Sebut je biskut coklat memang ramai peminatmya tak kira peringkat umur semua suka. Rasa coklat yang manis membuatkan satu balang biskut coklat tak cukup.
Misalnya biskut badam coklat yang disaluti coklat ditambah dengan badam pasti membuatkan makan sekeping dua tak cukup. Bayangkan jika ahli keluarga yang ramai.
Kalau nak beli biskut ni boleh tahan harganya. Jadi nak makan hingga puas apa kata buat sendiri di rumah. Tak perlu guna oven. Nak buat memang sangat mudah,
Boleh jadi kudapan sambil santai-santai dengan keluarga ketika PKP ni.
Nak tahu lanjut cara penyediaan biskut badam coklat ikuti perkongsian Mashitah Amin di facabook miliknya ini.
Beliau menggunakan coklat beryl’s yang rasanya sangat sedap, confirm licin satu balang dalam satu malam!
Resipi Biskut Badam Coklat
Bahan:
Badam
Coklat beryl’s
Cara penyediaan:
Coklat Badam Crunchy dua bahan tak perlu pakai oven. Sangai badam sampai perang dan sejukkan. Cairkan coklat. Masukkan badam dalam coklat yang dah cair, gaul dan masukkan dalam acuan kemudian sejukkan. Mudah sangat dan cepat!
Dah siap! Dah boleh makan terus!
Selamat mencuba!
Khasiat badam
Badam merupakan kacang yang kaya dengan pelbagai nutrisi baik untuk kesihatan dan kecantikan telah diamalkan sejak ribuan tahun dahulu.
8 Khasiat Badam Untuk Kesihatan Tubuh Dan Diet Sihat
Satu kajian yang telah dilakukan di A Loma Linda School of Public Health menujukkan mereka yang memakan kacang lima kali sehari memiliki pengurangan risiko mendapat serangan jantung sebanyak 50%.
Ini adalah kerana badam mengandungi asid folik yang dipercayai dapat menurunkan paras homocystein yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi.
Kajian menunjukkan badam dapat membantu untuk mereka yang menghadapi masalah obesiti atau mereka yang ingin tampil langsing.
Asid lemak tidak tepu yang terdapat dalam badam mampu membantu mengurangkan selera dan mencegah makan berlebihan.
Zat yang terkandung dalam badam bukan sahaja mampu menyekat selera, tetapi juga akan memberikan anda tenaga.
Jadikan badam sebagai snek sihat anda setiap hari , boleh ambil 5 ke hingga 6 biji badam semasa snek, ini membantu anda mengawal selera makan.
Badam adalah sumber zat yang dikatakan membantu dalam perkembangan otak. Sebab itulah,beribu-ribu tahun dahulu,ia telah digunakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan dan juga India, untuk tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, hadis dan juga pelbagai ilmu.
Jadi, anda disarankan memberikan badam sebagai makanan wajib buat anak-anak anda yang sedang membesar.
Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis kerana kira-kira 25-30 biji badam mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu.
Seperti kita tahu,kalsium sangat diperlukan untuk menghalang osteoporosis malah, kalsium yang ditemui dalam badam juga boleh merendahkan risiko kanser kolon dan tektum.
Terdapat kajian yang mendapati sekiranya wanita yang memakan sekurang-kurangnya 30gm badam atau mentega kacang badam dalam seminggu dapat mengalami penurunan 25% risiko batu karang
Sekiranya tekanan darah seseorang itu turun,ia akan menyebabkan seseorang itu menjadi stress. Oleh itu vitamin dan mineral yang terdapat pada almond bermanfaat untuk melancarkan peredaran darah sekaligus mencegah stress terjadi.
Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat sangat penting bagi wanita hamil. Folate dapat membantu mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.
Selain dimakan, badam yang telah diekstrak minyaknya, dapat membantu melegakan sakit dan lenguh otot, mampu memperbaiki kecerahan kulit, membuatkan wajah muda berseri dan mengurangkan lingkaran gelap jika digosokkan di kulit.
Manakala,dalam rawatan terapi wangian(aromaterapi),minyak badam berperanan sebagai memainkan pelindung kepada kulit daripada terbakar. Ia dikatakan amat baik untuk kesihatan kulit.
Sumber: Mashitah Amin
TOP ARTICLE
Trending: Kanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip. – KELUARGA
Viral halau tikus guna berus sabut: Wayar Penghawa Dingin Putus Dek Gigitan Tikus, Lelaki Ini Kongsi Petua Halau Guna Berus Sabut, Ini Caranya! – KELUARGA
Tanam kobis di rumah: Kobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies! – KELUARGA
Mesti baca: Patutlah Buat Kuih Kekadang Jadi, Kekadang Tak Jadi. Ini Jenis Tepung Beras Kena Tahu – KELUARGA
Tip Berbunga lebat: Lebatnya Ros Dah Macam Kebun Bunga! Wanita Ini Kongsi Cara Penjagaan Nak Kekal Berbunga Dan Subur. – KELUARGA
Petua dapur: Donut Asyik Keras Dan Tak Kembang, Cara Wanita Ini Confirm Jadi Gebu, Ini Resipinya. – KELUARGA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
VIDEO KAK LONG KONGSI-TAZKIRAH REZEKI MENCURAH UNTUK KELUARGA
VIDEO: MACARONI CHEESE PAPRIKA, SIAP 10 MINIT JE