Penyanyi tersohor Nombor 1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan perasaan gementarnya apabila melihat anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid membuat persembahan di konsert piano pertama yang disertai.

Comel Betul Jari Main Piano! Dato Siti Nervous Bercampur Bangga Dengan Persembahan Afiyyah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Siti atau lebih mesra disapa Tokti di laman Instagramnya, dia mengakui tidak dapat menahan perasaannya yang bercampur baur memandangkan anak kesayangannya itu baru sahaja berusia empat tahun.

Ujarnya lagi, dia bimbang akan keadaan Aaafiyah yang berkemungkinan akan mengalam1 serangan panik ketika melakukan persembahan pertamanya.

Ads

Namun begitu, tanggapannya itu meleset kerana Aafiyah telah berjaya membuat persembahan dengan baik dan ia adalah sesuatu yang sangat membanggakan.

Comel Betul Jari Main Piano! Dato Siti Nervous Bercampur Bangga Dengan Persembahan Afiyyah

Ads

Dalam pada itu, penyanyi yang berusia 43 tahun itu berharap agar Aafiyah dapat mempelajari sesuatu yang baharu daripada persembahan tersebut dan dapat menimba segala ilmu dengan sebaik mungkin.

Comel Betul Jari Main Piano! Dato Siti Nervous Bercampur Bangga Dengan Persembahan Afiyyah

Ads

Malah, Tokti turut menitipkan ucapan penghargaan buat guru yang sentiasa sabar dalam mendidik anaknya di sekolah untuk menjadi seorang insan yang berjaya kelak.

kredit : ctdk

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI