Keibubapaan

Ciuman Terakhir Seorang Ayah, Empat Tahun Menanti, Si Kecil ‘Datang’ Sekejap Saja

Share

Ciuman terakhir seorang ayah, empat tahun menanti, si kecil ‘datang’ sekejap saja. Tiada yang lebih dinantikan oleh pasangan suami isteri selain kehadiran cahaya mata dalam kehidupan mereka. Empat tahun menunggu dengan penuh harapan, doa yang tidak pernah putus, akhirnya mereka dikurniakan seorang bayi yang dinanti-nantikan.

Ciuman Terakhir Seorang Ayah, Empat Tahun Menanti, Si Kecil ‘Datang’ Sekejap Saja

Namun, kebahagiaan itu hanya sementara. Si kecil yang lahir ke dunia ini hanya sempat    berada dalam dakapan mereka sekejap sahaja sebelum pergi buat selama-lamanya. Sewaktu bayi itu dilahirkan, air mata si ibu mengalir bukan kerana kesakitan, tetapi kerana rasa syukur dan bahagia.

Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh Mr Wan Cai Official di Facebook, seorang lelaki dilihat penuh kasih sayang memberikan ciuman terakhir di dahi anaknya. Dengan hati yang luluh, dia menatap wajah si kecil yang tidak sempat melihat dunia buat kali pertama.

@mrwancaiofficial77 Senyuman Menutup Duka💔 #MariahBintiMuhamadRodhi #BidadariSyurgaTerindah #Keguguran5BulanDalamKandungan #4TahunMenungguCahayaMata ♬ Cinta Melly Ft Krisdayanti Cover by Fadhilah Intan – KAMISUKAMUSIK

Perpisahan ini sungguh memilukan, begitu menyentuh perasaan hingga tiada kata mampu menggambarkan kepedihan seorang ayah yang kehilangan cahaya mata yang telah lama dinantikan.

Difahamkan, bayi syurga itu merupakan anak sulung pasangan tersebut setelah empat tahun menanti kehadirannya. Namun, takdir menentukan mereka tidak berpeluang membesarkan si kecil seperti yang diimpikan.

Ketika jenazah anaknya dikafankan, si bapa hanya mampu memandang dengan tatapan kosong, seolah-olah tenggelam dalam kesedihan yang sukar diungkapkan.

Video yang dikongsikan ini turut mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Ruangan komen dibanjiri doa dan kata-kata semangat buat pasangan ini agar diberikan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang begitu berat.

Dalam pada itu, terdapat juga ibu bapa lain yang berkongsi pengalaman serupa, di mana mereka terpaksa menerima hakikat kehilangan bayi yang sekian lama dinanti. Kepergian yang tidak dijangka ini pastinya menjadi satu ujian besar bagi mereka yang mengalaminya.

Sumber: TikTok mrwancaiofficial77

Baca artikel lain juga: Dua Beranak Meninggal Dunia Selang 2 Jam, Arwah Hembus Nafas Terakhir Ketika Teman Jenazah Ibu!

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my