Memilih nama yang cukup indah, Nur Azura Yamani, Datuk Jamal baru-baru ini berkongsi wajah puteri pertamanya yang kelihatan putih serta gebu seperti ibu dan bapanya.
Menerusi laman sosial Instagram, Isteri Jamal, Datin Zai Izzati Khairuddin, 25, memuat naik beberapa foto puterinya yang sangat comel.
“Dah tiga bulan dah #nurazurayamani. Alhamdulillah syukur. Semoga membesar dengan sihat ye yayang momi,” tulis Zai sebagai kapsyen.
Baru berusia tiga bulan, Nur Azura mencuri perhatian dengan bentuk mata yang bulat, rambut yang lebat serta badan yang bersemangat.
Rata-rata melahirkan rasa teruja dan geram dengan kemontelan puteri sulung pasangan ini.
Jamal juga menerusi perkahwinan sebelum ini mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13 tahun.
Selepas kali terakhir menimang anak sekitar 13 tahun lalu, legenda seni tanah air itu berkata, beliau bersedia untuk menguruskan bayi kecil.
Sumber: IG zaiizatti17_