Pasangan ini cukup terkenal dalam usaha-usaha kemanusiaan. Baik Noh Hujan mahupun Mizz Nina, masing-masing sering mengikuti misi kemanusiaan di luar negara. Bukan itu sahaja, banyak perubahan pada diri masing-masing usai mengambil jalan mendekatkan diri padaNya.
Terbaru, pasangan itu sekali lagi mendapat perhatian dan pujian netizen di laman Twitter apabila video mereka berdua sedang membaca kitab suci al-Quran meraih lebih 65,900 tontonan dan 5,100 perkongsian.
Mengaji bersama-sama…
Tweet berkenaan berkongsi semula sebuah Instastory milik Mizz Nina yang memperlihatkan dia dan suaminya sedang mengaji al-Quran bersama-sama. Sweetkan?
Lebih menarik apabila mereka mengambil keberkatan sempena 1 Zulhijjah dan Mizz Nina turut berkongsikan kebaikan tarikh tersebut melalui posting di Instagramnya.
“It’s friday AND it’s the first of Dhul hijjah. The first day of the best 10 days of the year! Double blessing, Alhamdulillah!
There are no days in which righteous deeds are more beloved to Allah than the blessed 10 days and nights of Dhul hijjah. Let’s not waste these blessed 10 days and make it the best 10 days of our life!
Also, don’t forget to read your Al-Kahf today! Make lots of duaa ??
Ads
Itu yang dikongsikan oleh Mizz Nina menerusi laman instagramnya.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi yang postif dari pengikutnya, rata-rata memuji dan kagum dengan pasangan suami isteri ini yang sentiasa mengutamakan dari sudut rohani walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga.
Seronok juga melihat ada dikalangan antara kita bila menanam sayur-sayuran di laman rumah terlihat subur. Terasa teringin juga untuk mencuba menanam sepokok dua.
Pun begitu, sebagai langkah permulaan tentunya kita mahu mencuba menanam pokok yang mudah hidup dan cepat dapat dituai.
Ikuti perkongsian ini untuk anda dapat menanam bayam dengan cara yang mudah dan dapat menikmati hasilnya dengan cepat.
Siapa-siapa yang baru cuba berkebun saya sangat rekemen tanam bayam. Senang hidup dan cepat tumbuh.
Pokok ni baru 3 minggu, dah nak boleh kutip.
Medium yg saya guna ialah tanah: sekam: cocopeat, 1:1:1.
Baja boleh guna air beras @ npk
Cara tanam.
1. Campur benih dengan tanah dalam bekas kecil @ gaul. Ini nk elak benih tumbuh terlalu dekat.
2. Tabur gaulan tadi atas medium . Kemudian tabur lapisan medium atas benih (ambil medium dari tapak tanam)
3. Kemudian siram guna air yang semburan halus, jangan siram terus guna paip nanti abis benuh berterabur. Tutup medium dengan zink@kain@ pelepah kelapa untuk bagi gelap
3. Dlm 3-4 hari pucuk akan keluar. Terus buang penutup atas utk elak pokok lonjong.
4. Amalkan siram guna semburan halus 2 kali sehari, kalau malas cam saya sehari sekali pun ok, asalakan medium tak kering kontang.
Sumber : Abdul Quyyum
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika dihitung detik dan waktu hampir dua tahun penularan Covid-19 melanda dunia dan tiada siapa pun dapat menjangka bilakah semua ini akan berakhir. Kesan buruk ini bukan sahaja dilihat terkesan pada aspek kesihatan semata-mata malah lanskap ekonomi juga menerima kesan hebat akibat pandemik ini.
Apa yang pasti, krisis pandemik ini terus memberi kesan negatif hingga ramai yang perlu ‘bergelut’ untuk mendapatkan sesuap nasi. Bahkan ramai usahawan kini terpaksa menelan kepahitan apabila jualan merudum jatuh.
Pun begitu, kehidupan ini harus diteruskan dan wajar kiranya setiap usahawan perlu mengatur strategi bijak dalam mencari jalan penyelesaian di musim pandemik ini supaya perniagaan terus mendapat tempat di hati pelanggan dan sekali gus berkembang pesat dalam norma baharu.
