Musim perayaan adalah masa terbaik untuk bersama keluarga dan tiada tempat lebih sempurna untuk mencipta memori indah selain di The Westin Kuala Lumpur!
Dekorasi memukau bertemakan citrus oren dan emas, serta juadah bufet yang menyelerakan, The Westin Kuala Lumpur mengajak semua keluarga di Malaysia untuk berkumpul, menikmati detik istimewa dan merasai pengalaman indah yang tiada tandingan.
Hidangan Istimewa Bertema Citrus di The Living Room
Musim perayaan kali ini, The Living Room mempersembahkan bufet bertemakan citrus yang menggabungkan cita rasa moden dengan hidangan klasik perayaan. Setiap hidangan disediakan dengan teliti untuk memastikan pengalaman yang tiada tandingan bagi semua pengunjung.
Pembuka Selera Yang Menggoda
Mulakan perjalanan gastronomi anda dengan pelbagai pilihan pembuka selera yang menarik seperti Salmon Gravlax Home-Cured, aneka Cold Cuts seperti Pâté en Croûte, Chicken Meatloaf dan Beef Bresaola. Tidak lupa juga, salad hidroponik segar hasil kerjasama dengan Cultiveat, membolehkan anda memilih dan mencipta salad sendiri dengan dressing istimewa seperti Orange, Lemon Vinaigrette, dan Balsamic.
Ads
Seafood on Ice yang Menggiurkan
Buat pencinta makanan laut, stesen Seafood on Ice menawarkan kemewahan rasa dengan pelbagai pilihan seperti Ketam Lumpur, Udang, Kerang, dan Black Mussels. Setiap gigitan pasti memuaskan selera anda.
Ads
Hidangan Utama dan Stesen Carving
Hidangan utama bufet ini adalah daging yang dipanggang sempurna di stesen carving. Jangan lepaskan peluang mencuba Steamship Beef Leg yang dipanggang selama 24 jam, disajikan bersama Yorkshire Pudding dan sayur-sayuran panggang. Selain itu, terdapat juga Ayam Panggang Oren, Lamb Leg berempah, dan Sticky BBQ Beef Ribs yang pasti memikat hati anda.
Ads
Pilihan Pencuci Mulut Yuletide Mengasyikkan
Tutup hidangan anda dengan pencuci mulut istimewa yang meriah seperti Orange Chocolate Yule Log, Buche Exotic Mango Passion, dan menara Macaron Aprikot. Setiap gigitan pencuci mulut ini dicipta untuk memberikan rasa kemanisan musim perayaan yang sempurna.
Hiburan Istimewa Wajib Cuba!
Untuk menyemarakkan lagi suasana perayaan, nikmati nyanyian Krismas daripada kumpulan carollers pada 24, 25, dan 31 Disember. Kehadiran mereka pasti menambahkan semangat perayaan sambil anda menikmati hidangan mewah.
Harga Bufet yang Berpatutan
Raikan Krismas dan Tahun Baru dengan bufet hebat ini pada harga berikut:
• Krismas Malam (24 Disember): RM198 nett dewasa | RM99 nett kanak-kanak
• Krismas Siang (25 Disember): RM198 nett dewasa | RM99 nett kanak-kanak
• Malam Tahun Baru (31 Disember): RM198 nett dewasa | RM99 nett kanak-kanak
Bawalah keluarga anda ke The Westin Kuala Lumpur untuk menikmati perayaan yang penuh makna. Jangan lepaskan peluang ini tempah tempat anda sekarang!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak anugerah yang terindah dalam hidup pasangan suami isteri. Ada orang rezekinya murah miliki anak ramai, dan ada sebaliknya. Ada anak yang mendengar kata, ada pula sebaliknya.
Kadangkala pening juga ibu bapa dibuatnya dek pelbagai kerenah dan perangai terutama apabila mereka sedang membesar. Lebih-lebih lagi apabila berada ditempat orang ramai.
Namun, setiap anak berbeza karekter, jadi usah pandang serong atau mengecam ibu bapa tidak pandai didik jika ada anak yang ‘terlebih’ aktif.
