Setiap pasangan suami isteri pasti mempunyai kerenahnya yang tersendiri. Orang kata, perbezaan melengkapi antara satu sama lain.
Sama seperti kisah pengacara Dayah Bakar dengan suaminya yang membuat netizen cair.
Menerusi hantaran video yang dikongsikan di laman Instagram Dayah, dia kelihatan sedang membuat panggilan video dengan suaminya, Kapten Hanif Hamidi di dalam kereta.
Tetapi apa yang menariknya adalah mask muka yang dipakainya itu kerana dilihat comel dan kelakar.
Di dalam video tersebut juga kelihatan suaminya hanya tersenyum sambil mendengar Dayah bercerita.
Menurut Dayah, memakai mask muka adalah perkara yang biasa dia lakukan terutama ketika mahu pergi ke program siaran langsung.
“Cintailah aku apa adanya Ini kebiasaan, pakai mask on the way nak pergi live show. Hasilnya wajah akan akan moist and beautiful,” tulisnya.
Sementara itu, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen tersebut.
Dayah Bakar yang merupakan isteri kepada seorang tentera darat Malaysia itu juga telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Achbar Muhammad Fahri pada 17 Ogos 2020.
Sumber: Instagram Dayah Bakar