Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan soft candy  with jam  atau juga gula-gula gummy dengan jem buah-buahan di dalamnya. Sekali pandang memang diakui bungkusan sangat menarik dan bentuknya juga cukup comel yang didatangkan dengan pelbagai perisa. Tentu sahaja mampu memancing selera anak-anak untuk menikmatinya!

Namun isu viral soft candy with jam yang timbul bukan kerana kecomelannya tetapi adalah isu yang lebih serius berkenaan status halal makanan tersebut. Meskipun ada logo halal pada bungkusannya namun kesahihan itu disangkal oleh pihak Bahagian Hab Halal, Jabatan Agama Islam (JAKIM).

Comel & Menarik, Hati-hati Jangan Terbeli!- Logo Halal Soft Candy With Jam Tidak Diperakui JAKIM

Hal ini dimaklumkan di facebook mereka dengan mengatakan jelas bahawa logo halal yang tertera pada bungkusan soft candy  with jam  tersebut tidak diiktiraf oleh JAKIM.

Comel & Menarik, Hati-hati Jangan Terbeli!- Logo Halal Soft Candy With Jam Tidak Diperakui JAKIM

Minggu ini pihak kami dihujani dengan pertanyaan oleh para pengguna di media sosial berkaitan status halal produk manisan Soft Candy With Jam yang tidak dinyatakan alamat pengeluar sebenar rentetan terdapat maklumat kandungan bahan mentah produk tersebut yang mengandungi ramuan tidak halal iaitu pork gelatine (gelatin babi) pada label pembungkusan produk.

Pada produk tersebut juga tertera logo Halal Food Council International Malaysia & Asia Region dan ia telah mengundang keresahan dan salah faham masyarakat terhadap pensijilan halal Malaysia.

Ads

Untuk makluman semua, produk tersebut telah menggunakan logo halal yang TIDAK DIIKTIRAF oleh JAKIM. Justeru, penggunaan logo halal tersebut adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini.

Comel & Menarik, Hati-hati Jangan Terbeli!- Logo Halal Soft Candy With Jam Tidak Diperakui JAKIM

Pengguna Muslim dinasihatkan untuk tidak memilih produk berkenaan dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang belian dan transaksi.

Pengguna yang menjumpai produk tersebut di pasaran dinasihatkan mengemukakan aduan lengkap dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui e-mel pr_halal@islam.gov.my atau kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my / http://e-aduan.kpdnhep.gov.my/

Ads

Untuk mengetahui senarai badan-badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my atau muat turunnya di https://drive.google.com/…/1hvYRXjsfP9mpPifB_4tG2k17qi1…

Sekian

“Yakini Halal Malaysia”

 

Ads

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI