
apex celik, tak sedar rupanya si comel kesayangan ramai ini sudah 6 bulan usianya.
Buah hati pengarang jantung, Fattah Amin dan Fazura ini sering mendapat perhatian ramai dengan gelagat nya.
Si kecil yang diberi nama Nur Fatima Aisya ini mula menjadi tumpuan sejak wajahnya dikongsikan kepada umum.
Terbaru, akaun Instagram Fattzuralovelife, berkongsi video Fazura membuat persediaan makanan untuk Fatima.
Menerusi video tersebut, Fatima yang diriba oleh Fattah nampak teruja untuk makan apabila Fazura suakan sudu ke arahnya.
Reaksi wajah Fatima ketika merasai makanan itu juga comel. Tidak cukup dengan mummy suap, Fatima turut memegang sudu dan menarik mangkuk makanan lagi. Wah kali pertama sudah pandai makan, lepas ini lagi tembam lah Fatima.
Gelagat Fatima ini menghiburkan dan menarik perhatian peminat. Muka tak sabar nak makan tu cute sangatlah Fatima.
Wanita Ni Kongsi Kisah Perkahwinan Jarak Jauhnya, Sungguh Menginsafkan!

Menjalani kehidupan sebagai suami isteri dalam hubungan jarak jauh atau juga lebih dikenali dengan istilah PJJ di zaman ini bukan mudah. Hanya bagi yang pernah melaluinya sahaja benar-benar faham derita yang ditanggung.
Ini sebagai mana yang diceritakan oleh wanita ini, Yushidaya di laman facebooknya. Membaca perkongsiannya cukup menyentuh hati dan diharapkan ianya dapat memberi manfaat dan tauladan untuk semua dalam menghargai setiap detik bersama pasangan.
Ini perkongsiannya.
Hidup berkeluarga dengan cara PJJ memang sedih, memang susah, tapi adakalanya ada manisnya. Ramai rakan-rakan yang hidup PJJ, hidup mereka pasti lebih sakit,lebih susah, lebih derita kerana ada yg makan tahun. Ya, hanya yang pernah hidup PJJ faham bagaimana rasanya. Tapi, aku hanya mampu katakan sabar,tabah dan syukurlah, kerana aku juga ada kisah PJJ aku sendiri.
Selepas berumahtangga, aku sangat bersemangat ikut suami ke pulau Labuan itu. Teruja nak membina kehidupan berkeluarga di sana, tapi memang jauh dari keluarga, hanya kami.. ya.. hanya kami.
Selepas beberapa tahun, suami pula kena pindah ke Penang, bermulalah hidup ‘PJJ’ di saat itu, berusaha untuk ikut sama tapi tak boleh kerana tugas. Tinggal aku di pulau itu bersama si kecil Azka. Kami sangat berusaha cari duit tambahan semata-mata untuk beli tiket flight. kalau boleh tiap-tiap minggu nak suami balik ke Labuan walaupun cuma cuti Sabtu dan Ahad. Sanggup tau duit habis beli tiket, hahahaha…teruk-teruk. Alhamdulillah Allah uji tak lama, tak sampai setahun dapat pindah ikut suami ke Penang.
Bermulalah hidup di tempat baru, azam baru, semangat baru, penuh cita-cita dan impian sentiasa bersama untuk apa sahaja. Sangat takut ditinggal lagi. Suami pun tak sanggup nak tinggalkan kami lagi, tapi siapa sangka sedang gembira dengan ahli baru si kecil Azra yang baru masuk 12 hari, suami pula pergi untuk selama-lamanya.
Baru aku sedar,hidup PJJ kali pertama selama 7 bulan itu, yang sering aku rungutkan rupanya bukanlah apa-apa. Hanyalah latihan untuk aku menjalani PJJ kali kedua yang lebih mencabar dan yang pastinya tak akan berpenghujung sehingga akhir hayat.
Hargailah pasangan anda, cubalah untuk sentiasa bersama selagi boleh. Andai hidup berjauhan sentiasalah hubunginya kerana masa akan terus berlalu. Maut pula semakin menghampiri dan tiba masanya untuk berPJJ antara dua alam pula.
KINI
Wanita ini terus cekal menjalani kehidupannya tanpa suami disisi bersama dua anaknya, Si abang berusia 6 tahun dan si adik berusia2 tahun. Ini bermakna sudah 2 tahun suaminya pergi.
Menurutnya, “Tak sedar masa berlalu…sebab sentiasa rasa dia ada je macam selalu. Mungkin juga sebab sibuk dengan urusan anak-anak, kerja dan bisnes”.
Semoga dengan perkongsian ini dapat ‘menjentik’ hati kita untuk lebih menghargai pasangan. Andai kini hidup berjauhan, selalulah berhubung dan jangan jadikan alasan jarak menghalang kemesraan dan kasih sayang dalam keluarga.
Ekstra
5 Tip Buat Pasangan PJJ
- Berdoa agar hubungan diredhai dan kekal bahagia.
- Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan.
- Percaya pasangan dan juahkan daripada sikat bersangka buruk.
- Selalu berkomunikasi
- Jangan cemburu buta.
sumber : Yushidaya Dahrumi
Resipi Japanese Cheesecake Malam Coklat Ni Memang Sedap. Boleh Cuba!

Siapa yang suka makan kek tentu, tentu akan cuba pelbagai perisa kek. Jika nak cuba resipi Japanese Cheesecake Malam dan Siang, boleh cuba resipi oleh Fuad Ismail Iskandar ni. Memang superb!
JAPANESE CHEESECAKE MALAM (chocolate)
atau JAPANESE CHEESECAKE SIANG (original)
AWAK suka JAPANESE CHEESECAKE MALAM (chocolate)
atau
JAPANESE CHEESECAKE SIANG (original)
sini sy share kn lg resepi japanese cheesecake sy yg sy hari2 buat
#shafwadcheesecakejb
siapa nk buat makan2 atau buat niaga sy sertakan resepi kat bawah ????????
ikut step betul2 insyaallah menjadi….
semoga bermanfaat ????
(Shafwad Japanese Cheesecake johor bahru)
Bahan A:
60 g tepung kek/tepung superfine
20 g tepung jagung
250 g cream cheese
100 ml susu segar
50 g unsalted butter
6 biji kuning telur
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar jus lemon
Bahan B:
140 g gula
6 biji putih telur gred A
1/4 sudu kecil cream of tartar
Cara membuat:
Bahan A
1. Asing kan ye telur kuning dengan putih. Yang putih tu jangan ada secoet pon kuning telur tau.
2. Cair kan cream cheese, butter dan fresh milk dengan kaedah double boiler. (Macam cairkan coklat masak tu.. hehe). Dah cair, biarkan tepi kat dulu.
3. Ambil bekas lain pukul kuning telur. Pastu masukkan adunan cream cheese yang kita cair kan tadi
4. Ayak tepung kek dan tepung jagung yang dah sukat tadi. Dan masuk kan dalam bekas yang kuning telur tadi. Pastu kacau.
5. Masukkan 1/4 sudu kecik garam. Masukkan 1 sudu besar jus lemon. Tambah 1/2 sudu kecik vanilla essence. Kacau sampai sebati. Pastu.. tolak tepi kejap.
Bahan B
1. Buat meringue plak. Guna bekas lain ye. Saya guna stand mixer punya bekas. Pukul putih telur sampai berbuih-buih (foamy).
2. Bile putih telur dah buih, masukkan cream of tartar.
3. Masukkan gula then kasi pusing sampai jadi meringue ( kasi bertanduk yee). Jangan sampai overbeat lak. Agak2 kalao terbalikkan bekas tu, meringue tu tak jatuh.. kira ok la tu.
Lepas tu.. campur kan meringue tu dalam bekas bahan A. Kaup sket2.. then kaup-kaup balik. Kaup satu arah je ye. Bukan macam kacau dodol. ?
Pastu masukkan dalam bekas adunan (8 inci).
Panaskn oven pada suhu 170 degree dalam 20min. Then turunkan suhu ke 160 degree. Sebelum tu letakkan air panas dalam loyang.. then letak loyang kek atas tu. (Kaedah water bath). Bakar selama sejam atau sejam 10min.
Kasi nampak golden sket.
Selamat mencubeee ? — in Kulai.
Cerita Terbaru Animasi Kanak-Kanak Mengandungi Unsur LGBT! Cerita Apa tu? – Ibu Bapa Tolong Pantau Anak-Anak

Setiap hari minggu anak-anak sering meluangkan masa dengan menonton televisyen. Ada yang bermain game, ada yang tengok movie, ada yang bermain dan sebagainya.
Bagi ibu bapa dan penjaga, anda seharusnya memantau sebarang kandungan bahan tontonan anak jagaan anda sebelum terlambat!
Melalui satu perkongsian daripada pemilik akaun Karina Vailes di Facebook menjelaskan satu filem animasi baharu berjudul Jurassic World: Camp Cretaceous.
Jelasnya, ketika bersama dua anak lelaki, dia terkejut dengan pengisian filem animasi tersebut memaparkan babak yang tidak seharusnya ada terutamanya bahan tontonan anak.
“Saya terkejut apabila salah satu watak wanita animasi itu, Yaz mula mengakui perasaannya terhadap seorang gadis lain, Sammy.
“Kenapa saluran televisyen terbabit tidak menukar filem animasi itu kepada bahagian kandungan matang. Saya kecewa dengan semua rancangan moden yang mendorong idea homoseksual kepada kanak-kanak,” jelasnya.
Tambahnya lagi, fikiran anak-anak masih terbentuk dan tidak memerlukan rancangan seperti itu untuk memberitahu keadaan dunia ketika ini.
Katanya, menonton rancangan di saluran tersebut adalah untuk dihiburkan bukan untuk diserang dengan idea atau agenda politik yang tidak sepatutnya.
“Rupa-rupanya filem animasi itu berkisar tentang hubungan cinta lesbian dan saya dimaklumkan bahawa mereka menjadi ‘agak fizikal’ dalam salah satu episod.
“Saya kini telah menyekat rancangan itu daripada profil kanak-kanak. Tetapi, saya masih ada benda yang ingin dipersoalkan, siapa yang mengaut keuntungan daripada ini? Dan berapa banyak?” soalnya.
Zaman teknologi sekarang sangat lah membimbangkan sebab konten yang diperbuat daripada dunia barat sering memasukkan instrument LGBT, keganasan dan tabiat yang buruk walaupun dalam kartun. Anak-anak kita tak tahu untuk memilih isi kandungan kartun kerana padanya semua kartun hanyalah sama saja. Namun kita sebagai orang tua dan ibu bapa penjaga haruslah bijak dalam memilih konten untuk menjadi tontonan kanak-kanak.
Sumber : Kosmo!