Lebih Mudah & Berkesan Mengiklan Dengan SME 360
Pengiklanan Lebih Mudah dan Berpatutan Dengan ‘SME360’ oleh Astro Media Solutions
Portal yang bertindak sebagai pusat sehenti untuk membantu menawarkan solusi, pemasaran dan menghubungkan perusahaan kecil dan sederhana (SME)
Melihat kepada situasi penuh mencabar yang dicetuskan oleh pandemik COVID-19, ramai pengusaha perusahaan kecil dan sederhana atau SME dilihat mengalami kesukaran untuk terus kekal berada di dalam segmen ini. Justeru, kaedah komunikasi yang jelas dengan pelanggan perlu dititikberatkan.
Hari ini, Astro Media Solutions (“AMS”) melancarkan sebuah portal, SME360, yang bertindak sebagai pusat sehenti untuk inisiatif pengiklanan serta pemasaran yang mampu membantu pengusaha perusahaan kecil dan sederhana untuk menjangkau pelanggan dengan penglibatan atau hubungan yang lebih konsisten.
Diwujudkan istimewa untuk golongan SME yang hadir dari pelbagai latar belakang dan saiz, SME360 menawarkan pakej media yang paling optimum bagi menyasarkan kumpulan pasaran yang lebih efektif, didukung oleh rangkaian pengguna Astro yang kukuh dan memiliki ekosistem media yang mantap secara keseluruhannya.
Portal ini dibina bertujuan untuk memacu perniagaan masing-masing dengan lebih efektif namun pada kadar pengiklanan yang berpatutan sebagai penyelesaian kepada situasi semasa, seterusnya memastikan komunikasi berpanjangan dengan pelanggan kekal berlangsung agar dapat menggalakkan pembelian.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh SME360 ini merentasi pakej pengiklanan yang sekata, penyiaran di platform media sosial, pemasaran e-dagang, penglibatan figura berpengaruh di media sosial atau ‘influencer’ untuk membantu mempromosikan produk, sehinggalah ke sesi konsultasi secara percuma untuk perkara-perkara yang melibatkan cetusan idea atau pembentukan sesebuah produksi kandungan dengan merujuk kepada amalan terbaik.
Pemasaran Lebih Efektif
Pakej-pakej yang ditawarkan di bawah SME360 adalah cukup berpatutan, dengan produksi komplimentari sehingga bernilai RM7,000 (bagi pakej TV dan radio). Juga, untuk setiap peluang perniagaan yang dirujuk kepada kami menerusi portal SME360 akan menerima kredit pengiklanan istimewa.
Pemasaran yang lebih efektif kini lebih mudah dan mampu milik dengan SME360. Layari sme.quake.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kemudahan ini dan cara-cara membelanjakan peruntukan pengiklanan anda, menerusi pakar pemasaran kami di Astro Media Solutions, yang dikuasakan oleh ekosistem transmedia, dan disokong oleh rangkaian pengguna terhebat.
Astro Media Solutions menyediakan penyelesaian periklanan dan pemasaran khusus untuk sesebuah jenama itu. Dengan memanfaatkan aset media dan IP di bawah Astro Malaysia, Astro Media Solutions menawarkan pemasaran berasaskan data, pengaktifan, perdagangan, barang dagangan dan bakat-bakat di platform TV, radio dan digitalnya. Kami percaya dengan bekerjasamaan bersama rakan kongsi yang berfikiran serupa demi menyokong kecemerlangan pemasaran dan mendorong pertumbuhan perniagaan.
BUKTI KEJAYAAN
Telah terbukti mereka yang memasarkan produk bersama Astro Malaysia kini telah mempunyai nama yang hebat dalam perniagaan masing-masing. Antaranya adalah seperti Aura White, Sugar Bomb dan Dato’ Dr Nazri Khan. Sememangnya mereka ini cukup bangga melabur iklan bersama kami.
Bantu Usahawan Kekalkan Kedudukan Jenama
Bahkan menurut Wong See Wei, Pengarah Astro Media Solutions bahawa pakej yang diperkenalkan ini akan dapat membantu usahawan di musim pandemik ini untuk meyakinkan pelanggan berkenaan produk yang mereka tawarkan sentiasa ada untuk pelanggan.
“Di Astro Media Solutions, kami sentiasa berusaha dalam memperkenalkan pakej perkhidmatan pengiklanan yang inovatif, efektif dan efisien. Pelancaran SME360 ini dilihat bertepatan dengan waktunya kerana dapat membantu para SME memacu pelan pemasaran masing-masing di sebalik pandemik yang berlaku ini. Dengan ketidaktentuan dalam pasaran hari ini, adalah menjadi keutamaan untuk golongan SME memastikan hubungan dengan pelanggan mereka terus berlangsung dan mampu mencetuskan kepastian bahawa mereka sentiasa ada untuk pelanggan di luar sana.
