Comelnya Bilal! Neelofa Seakan Bagi ‘Hint’ Wajah Bilal, Raih Perhatian Ramai.

Share

Sudah tentu ramai yang tertunggu-tunggu wajah anak kesayangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.

Muat naik terkini selebriti kesayangan ramai, Neelofa menarik perhatian ramai peminat di media sosialnya.

Neelofa memuatnaik sekeping foto yang memaparkan wajahnya ketika kecil berserta kapsyen ringkas penuh makna. Hanya menulis nama ‘Bilal’ serta emoji ‘love’.

“Ummi Bilal 🤍🤓”

Sebelum itu, dia memuat naik gambarnya semasa kecil bersama ibunya, Datin Noor Kartini di Instagram Story.

Tengok masa kecik (kecil) ni, rasa macam ‘copy-paste’ Bilal sangat,” tulisnya dengan disertakan emoji ketawa.

Neelofa seakan memberi ‘hint’ wajahnya anaknya seakan dirinya semasa kecil.

 

Untuk rekod Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu.

Neelofa selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Bilal yang kini berusia empat bulan.

 

PEMINAT TAK SABAR NAK TENGOK WAJAH BILAL

Melihat foto Neelofa semasa kecil dan kapsyen yang ringkas, ramai peminatnya teruja dan tidak sabar untuk melihat anak pelakon kesayangan mereka.

 

Sumber: neelofa

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club