
Menanti sekian lama, akhirnya pelakon jelita Nora Danish selamat melahirkan bayi lelakinya pada pagi 22 Februari lalu. Comel sungguh bayi Nora dan suaminya, Nedim.
Menariknya Nora dan Nedim tidak mengambil masa yang lama untuk berkongsi foto anak lelaki mereka yang baru dilahirkan. Malah wajah anak comel pasangan ini yang diberi nama, Mohamed Neqayl Nedim turut dikongsikan di instagram peribadi mereka.
Paling best si comel berkulit putih mulus ini diberi gelaran ‘Ney Ney’ oleh mummy dan daddynya. Jom intai wajah comel Ney Ney.
Sumber: Nora Danish, boss_ned
Jodoh Tak Kenal Siapa, Jarak Usia 23 Tahun Abang Sado Pilih Ibu Tunggal Anak 5

Jodoh Tak Kenal Siapa, Jarak Usia 23 Tahun Abang Sado Pilih Ibu Tunggal Anak 5
Jodoh tak kenal siapa malah jarak umur bukan penghalang. Kata-kata itu sering kita dengar apabila pasangan menjalinkan cinta tanpa mengambil kira usia mereka.
Begitulah kisah pasangan suami isteri ini membuatkan ramai yang kagum. Biarpun jarak usia 23 tahun, ia bukan penghalang untuk mereka melayari bahtera rumahtangga.
Lebih manis lagi, lelaki berkenan yang bertubuh sasa memilih ibu tunggal anak lima sebagai isteri. Luar biasa kisah cinta mereka!
Artikel Berkaitan: “Macam Kakak Dengan Abang.” Ozlynn Kongsi Nikmat Kahwin Muda, Anak 6 Tetap ‘Maintain ‘, Buat Ramai Kagum
Artikel Berkaitan:‘Rezeki Kahwin Muda.’ 29 Tahun, Anak Dah 7 Orang, Ibu Muda Ini Luah Rasa Syukur, Percaya Setiap Anak Ada Rezeki.
Artikel Berkaitan:“Macam Tok Ti Masa Muda.” Bersemut Tengok Bella Dan Suami, Wargamaya Titip Doa
Tular perkahwinan mereka sehingga meraih perhatian wargamaya. Cinta itu buta, tiada mengenal sesiapa. Bila hati dah suka tiada halangan menuju bahagia till jannah.
Seorang pemuda berusia 24 tahun berkongsi kisah bagaimana dia nekad memilih seorang wanita berusia 47 tahun menjadi suri hatinya.
Bercerita dengan lebih lanjut, lelaki yang dikenali dengan nama Geemie ini memberitahu dia dan isterinya berkenalan menerusi Facebook selama tiga bulan sebelum akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
RUPANYA 4 TAHUN BERGELAR SUAMI ISTERI
Hatinya mula terdetik dan ikhlas mahu membantu kehidupan wanita itu yang merupakan ibu tunggal anak lima.
“Tegur-tegur macam tu je dan bila tahu dia dalam kesulitan dengan lelaki mati dan anak-anak masih belajar. Saya ajak kahwin nak tolong. Kenal di Facebook Bulan 5, Bulan 8 terus kahwin, pakej anak 5.”
Akui awal perkahwinan agak kekok kerana anak sulung isterinya itu sebaya dengan usianya namun mereka semua dapat menerima dan menghormatinya sebagai bapa muda.
Difahamkan, pasangan ini sudah empat tahun mendirikan rumah tangga dan Geemie akui bahagia dengan kehidupannya bersama isteri dan anak-anak tirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya titip doa dan memuji keikhlasan lelaki berkenaan menerima isterinya seadaanya.
VIDEO
Watch on TikTok
Watch on TikTok
Sumber: geemie8599
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Jangan Biasakan Isteri Terlalu Berdikari, Tak Belai Hatinya Dengan Kasih Sayang. Awas, Jangan Jadi Suami ‘Papa Kedana’!

Di dalam sesebuah rumah tangga kena ada sikap memberi dan menerima dari kedua belah pihak baik suami mahupun isteri tidak boleh hanya sekadar menerima namun tidak mahu memberi. Itu menyebabkan rumah tangga menjadi pincang sekali gus mengundang konflik.
Usah terlalu membiarkan isteri melakukan semuanya sendirian, mungkin ada antara wanita yang suka berdikari namun kena ambil tahu juga. Elakkan ego yang tinggi melangit, andai berlaku perbalahan usah dibiarkan berpanjangan.
Isteri merajuk minta dipujuk namun suami hanya endah tak endah sahaja patut membaca perkongsian dari wanita bernama Marliya Ramli. Hadam apa yang ingin disampaikan.
SUAMI YANG PAPA KEDANA.
1 – Memanglah… Kita rasa remehnya bila isteri merajuk. Rimasnya dah lama kawen masih mengada-ngada.
2 – Malas eh nak pujuk-pujuk cam zaman bercinta dulu. Tak de masa. Lagipun isteri kita sekarang garangnya bukan kepalang. #apeni
3 – Isteri marah namun sebenarnya isteri cuba bagitau. Kenapa kita tak seperti dulu? Mana hilang kelembutan kata-kata dan pujukan? Namun kita ego… Kita cuba menjustifikasikan kebodohan kita.
4 – Dah lama kawen. Anak pun dah berderet empat lima. Tak payah la nak pujuk-pujuk. Lantak pi lah isteri pujuk diri sendiri.
5 – Kita rasa ini isu kecik bukan? Alah.. Dah jadi isteri bukannya perlu dihargai hatinya lagi. Tanpa kita sedar perlahan-lahan cinta isteri bertukar menjadi benci.
6 – Isteri tarik muka kita buat tak cakna. Hingga bermula dari bebelan biasa suara isteri mula meninggi. Amukan isteri mula berbisa di hati kita.
6 – Biadapnya isteri bukan? Tanpa kita sedar puncanya apa? Apa salah kita? Tak nak sejenak kita gunakan akal sembilan untuk membuat penilaian?
7 – Kita bukan suami yang kaya raya. Bukan tahap raja yang mampu petik bintang atau permata untuk dihadiah pada si dia. Nak hadiahkan dinar emas atau goldbar berketulenan 999 sebulan sekalipun kita tak mampu. Tak apa…
8 – Isteri tak mahu pun. Jika isteri mahukan kekayaan, sejak awal dia tidak mengahwini kita. Isteri cuma harapkan perhatian. Tak kaya tak apa tapi jangan papa kedana dengan kasih sayang.
9 – Jangan kedekut dengan pujukan. Ini bukan pertandingan yang perlu kita menegakkan bahas itu ini. Ini perkahwinan yang memerlukan pengertian. Jika kita tidak mampu berikan harta, berilah cinta.
10 – Awas suami! Jangan biasakan isteri terlalu berdikari. Jangan biasakan isteri hatinya tidak dibelai dengan kasih sayang. Jangan! Jangan membuat kesilapan ini jika tidak mahu rumahtangga kecundang.
11 – Kerna suatu hari nanti, pada saat hatinya telah hilang cinta, yang bersisa hanyalah benci. Waktu itu ruangan untuk suami semakin sempit. Waktu itu terimalah hakikat bahawa perpisahan adalah ehsan yang terbaik berbanding terus mendera emosi isteri.
12 – Ya… Isteri kita nampak lembut, lemah dan tidak kuat hatinya. Tapi percayalah bila berkali-kali diuji, bimbang nanti tiada ruang untuk diperbaiki lagi. Akan tiba masa dia lebih bahagia tanpa kehadiran kita.
13 – Tak ada rupa dan tidak berharta tak apa. Tapi jangan miskin dengan ucapan baik dan pujukan yang menyejukkan hati. Jangan asalkan buka mulut pemilihan perkataan kita mencalarkan jiwa.
14 – Hanya kata-kata yang baik, kelembutan dan pujukan. Percuma bukan? Jika itupun tidak mampu diberi, layaklah kita dianggap SUAMI YANG PAPA KEDANA. Menyedihkan, malang dan hinanya kita.
Salam sayang
Jual Minyak Masak Terpakai Secara Sambilan, Ayah Anak Lima Ni Boleh Dapat RM3,000 Setiap Bulan!

Boleh dikatakan hari-hari kita akan menggunakan minyak masak untuk menyediakan hidangan dan umumnya kita tidak akan menggunakan minyak tersebut berulang kali demi menjaga kesihatan.
Jika dahulu lebihan minyak masak akan dibuang begitu sahaja, namun kini tahukah anda minyak masak tersebut boleh dijual dan mendatangkan sumber rezeki yang lumayan untuk diusahakan dengan serius. Selain boleh di kitar semula untuk dijadikan bahan seperti biodiesel, ia juga boleh digunakan untuk membuat lilin, pencuci, sabun serta makanan haiwan.