Perkongsian Puan Ashikin Hashim walaupun ringkas namun ada manfaatnyaa.
Dugaan Anak
——————–
Semoga Allah merahmati suami isteri di hadapan saya ini sekarang kerana sabar melayan kerenah anaknya yang sedang menangis. Bergilir-gilir menjamah makanan.
Sekejap ayah yang memujuk dan membawa keluar anak yang menangis. Sekejap lagi ibu pula yang mengambil alih tugas memujuk.
Berlainan pula keluarga yang satu lagi. Anak sudah besar. Dapat makan dengan aman. Berlainan juga dengan saya yang tidak bawa anak.
Semalam selepas suapkan Wafa makan (selalu dia makan sendiri tapi semalam minta Ummi suap pula ?), Ummi yang kelaparan mahu menjamah makan. Baru beberapa suap Wafa datang dekat: Ummi, Wafa berak!
Waaaa….potong la Wafa. Ummi tengah lapar. Abi belum balik ??
Begitulah dugaan anak.
Jangan di kata-kata atau bersangka-sangka jika melihat anak orang lain macam. Atau melihat ibu marah-marah. Kita tak tahu apa yang sedang dia hadapi. Kita tak faham apa yang dia sedang lalui.
Ibu anak ramai dengan ibu anak satu sangat berbeza situasinya. Ibu anak sihat dan ibu anak yang sakit, juga berbeza. Ibu anak kecil dan ibu anak yang sudah besar, sangat berbeza.
Semoga kita lebih rasa simpati dan empati. Dan selalu bersangka baik terhadap ibu-ibu dan ayah-ayah.
Perasan tak ada orang nak beli sebiji rumah pun susah tapi ada pula sebahagiannya dengan mudah boleh membeli tiga empat biji rumah dalam satu-satu masa. Jadi apa rahsianya boleh semudah itu dan mampukah sebenarnya?
Untuk itu, ayuh kita fahami cara dan teknik yang dipraktikkan oleh Ija Syariza di akaun fbnya.
DAPAT RUMAH FREE
Panas je hati orang baca kan.. Jangan marah-marah nanti cepat tua…
Saya beli rumah mengunakan OPM (Other people money aka bank). Mana nak cekau duit banyak-banyak. Bukan anak orang kaya. Sekolah pun tak tinggi. ALLAH dah takdirkan perjalanan hidup banyak ranjau dan duri. Redha je lah.
Saya refinance rumah yang saya duduk. Cashback/cashout. RM260K. Komitmen baru RM2,800.00
RM260,000 Saya beli 3 buah rumah
➡ 91,000
Sewa – 1,150.00
➡ 112,000
Sewa – 1,000.00
➡ 55,000
Sewa – 650.00
Jumlah RM258k (legal fees gunalah saving
Pendapatan sewa sebulan ➡ RM2,800.00
Saya dapat 4 buah rumah termasuk rumah yang saya duduk sendiri. Saya punya rumah orang lain tolong bayarkan. Janganlah panas. Saya kongsi cerita pelaburan hartanah. Biar ada kesedaran beli rumah. Beli kereta mewah tapi duduk rumah sewa. Amboi.. amboi..
Ini sekadar contoh. Pelaburan saya panjang lagi ceritanya dan panjang jalan kira-kiranya.
Moga dapat idea.
Tips
1. Cari lokasi yang tidak hot. Tapi ada demand sewa.
2. Beli rumah dibawah harga pasaran (30% bmv)
3. Jika plan tak berjaya. Jual rumah ikut market value. Bayar semula hutang. Jangan beli kereta untuk kegunaan diri sendiri. Jerat leher namanya tu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap anak memang mempunyai tahap pencapaian atau tahap perkembangan yang berbeza antara satu sama lain. Bukan hanya orang biasa, anak selebriti juga ada yang menghadapi masalah yang sama. Baru-baru ini, Wawa Zainal menerusi laman instagramnya meluahkan kebimbangan terhadap perkembangan anak sulungnya yang masih tidak bercakap walaupun sudah memasuki usia empat tahun.
Siapa tak risau kan kalau mempunyai anak ada masalah bercakap. