
Usai seminggu dilahirkan, pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni akhirnya mendedahkan wajah penuh bayi perempuannya itu.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman instagramnya yang turut mendedahkan pilihan nama yang dipersetujui bersama isteri untuk menamakan puteri mereka Charissa Azzahra.
“MashaAllah Tabarakallah. Assalamualaikum, nama saya Charissa Azzahra Binti Muhammad Haziq Irfan
“Lahir 25 May 2022 9.52am, 3.05kg. Semoga awak membesar menjadi anak yang sihat, berjaya dan solehah,” tulisnya di kapsyen.
Dalam tulisannya, Haziq yang juga penyampai radio Hot FM menitipkan harapan semoga anaknya itu membesar menjadi menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Haziq sebelum itu berkongsi berita kelahiran anak perempuannya.
Sumber: haziq_hussni
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Wajah-wajah Menggoda Di Lebuh Raya, Iringi Perjalanan Pulang Ke Kampung!

Rata-rata ketika ini tentu sudah ada antara kita yang telah sampai di kampung halaman untuk meraikan hari raya atau pun ada antaranya sedang dalam perjalanan dan kini berada di atas lebuh raya.
Cuba pandang kiri dan kanan, dan lihatlah disepanjang perjalanan tersebut pasti ada ‘wanita-wanita cantik’ mengiringi. Betul atau tidak?
Menurut Datuk Abdul Jalil itu membuktikan dulu, kini dan selamanya orang perempuan lebih mementingkan kecantikan dan kesihatan. Kalau tidak percaya laluilah mana-mana lebuh raya di seluruh negara, kita akan melihat buktinya dengan jalas dan nyata.
Cuba tanya pemandu kereta, pemandu bas ekspres, pemandu lori ikan dan lori ayam, hatta mat rempit atau siapa sahaja yang melalui lebuh raya, semua akan setuju orang perempuan memang lebih peka terhadap dua perkara berkenaan.
Setiap kali pulang ke Muar dan memandu di Lebuh Raya Utara-Selatan, sepanjang perjalanan – lebih kurang 2 jam – saya melihat sekian banyak wajah-wajah manis tersenyum begitu menggoda.
Mata biru menjeling manja, alis lentik hitam berkilat, rambut ikal mayang mengurai, pipi mulus licin pauh dilayang, bibir merah delima, jari-jemari lentik mempesona. Aduhai, manisnya senyuman!
Terpandang juga susuk tubuh wanita mengiurkan, bersantai di pembaringan sambil memperagakan bentuk tubuh yang ramping dalam posisi yang ‘tak tun tuang, tak tun tuang’.
Awas, jangan tenung lama-lama! Penggoda sepanjang lebuh raya itu boleh menyebabkan anda tersasul ke lorong lain, mungkin juga tersenggol kenderaan di hadapan.
Pada hemat saya senyuman dan jelingan di sepanjang lebuh raya mungkin salah satu faktor angka kemalangan semakin meningkat. Perangkaan polis menyebut, lebuh raya kita meregut lebih 5,000 nyawa setiap tahun.
Ada pun wajah-wajah manis itu adalah iklan-iklan yang mempromosi pelbagai produk kecantikan dan penjagaan tubuh, kebanyakannya ditujukan untuk wanita.
Di sebalik model-model jelita lagi seksi itu, ada mesej yang disampaikan menerusi iklan-iklan berkenaan, semuanya untuk meyakinkan wanita yang ingin menjadi cantik.
Pelbagai kata kunci dan tagline diletakkan dalam iklan-iklan berkenaan, Perkataan dan pendekatan berbeza, tetapi rata-rata bermaksud lebih kurang sama:
Pakai produk ini. jeragat akan hilang dalam masa 14 hari. Anda akan kelihatan lebih menawan. Makan produk sekian-sekian, lemak di perut dan punggung akan menurun. Semakin cun youuu!