Ini sebagaimana memetik berita di Bernama yang berkongsi kisah seorang ayah yang berkerja sebagai pekerja kilang elektronik Mohd Rosdi Abu Bakar,48, yang menetap di Butterworth dan menjalankan perniagaan minyak masak terpakai secara sambilan sejak enam bulan lepas.
“Sebelum ini saya hanya lihat kawan yang buat jual minyak masak terpakai ini. Ada yang sudah 20 tahun lakukan perkara ini.
“Saya cuba tetapi separuh masa sahaja iaitu pada setiap hari Ahad. Pada hari itu saya akan ambil minyak masak terpakai ini dari pelanggan dan beli dengan mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Bantu Ekonomi Keluarga
Meskipun hanya dibuat secara sambilan iaitu sewaktu beliau cuti dari kerja, Mohd Rosdi tidak menyangka pendapatan yang diterima agak lumayan sehingga boleh mencapai sekitar RM3,000 setiap bulan.
Minyak masak terpakai yang dikumpulnya kira-kira setan sebulan dibeli oleh syarikat Airil Global Resources yang beroperasi di Kulim, Kedah.
Berkongsi tentang pembabitannya dalam perniagaan itu, Mohd Rosdi berkata beliau memperolehi pelanggan menerusi iklan untuk membeli minyak masak terpakai di laman Facebook.
“Ramai yang menghubungi dan bertanya memang boleh ke jual ke minyak masak terpakai ini. Tidak dinafikan ramai yang tidak tahu minyak masak yang sudah diguna ini boleh dijual semula dan ada kegunaannya.
“Saya pergi sendiri ke rumah pelanggan yang mahu menjual minyak masak mereka. Setakat ini, pelanggan saya adalah dari kalangan suri rumah, peniaga restoran, kedai makan dan peniaga pasar malam, ” katanya sambil menambah, pelanggannya adalah dari seluruh Pulau Pinang, Sungai Petani dan Padang Serai, Kedah.
Menurut Mohd Rosdi yang berasal dari Terengganu, harga bagi minyak masak terpakai yang diambil dari pelanggannya adalah antara RM1.50 untuk satu kilogram hingga 49 kilogram(kg), RM1.60 bagi 50kg ke atas dan RM1.80 untuk 100kg ke atas.
Optimis dengan penjualan minyak masak terpakai yang dapat membantu ekonomi keluarganya, bapa kepada lima orang cahaya mata itu berkata, sasarannya kini adalah untuk mendapatkan 100 pelanggan tetap yang terdiri daripada kalangan peniaga.
Sasaran tersebut akan membolehkan beliau meraih pendapatan sehingga RM9,000 sebulan dan jika tercapai, beliau berhasrat mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan berkenaan.
Kelebihan Minyak Terpakai
Terdapat banyak faktor yang membuatkan ramai tidak menyedari akan kelebihan minyak masak terpakai ini.
Antaranya, kurangnya promosi serta pendedahan yang tidak meluas kepada golongan sasaran seperti suri rumah dan peniaga kedai makan.
Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusoff Ishak, faktor harga belian minyak masak terpakai yang agak murah juga menjadikan ia tidak menarik perhatan ramai.
“Contohnya, harga belian minyak masak terpakai yang ditawarkan sekitar RM1 sekilogram mungkin kelihatan kurang menarik minat orang ramai. Selain itu, sistem sokongan serta kemudahan untuk orang awam yang berminat mengumpul dan menjual minyak masak terpakai masih belum meyakinkan.
“Ini termasuklah ketidakseragaman daripada segi operasi kitar semula yang masih lagi dilihat sebagai aktiviti bersifat kecilan dan murahan. Isu piawaian mutu biodiesel berdasarkan American Biodiesel Standard ASTM D6751 juga menjadi punca tidak ramai pemain industri yang berani menceburi bidang ini secara telus,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, apabila teknologi penukaran minyak masak terpakai menjadi semakin ringkas dan lebih ramai pengusaha terlibat dalam industri minyak masak terpakai, cabaran tersebut boleh diatasi dan kesedaran orang awam boleh dipertingkatkan lagi.
Dijadikan biodiesel
Antara manfaat utama sering didengari berhubung kegunaan minyak masak terpakai ini adalah ia boleh dijadikan biodiesel.
Menurut Mohd Yusoff, minyak masak terpakai lazimnya akan dikumpul dan ditapis melalui beberapa peringkat sebelum melalui proses kimia untuk dijadikan bahan api kenderaan atau biodiesel.