“Justeru itu, penting untuk pemain SME mengekalkan kedudukan jenama masing-masing dan penglibatan ini amatlah perlu terutamanya di ketika ini. Lebih 900,000 pemilik SME di Malaysia ini akan memiliki akses kepada keseluruhan spektrum SME360 yang merangkumi solusi atau penyelesaian kepada perkara berkaitan pemasaran, yang dipakejkan khas untuk menepati setiap jenis perniagaan dan peruntukan kewangan masing-masing.
“Ia meliputi pakej media merentasi TV, Radio, Digital dan platform e-dagang serta menerusi penglibatan influencer atau figura berpengaruh di media sosial. Kami komited untuk membantu para SME menempuhi waktu mencabar ini dengan memacu perniagaan mereka menerusi pelan pemasaran yang berkesan. Kami yakin, jika komuniti kita berjaya, kami turut sama meraikan kejayaan tersebut dan bersama, kita pasti boleh,” jelas Wong See Wei.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Setiap antara kita tentu ada yang menggemari masakan Siam, rasanya enak dan mudah disediakan. Untuk yang ingin mencuba salah satu resipi berasaskan ikan yang cukup popular adalah Ikan Tiga Rasa atau juga dikenali dengan Pla Rad Prik.
Resipi istimewa ini dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan dan menurutnya kalau makan ikan di kedai Siam, ikan tiga rasa lain dari di kedai makan Melayu. Saya pernah tanya tukang masak kedai Siam tu, apa nama masakan ikan tiga rasa tu sebenarnya. Dia kata Pla Rad Prik. Ini resepi dia.
Pla Rad Prik by Dr Kamarul Ariffin.
Bahan-bahan: (2-3 orang)
1 ekor ikan sikap (saiz sederhana)
1 labu bawang putih
5 tangkai cili padi merah
5 tangkai cili padi hijau
1 ikat daun ketumbar
3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar pes asam jawa
2-3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar gula nipah
Garam dan gula secukup rasa
Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar. Jom lihat
Ni je bahan-bahan buat sos pla rad prik tu. Gula nipah (palm sugar) je tak ada dalam gambar ni.
Saya guna ikan siakap. Biasanya di Siam, pakai ikan tilapia kata tukang masak tu. Kau orang boleh guna ikan yang kau suka. Jika guna siakap, saya suka belah ikan macam ni. Cepat masak.
Mula-mula kita bedakkan ikan dengan tepung jagung dan garam. Kalau salut tepung, nanti sos tu mudah meresap pada ikan. Baru best!
Goreng ikan! Pastikan minyak betul-betul panas dan cukup banyak. Masukkan belah bawahnya dahulu. Isi akan melengkung ke atas jadi macam mangkuk. Bila tuang kuah, kuah akan duduk atas ikan.
Terbalikkan. Biar dia kuak lentang. Haha! Goreng bahagian kulit pula sampai garing. Lepas goreng, tos dan ketepikan sebentar.
Tumis bawang putih dan cili padi yang telah di cincang halus. Masakan ni kena pedas baru mengancam! Tapi kalau tak mahu pedas, guna cili besar. Tak semua orang suka makan masakan yang pedas, kan?
Dah wangi. Masukkan gula putih. Saya guna satu sudu besar. Saya masukkan awal supaya gula ni boleh terkaramel.
Tak sempat ambil gambar masa tuang air asam jawa. Kalau suka masam, masukkan lebih asam jawa. Masakan ikan, sangat ngam dengan rasa masam.
Masukkan sos ikan. Masakan ni rasa dia masam, manis, dan masin. Mungkin sebab tu dekat sini, kedai siam letak nama ikan masak tiga rasa
Tadi saya rasa sos ni, macam ada kurang. Gula nipah ada rasa yang buat masakan jadi sedap. Oleh kerana tak ada gula nipah. Saya cuba letak gula Melaka. Ha! Baru ada rasa manis lemak tu!
Akhir sekali, letak batang ketumbar. Ketumbar ni beri rasa segar dan wangi. Bahan yang sangat sinonim dengan masakan Siam. OK, kuah dah siap, boleh tuang ke atas ikan kita tadi!
Ini dia! Pla Rad Prik! Rasa sama macam kedai Siam punya! Pedas, masam, masin, manis! Makan dengan nasi putih, memang terangkat! Tapi macam tak cukup kuah, kan?
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...