Ambil vitamin sekian-sekian, pinggang akan menjadi lebih ramping. Sekiranya wajah anda hitam tidak berseri, gunakan produk sekian-sekian, [assti lebih gebu, barulah putih.
Sesetengah dakwaan dalam iklan macam tidak masuk akal. Contoh: sapukan lotion ini pada bahagian tubuh, dalam masa dua jam bahagian yang menonjol boleh mengecil dan ramping. Fikiran nakal saya bertanya: Kalau disapukan di dada, dalam masa dua jam dada akan rata seperti Dataran Merdeka. Tidakkah itu berbahaya?
Kalau betul ada ubat atau lotion semujarab itu, wanita tidak perlu ke pusat arobik untuk membuang lemak yang menyendatkan seluar dalam dan coli. Sapu sahaja lotion berkenaan, dalam masa hanya dua jam semua menjadi kecut. Boleh percaya?
Lagi contoh: amalkan minuman sekian-sekian, kulit anda akan menjadi selembut kulit bayi!Mana mungkin kulit wanita berusia 50 atau 60 tahun boleh bertukar menjadi kulit bayi! Lagi pun tentu suami geli-geleman memeluk isterinya yang selembut bayi. Tidak masuk akal.
Tetapi, iklan memang sengaja membuat dakwaan-dakwaan tidak munasabah. Malah yang tidak munasabah itulah yang lebih memikat wanita. Sebab itu di sepanjang lebuh raya kita banyak iklan ditujukan kepada wanita.
Walaupun menyerdai sesetengah dakwaan itu tidak munasabah, wanita tetap ingin mencuba. Inilah keistimewaan kaum Hawa, lebih-lebih lagi yang ingin menjadi cantik, dan menjaga kesihatan tubuh.
Untuk keterampilan tubuh, dan wajah ayu lagi gebu, wanita sanggup berbelanja besar, dan mudah terpujuk dengan iklan-iklan baik di lebuh raya atau yang disiarkan dalam pelbagai media.
Jarang sekali saya melihat iklan atau promosi produk yang ditujukan khas untuk lelaki. Kalau ada pun iklan khusus lelaki bukanlah dalam bentuk poster raksasa di lebuh raya.
Iklan untuk lelaki biasanya dipasang di jalan-jalan kampung. Iklan jenis ini tidak memerlukan model lelaki, cukup sekadar ditulis atas papan lapis, dan ditampal pada batang pokok, atau ditulis menggunakan cat hitam pada tembok.
Perkataan yang digunakan pun mudah difahami. Contoh iklan: ‘URUT UBAH SAIZ, TEL 019-435xxxx.’ Hanya lelaki berkenaan yang faham saiz apa yang hendak diubah!
Sebenarnya sifat semula jadi wanita yang gemarkan kecantikan dan penjagaan tubuh, memberi manfaat besar kepada lelaki. Wanita mengambil pelbagai makanan kesihatan dan menggunakan alat solek untuk menyerlahkan keayuan.
Apabila wajah ayu, tubuh gebu, yang untung adalah lelaki. Almaklumlah, suami mana tidak gembira melihat isteri sentiasa jelita dan mengiurkan. Kekasih pun senang hati apabila makwenya cantik setiap masa.
Tetapi yang paling beruntung dan mendapat manfaat maksimum ialah para usahawan yang mencipta dan memasarkan produk-produk kecantikan dan penjagaan tubuh, lebih-lebih lagi produk yang menepati @ patuh syariah.
Seperti yang kita ketahui telah muncul usahawan-usahawan wanita yang berjaya mencipta nama dan branding kerana memasarkan produk yang ditujukan khas untuk wanita, termasuk muslimah.
Ramai yang bergelar jutawan dengan produk kecantikan, makanan kesihatan, fesyen, termasuk tudung bawal. Usahawan dan jutawan ini tidak kedekut membelanjakan sejumlah wang yang besar – RM juta-juta – memasang iklan di lebuh raya dan lain-lain media.
Dengan iklan-iklan tersebut dan sikap wanita yang suka cantik lagi sihat, usahawan berkenaan memperoleh pulangan lumayan. Semakin berkesan produk yang digunakan pelanggan, semakin meningkat pendapatan pengusaha.
Pendek kata, usahawan suka, wanita suka, lelaki pun suka. Sama-sama suka. Orang putih kata win-win situation.
Menurut kaji selidik J. Walter Thomspon (JWT) yang dikeluarkan pada September lalu, seperti yang dilaporkan sebuah portal berita The Malaysian Insight, wanita muda beragama Islam di Asia Tenggara menjadi tumpuan pemasaran.
Ini kerana mereka adalah kumpulan berpengaruh dalam gaya, fesyen, pelancongan, kemampuan yang baik terhadap teknologi dan keusahawanan tetapi masih patuh syariah.
Kajian yang dilakukan itu meliputi golongan wanita daripada generasi milenial yang sebahagian besarnya berusia 18-39 tahun (77%) dan lebih 40 tahun (23%).
Di Malaysia, 60 % daripada 30 juta penduduknya beragama Islam dan menyaksikan 24% muslimah di negara ini memilih untuk membeli barangan seperti baju atau kosmetik secara mingguan dan 58% membelinya setiap bulan.
Dalam bab ‘nyoping-menyoping’ orang perempuan jauh lebih bijak dan kreatif berbanding lelaki. Kalau tidak percaya pergilah ke pasar raya dan perhatikan siapa yang melakukan kerja-kerja memilih dan membeli.
Isteri biasanya yang melakukan kerja-kerja leceh itu. Dia yang meneliti pelbagai jenama dan harga barangan, kemudian mengembil dan memasukkan ke dalam troli.
Dia juga yang memilih barang-barang dapur seperti bawang, cili, kunyit. Dia yang lebih tahu ayam sejuk beku atau ayam baru disembelih, dia lebih faham buah mana baru tiba, buah mana yang hampir busuk. Hatta jenis telur pun dia lebih tahu dari orang lelaki.
Ada pun orang lelaki @ suami hanya tahu menolak troli. Cuma pada hemat saya seterror-terror orang perempuan memilih dan membeli, kuasa di kaunter pembayaran tetap di tangan lelaki. Belanjalah walau dua tiga troli, sekiranya suami enggan membayar, semua yang dibeli itu tidak boleh dibawa pulang.
Mengenai bab pembelian untuk kecantikan dan penjagaan tubuh, orang lelaki tidak tahu apa-apa. Mana lelaki kisah dengan lotion pelembab, cecair itu, cecair ini untuk cuci muka. Alis mata, perapi rambut, pelembut kulit, bla, bla, bla, orang lelaki tidak ambil tahu.
Orang perempuan yang lebih teliti dalam hal-hal seperti ini. Mereka malas bertanya pada suami yang selalu buat dhek. Lebih mudah merujuk kepada iklan-iklan yang mendakwa macam-macam.
Secara peribadi saya tidak kisah sangat dengan sekian banyak ubat, makanan kesihatan dan lain-lain peralatan penjagaan tubuh yang dibeli dan digunakan oleh wanita. Apa salahnya dia hendak menjadi cantik.
Cuma, kena pilih benda yang betul-betul sesuai dengan tubuh kita. Jangan main beli dan makan sahaja. Sebab sudah terbukti ada ubat, lotion dan makanan kesihatan dan lain-lain yang tidak sesuai; apabila digunakan mendatangkan mudarat kepada wajah dan tubuh.
Boleh beli, boleh cuba guna, tetapi kena hati-hati!
sumber : Majalah Keluarga Jan-Feb 2018
Adam Corrie Dan Adik Terpisah Selama 36 tahun, Jumpa 10 Tahun Lalu.” Kini Kedua-Duanya Muslim. Hebatnya Perancangan Allah!

Allah berikan hidayah kepada hambaNya dalam pelbagai cara. Umum mengetahui sebelum ini Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, 50 pernah berpisah dengan adik lelakinya Shahrizah Hussein kerana dia dipelihara oleh keluarga Melayu.
