“Comelnya Bila Ketawa Bergerak Perut. Alhamdulillah.” ‘Baby Bump’ Intan Ladyana Jelas Kelihatan Buat Ramai Teruja

Share

Kelibat pelakon Intan Ladyana meraih perhatian ramai apabila ‘baby bump’ mula kelihatan biarpun empunya diri sebelum ini tidak berkongsi sebarang maklumat berkenaan kehamilannya.

Perkongsian video tersebut dimuatnaik pelakon Dazrin Kamarudin di mana dia berkunjung ke kedai karpet bersama suaminya, Harris Alif.

“Thanks for coming guys @intanladyana @harrisalif,” tulis Dazrin menerusi kapsyennya.

Video berdurasi 15 saat ini menampakkan pasangan suami isteri ini sedang menari mengikut trend tarian diplatform Tiktok. Dalam video tersebut, perut Intan ketara menampakkan perubahan.

Dalam pada itu, rata-rata warganet teruja dan mengucapkan tahniah buat pasangan suami isteri ini.

darleendahalan Baby bump Alhamdulilah
nurulakmarkaman Comelnya baby bump @intanladyana ❤️
miss_farhanna Comeiii bby bump tuuu😍😍 autchh 😍
lily.suriani.545 Comelnya..bila ketwa bergerak perut.allhamdulillah..jaga diri😍

Untuk rekod, Intan Ladyana,39, dan Harris, 22, telah selamat mendirikan rumah tangga pada bulan Februari yang lalu. Kisah cinta mereka telah mendapat perhatian warga maya berikutan jarak usia antara kedua-duanya yang agak jauh iaitu 17 tahun.

Sebelum ini khabar angin mengenai kehamilan Intan Ladyana hangat diperkatakan. Tidak mengiyakan atau menidakkan  tentang kehamilan isterinya, Harris  dalam  laporan Kosmo memaklumkan andai sudah sampai waktu yang sesuai dia sendiri akan membuka mulut.

Harris atau nama lengkapnya, Nor Harris Alif Nor Rashidi, 22, berkata, buat masa sekarang, dia tidak mahu terlalu memperincikan desas-desus berita tersebut.

“Minta maaf, kalau boleh saya tak nak komen apa-apa sangat tentang isu itu (Intan sudah hamil). Cukuplah orang mendoakan yang baik-baik sahaja buat isteri saya.

Sumber: dazrin88 & intanladyana