Penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza membuat kejutan dengan memegang katak.
Siapa sangka kan, video gelagat beliau Dato’ sahut cabaran untuk pegang katak buat ramai terhibur.
Tak sangka besar betul katak tu. Teragak-agak Tokti nak pegang sebab geli. tapi yang comel Tokti banyak kali minta maaf dengan katak tu.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Siti memuat naik video memaparkan memegang seekor katak.
Ramai yang geli nak pegang katak, tapi penyanyi lemah lembut ni berjaya kumpul keberanian. Siap sempat cakap ‘sorry’ lagi masa pegang katak tu! Kalau orang lain boleh, takkan kita tak boleh, kan?
“Katak oooo katak. Alahai katak. Kalau orang lain boleh buat, takkan kita tak boleh? Alhamdulillah, akhirnya berjaya lepasi cabaran Fear Factor dalam team building CTDK ni!”
Malah pesanan Datuk K kepada Tok Tik mencuit hati , siap kata jangan masak nasi 2 minggu. Memang. buat netizen berdekah.
“Nanti Jangan Masak Nasi 2 minggu.”- Datuk K
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen rata-rata teruja melihat Siti Nurhaliza memegang haiwan jenis amfibia yang pastinya kulit yang lembap dan licin.
Sumber: IG ctdk