Selepas 36 tahun terpisah, hanya 10 tahun lalu mereka diketemukan semula. Lebih membahagiakan Adam Corrie kerana adiknya itu juga muslim.
“Ini adik lelaki saya, Shah. Kami terpisah selama 36tahun .. sejak beliau dilahirkan. Jumpa semula 10tahun lalu. Alhamdulillah Shah dibesarkan keluarga muslim sebagai muslim.
“Alhamdulillah sekarang beliau Sudah berusia 46thn. Masih bujang. Jadi dalam keluarga saya, saya dan adik saya, Shah sahaja yang muslim. Allah berikan hidayah Islam kepada hambaNya dalam pelbagai cara. .
“Ada yang bertuah, lahir dalam keluarga Islam.
Ada yang perlu menjadi cahaya Islam bertahun-tahun baru dapat cahaya Islam
Ada yang dihujung nyawa Allah campakkan hidayah Islam pada diri mereka.
“Walau bagaimana cara pun kita menerima hidayah.. yang penting kita istiqamah dalam hidup ini sebar kebaikan pada semua.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on
Netizen turut menyuarakan rasa syukur dan mendoakan Adam Corrie dan adiknya serta keluarga terus bahagia.
Sumber: IG adamcorrielee
Anak Sawan Di Pusat Membeli Belah, Nurul Depp Tak Panik & Praktis Kaedah Yang Doktor Ajar.

Ibu mana yang boleh duduk senang kalau anak tak sihat kan. Lebih-lebih lagi si kecil yang dilanda demam dengan suhu badan yang tinggi.
penyanyi Nurul Wahab baru-baru ini ada berkongsi pengalaman anak ketiganya Raphael Depp yang berumur 3 tahun terkena sawan di salah sebuah pusat membeli-belah. Takut dengar kan. Mujurlah tempat ramai orang, mudah nak minta tolong.
Ikuti kisah anak penyanyi ini menerusi laman instagramnya yang katanya sudah kembali sembuh selepas dimasukkan ke hospital.
Si #raphaeldepp ni memang betul2 european. Kalau demam dan suhu badan naik tinggi, memang akan kena seizure.
Ini kali ketiga walaupun di monitor sebaiknya. Cuma semalam tak sempat sampai rumah.
Beberapa perkara perlu dibuat selepas ambik #raphaeldepp dan #zacharydeppdari sekolah.
#pavillionKL memang tempat biasa kami pergi kalau mahu mendapatkan sesuatu.
Baru je nak ke kereta di ruang legar Pavillion KL, Raphael kena seizure.
Dari bahu saya, terus ke lantai sebab bila anak anak kena seizure , kena terbalik kan badan dan muka ke sisi supaya mereka boleh bernafas. Ini yang diajar Doctor.
Ini kali ketiga raphael diserang sawan apabila suhu badan naik terlalu tinggi ketika demam.
@ayu_ace kali pertama tengok kejadian sebegini berlaku pada kanak2. Memang sedikit terkejut.
Kami ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada #paramedic di #pavillionKL dan juga Security Team nya yang sangat sangat pantas bertindak membantu kami apabila melihat kami di dalam kecemasan.
Terima kasih semua yang mungkin saya tak perasan yang berada di sekeliling kami melihat semalam kejadian yang merunsingkan semua orang yang lalu lalang di situ.
Ini sudah menjadi biasa kepada kami. Pengajarannya semalam, saya harus lebih pantas bertindak seberapa segera apabila raphael kena demam.
A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Alhamdulillah #raphaeldepp is okay now. Selepas satu malam di hospital. Hanya viral fever dan sekarang sudah boleh pulang ke rumah selepas ujian darah nya tidak menunjukkan apa apa yang membahayakan. Hanya perlu monitor si kenit ni!
Tengoklah gelagat dia kena ambik darah di #mystory hari ini.
Thanks to all #yestowellnessteam#yestowellnessfamily yang mendoakan.
Sumber: nouruldepp