Gelagat anak Fizo Omar sering mengundang perhatian netizen. Dengan loghatnya yang bersahaja membuatkan ramai terhibur.
Maryam atau nama sebenarnya Wan Maryam cukup petah berceloteh baik ketika bersama ibunya mahupun ayahnya. Cukup comel dan petah bercakap. Mesra disapa Cikyam, ada sahaja gelagatnya yang membuatkan ramai terhibur.
Daddy ambik gambar Yam sat’
So daddy pun melayan lah ragam anak dara ni.. dia punya posing ni macam mummy dia. Yang part ni 100% ikut mummy dia..
Sememangnya Cikyam seorang kanak-kanak yang bijak dan suka bergaya. Mungkin kerana dia mewarisi bakat ibunya.
Tidak hairanlah, Fizo sendiri mengakui anak mereka itu ‘copy paste’ bekas isterinya yang gemar berposing.
Bahkan, perkongsian tersebut mengundang perhatian bekas isterinya dan turut memberi komen menerusi status berkenaan.
Untuk rekod, fizo mendirikan rumah tangga bersama Mawar Karim namun jodoh pasangan ini tidak panjang. Mereka mendirikan rumah tangga pada November 2013, sebelum bercerai dengan talak satu pada 10 Julai 2019.
Sumber: fizoomar
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club