Gelagat pelakon Awal Ashaari bersama anak sulungnya, Lara Alana semakin meraih perhatian dalam kalangan warganet disebbakan sering kali terlihat membuat video TikTok bersama – sama.
Menerusi perkongsian di platform tersebut, awal telah memuat naik satu video bersama Lara yang sedang membuat trend Money Trees nyanyian Kendrick Lamar ft Jay Rock.
Tenang melayan telatah anaknya itu, Awal juga sering tampil dengan kapsyen yang mencuit hati kerana si cilik itu serik mengajaknya untuk membuat TikTok bersama.
“Apa pulak ni?” tulisnya.
Sumber foto: Instagram Awal Ashaari
Melihat kemesraan mereka berdua, perkongsian tersebut meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.
Ads
Malah, ada juga yang mengatakan Awal dan Lara kelihatan seperti adik – beradik kerana penampilan pelakon itu yang sentiasa kelihatan muda.
Ads
Untuk rekod, Awal Ashaari telah mendirikan rumah tangga bersama Scha Alyahya pada 4 Mei 2012 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak perempuan, Lara Alana dan Lila Amina.
Tidak dinafikan peningkatan mendadak kes Covid-19 kebelakangan pasti merisaukan rakyat Malaysia. Malah, setiap hari boleh dikatakan mencecah angka antara 2000 ke 3,000 kes sehari. Lebih merisaukan jika tidak dibendung kebarangkalian boleh melangkau melebihi 5,000 kes sehari.
Lantaran itu, pada 11 Jan 2021, Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.
Perintah itu membabitkan tiga peringkat pelaksanaan iaitu PKP ke atas enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Serta PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak.
Menyedari akan hal ini, sudah pasti kita akan mematuhi SOP dalam norma baharu, bagi memastikan menjaga keselamatn diri termasuk keluarga tersayang daripada virus ini. Namun, siapa kita untuk menghalang daripada jangkitan virus ini yang merupakan musuh halimunan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Begitulah yang dialami oleh Menteri Kewangan Malaysia kesayangan ramai, Dato’ Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz , 47 tahun ini.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya beliau memaklumkan perlu melakukan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah Kediaman (HSO) ekoran merupakan kontak rapat individu yang positif Covid-19. Selaras dengan peraturan kesihatan, beliau menjalani kuarantin kendiri sehingga 19 Januari ini.
Juga menarik perhatian apabila memuat naik sepucuk surat coretan anak perempuan yang berusia tujuh tahun. Kata-kata rindu seorang anak yang tidak dapat memeluk ayahnya dalam tempoh kuarantin.
Hari ini, saya mendapat sepucuk surat dari anak perempuan saya, Zahira, yang berumur 7 tahun. Walaupun di rumah, saya tidak boleh bersama keluarga atas faktor kesihatan.
Ingin saya maklumkan bahawa saya merupakan kontak rapat kepada seorang individu yang positif COVID-19.⠀ ⠀ Saya telah melakukan ujian saringan COVID-19 semalam dan Alhamdulillah, keputusannya negatif. Saya juga telah memulakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah Kediaman (HSO) and will be working from Home (WFH) sejak beberapa hari lalu sehingga 19 Januari. ⠀ Buat yang diluar sana, mohon doakan kesihatan dan keselamatan kita semua. Stay safe and stay strong. Let’s flatten the COVID-19 curve together!
Papa misses you, too, Zahira! InsyaAllah, Papa will see you soon!
P/S. Buat yang keliru dengan isi surat Zahira, ini kandungannya,
“Papa this is from me. I want to give you this picture because I love you and I miss you so, so, so, so, so, so, so much, more than infinity.
Begitulah corentan yang ditulis sendiri oleh anak perempuannya itu. Tengku Zafrul Abdul Aziz dan pasangannya Raja Datin Sri Johanna Adrina Raja Arshad dikurniakan empat orang anak iaitu Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel).
Menjenguk ruangan komen, rata warganet mendoakan kesihatan menteri ini dan keluarganya. Ada juga memuji anak perempuannya seorang yang pandai.
“Allahuakbar. Moga Allah lindungi dan permudahkan segala urusan ya
“Semoga tiada apa2 yg memudaratkan InsyaAllah
“Semoga tengku sihat selalu , menteri kewangan paling hensem dalam sejarah
“She’s so sweet, she must be missing her papa very much. Hang in there Papa Zahira. May Allah SWT keep you safe and all your family safe, aamiin
“Shes so clever. Get well soon sir. And keep strong,” antara komen warganet.
Mulianya seorang ibu hingga doanya tiada hijab. Allah telah meletakkan seseorang ibu di peringkat yang paling tinggi doanya untuk dimakbulkan. Disebabkan itulah reda dan restu dari ibu sangat penting dalam kehidupan anak-anak.
Pun begitu, betapa ruginya kalau sebagai ibu tidak menggunakan kelebihan tersebut untuk sentiasa mendoakan mendoakan anak-anak. Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambil peluang berdoa untuk anak-anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hayat kita.
1) Doakan anak suka solat dan baca Al Quran.
2) Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab.
3) Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor.
4) Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya.
5) Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah.
6) Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata.
7) Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari.
8 ) Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya.
9) Doakan anak kita akan saling memaafkan dan saling berdamai antara adik beradik bila berlaku salah silap.
10) Doakan anak kita sentiasa mendoakan kita dalam setiap solatnya setiap hari.
Ulang dan ulang doa kalian. Ada orang yang berjaya luar biasa pada hari ini, bukanlah disebabkan usaha atau amalannya semata. Tapi mereka berjaya disebabkan doa ibunya (dengan izin Allah).
Rayuan bapa kanak-kanak tercekik ‘gummy mata,’ – “Mohon doakan anak saya.” Bapa kepada kanak-kanak yang dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal atau ‘gummy’ berbentuk mata memohon untuk mendoakan anak sulungnya.
“Mohon doakan kesejahteraan anak sulung saya, dia sedang tenat. Semoga ada keajaiban untuknya.”
Begitu rayuan Mohamad Fakhruddin Mohamad Fikri, 35, bapa kepada kanak-kanak lelaki Mohamad Fahmi, 10, yang kritikal sejak kelmarin dipercayai tercekik gula-gula ‘gummy’ mata.
Mohamad Fakhruddin berkata, kali terakhir dia dan isteri dapat melihat anaknya di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 8.30 pagi tadi dan sudah berjumpa dengan doktor.
Menurutnya, Muhamad Fahmi masih tidak menunjukkan perkembangan dan doktor sedang berusaha merawatnya.
“Doktor beritahu pasukannya sedang berusaha merawat dan jika tiada perkembangan, mereka akan hentikan pemberian ubat bagi melihat perkembangan seterusnya.
“Luluh hati saya, seorang anak yang ceria tiba-tiba dalam keadaan begini. Pada masa ini, kami sekeluarga hanya mampu berdoa dan berserah kepada kuasa Allah SWT.
“Tragedi yang menimpa anak sulung kami amat mengejutkan, kami tiada daya menghalangnya,” katanya ketika ditemui di perkarangan HPP bersama isteri, Noraini Mohamad Isa, 37 dan adiknya, Siti Farhanim, 33, hari ini.
Mohamad Fakhruddin berkata, sejak anaknya dipindahkan ke PICU HPP dari Hospital Seberang Jaya, dia tidak pulang ke rumah dan tidak berganjak dari ruang menunggu bagi menantikan khabar gembira.
Menurutnya, dia cuba lelap seketika, namun terjaga apabila terdengar seolah-olah Muhamad Fahmi memanggilnya.
“Betul dan jelas kedengaran Muhamad Fahmi panggil saya, ‘baba’, seketika kemudian barulah tersedar ia hanya mimpi atau perasaan saya.
“Kelmarin, Muhamad Fahmi beritahu tidak mahu ke Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) kerana keletihan. Saya sangka itu hanya perkara biasa tambahan sesi persekolahan baharu sahaja bermula.
“Sebelum ini, ibunya yang menghantar dia ke kelas dan tidak sangka semalam menjadi pertemuan akhir kami. Sebelum masuk ke kelas, dia paling muka melihat saya dan pandangan matanya buat saya teringat sampai sekarang,” katanya.
Katanya, dia tidak mahu keadaan itu menjadi kenangan terakhir sekali gus berharap anaknya terus kuat kerana ramai yang menanti.
“Kami akan bawa anak kedua (Nufa Fakhira, 4) datang melawat Muhamad Fahmi, sekurang-kurangnya dia boleh dapat rasakan kehadiran adiknya,” katanya.
Menurut Muhamad Fakhruddin, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak di atas tragedi yang menimpa anaknya.
“Namun, saya sedikit kesal apabila ada sesetengah individu menyalahkan anak kerana membeli gula-gula berkenaan.
“Kami sudah menderita menanggung semua ini, cukuplah beri ulasan negatif, malah ada yang menyalahkan anak saya. Muhamad Fahmi tidak tahu apa-apa dan tidak tahu perkara ini akan berlaku,” katanya.
Semalam, media melaporkan Muhamad Fahmi kritikal dipercayai tercekik gula-gula berkenaan ketika berada di kelas.