siapa sangka, kejadian itu menyebabkan tangan kanan terpaksa dipotong tidak boleh lagi berfungsi walaupun saluran darah utama sudah dijahit.
“Doktor buang tangan kanan dia (Nur Azizah) sampai paras bahu, masa masuk kecemasan doktor sudah jahit saluran darah utama.
“Tetapi pagi semalam (Jumaat) doktor tengok tangan dia dah membiru, sudah tidak boleh berfungsi jadi doktor telefon waris nak minta kebenaran potong tangan.,” jelas salah seorang ahli keluarga mangsa.
Harapan keluarga
Mangsa merupakan anak anak sulung daripada lima beradik merupakan insan yang bertanggungjawab membantu menambah pendapatan keluarga dengan menjual dan membuat perkhidmatan menghantar makanan. Mereka sekeluarga tinggal di kediaman PPR Beringin Jinjang, Kuala Lumpur.
“Dia anak sulung cari rezeki siang malam hantar makanan, tapi dia dianiaya sampai kudung tangannya, dia merupakan anak yatim dan dia disamun ketika sedang keluar cari rezeki.”
Terkini: Telah sedar dan masih lemah
“Alhamdulillah , terus kan doa kawan2, azizah dah bukak mata☺️ syukur azizah dah sedar .. semoga azizah terus kuat-” Atiqah Mowari
Menerusi perkongsian terbaru menerusi Atiqah Mowari , memaklumkan adik Siti Nur Azizah Syafriadi telah sedar namun lemah.
Beliau memberitahu bahawa mangsa merupakan adik saudaranya juga mohon warganet mendoakan kesejahteraan mangsa.
Buat yang ingin memberi sumbangan ke akaun ibu mangsa, Roslinawati binti Ya di akaun CIMB: 7067141326
Seorang anggota Angkatan Sukarelawan Malaysia (RELA) meninggal dunia selepas menyertai perbarisan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan, pada Khamis, akibat serangan jantung.
Anggota terbabit, Muhammad Noh Muhammad Isa, 53, disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) kira-kira jam 10 pagi semalam.
Allahyarham adalah ketua kontinjen RELA Negeri Sembilan dan dikatakan rebah selepas berjalan lalu melintasi pentas utama sebelum dikejarkan ke HTJ.
Ketua Polis Daerah Seremban, Arifai Tarawe, berkata pihaknya dimaklumkan oleh anggota bertugas kaunter aduan mengenai kes kematian seorang lelaki di Jabatan Kecemasan HTJ, pada jam 12.25 tengah hari.
“Siasatan awal mendapati si mati adalah anggota RELA berusia 53 tahun telah jatuh dan tidak sedarkan diri semasa perbarisan lintas hormat di Dataran Seremban, kira-kira jam 10 pagi tadi.
“Tiada sebarang unsur jenayah dikesan ketika pemeriksaan pada tubuh badan si mati.
“Bedah siasat dibuat dan Bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja`afar Seremban mengesahkan punca kematian adalah disebabkan oleh masalah jantung ‘Coronary Artery Occlusion’,” katanya.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Dalam pada itu, BERNAMA melaporkan Pengarah RELA Negeri Sembilan, Penolong Pesuruhjaya Kanan, Muhammad Faiz Musa menyifatkan pemergian Muhammad Noh yang telah berkhidmat selama 13 tahun sebagai kehilangan besar kepada pasukan berkenaan.
“Hari ini beliau ditugaskan sebagai ketua perbarisan untuk kontinjen RELA negeri. Allahyarham yang juga Ketua Jurulatih Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) Politeknik Nilai di sini dikenali dengan sifat yang suka membantu, terutama dalam hal berkaitan kejurulatihan kawad kaki selain penugasan anggota.
“Bukan sahaja di RELA, malah Allahyarham juga sering membantu agensi-agensi lain yang memerlukan latihan kawad kaki… saya difahamkan pagi tadi Allahyarham sihat dan bersemangat. Beliau juga tidak pernah ketinggalan setiap kali ada perbarisan Hari Kebangsaan,” katanya.
Muhammad Faiz berkata, RELA akan turut membantu dengan menyalurkan sumbangan khairat kematian kepada keluarga Muhammad Noh yang bertugas sebagai penyelia di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Sembilan.
Sumber : BERNAMA,
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mesti anda bukan pertama kali dengar mak-mak yang mengandung akan ada fasa datang satu tabiat pelik yang mereka akan hadapi. Tak payah pandang jauh, mungkin diri sendiri yang mengalami perkara tersebut! Kalau mengidam benda biasa tak mengapa, yang susah nak cari tu sabar je la cik abang nak realisasikan permintaan itu.
Misalnya seperti yang tular baru-baru ini, ada seorang ibu mengandung berkongsi tabiat peliknya yang gemar memakan beras di dalam satu video yang dimuat naik di Tiktok miliknya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @sheeyunus, rakaman menunjukkan seorang individu sedang mengambil beberapa butir beras lalu membasuhnya.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila sesudah membasuh beras tersebut, indicidu tersebut terus memakan beras yang dibasuh tadi tanpa memasaknya terlebih dahulu!
Rupanya… Bukan wanita ini sahaja yang bersikap demikian! Meninjau di ruangan komen, rata-rata berkongsi pernah melalui detik itu juga. Malah ada yang bukan mengandung juga berkongsi dirinya sememangnya gemar memakan beras begitu sahaja. Tidak ketinggalan orang lain turut berkongsi tabiat pelik yang mereka alami sejak berbadan dua juga.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.