“Minyak masak terpakai bertapis akan melalui proses kimia yang dikenali dengan nama transesterifikasi yang dilaksanakan dengan bantuan pelbagai katalis (pemangkin) bersifat asid, alkali dan enzim dalam proses homogeneous atau heterogeneous (satu proses dalam fasa fizikal-kimia yang sama serta fasa fizikal-kimia yang berlainan).
“Proses penukaran minyak masak terpakai kepada biodiesel adalah proses yang rumit, memakan kos dan bahan api,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, UPM turut membuat penyelidikan dan berjaya membangunkan minyak masak sebagai biodiesel bagi kegunaan mesin dan jentera kenderaan.
Menurut Mohd Yusoff, teknologi di UPM adalah hasil kajian selama lima tahun oleh penyelidik Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul.
“Sebagai makluman, enjin diesel tidak memerlukan pengubahsuaian bagi menggunakan biodiesel memandangkan hanya 10 peratus biodiesel diperlukan untuk dicampurkan dengan 90 peratus diesel (B10) sebelum digunakan,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang berminat boleh menjual minyak masak terpakai ke loji pepandu di Kampus UPM Serdang pada harga RM1 sekilogram.
“Secara amnya, 100 liter minyak masak terpakai boleh menghasilkan 90 liter biodisel dan 10 liter gliserol dan prosesnya memakan masa selama enam jam,” jelasnya.
Program Trash to Cash
Dalam memupuk kesedaran, peranan dan kerjasama semua pihak penting bagi memastikan minyak masak terpakai tidak dibuang di tempat tidak sepatutnya seperti sinki dapur dan longkang.
Tindakan ini akan hanya yang menyumbang kepada masalah sinki dapur tersumbat sekaligus turut menjadi punca kepada sistem pembentungan tersumbat.
Justeru sebuah syarikat yang membeli minyak masak terpakai iaitu syarikat NKH Bio Solution, milik bumiputera yang berpejabat di Bangi, Selangor, turut memainkan peranan dalam usaha menyedarkan masyarakat dengan menjalin kerjasama bersama beberapa Badan Pengurusan Bersama (JMB) di kediaman di negeri Selangor menerusi program Trash To Cash.
Eksekutif Jualan syarikat itu Rozaimi Salleh memberitahu Bernama, program Trash To Cash anjuran JMB Residensi Puchongmas membolehkan penduduk di situ menjual terus minyak masak terpakai mereka kepada syarikatnya secara langsung.
“Bagi program Trash To Cash, kami tetapkan satu tarikh sesuai dan akan datang mengambil minyak masak terpakai dari penduduk. Harga untuk sekilogram minyak masak terpakai adalah RM2.50 dan kita bayar terus kepada penduduk. Jadi penduduk dapat menjana pendapatan selain dapat melahirkan penduduk yang hidup dalam persekitaran selamat dan sihat,” katanya
Menurut Rozaimi, hasil kutipan minyak masak terpakai akan dijual kepada pihak kontraktor bertauliah.
Beliau menambah, syarikat itu dapat mengutip minyak masak terpakai kira-kira 140 tan sebulan, meliputi kutipan dari Selangor, Terengganu, Perlis, Pulau Pinang serta Johor.
Kesemua minyak berkenaan akan diproses untuk menjadi biodiesel serta dieksport ke negara Eropah, antaranya United Kingdom dan Perancis.
Menyentuh tentang kesedaran, Rozaimi berkata kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang penggunaan minyak masak yang selamat banyak bergantung kepada tahap kefahaman individu akan penggunaan minyak masak yang betul oleh setiap isi rumah.
“Boleh dikatakan kesedaran warga kota lebih tinggi mungkin disebabkan lebih terdedah dengan kempen kesedaran penggunaan minyak masak yang selamat dan kesedaran amalan kitar semula minyak masak terpakai untuk biodiesel.
“Namun kesedaran peniaga berkaitan tahap penggunaan minyak masak yang selamat adalah amat rendah sama ada di bandar atau di kawasan luar bandar. Ini membahayakan pembeli yang membeli makanan yang menggunakan minyak masak melebihi had sepatutnya.
“Maka kempen kesedaran dalam kalangan peniaga perlu dilaksanakan untuk menjamin kesihatan awam yang lebih baik,” katanya.
Sumber : Bernama
ARTIKEL MENARIK:“Saya Perlu Sediakan Yuran Pendaftaran RM2,000…” Anak Ni Gigih Cari Wang Untuk Daftar Ke Universiti!
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club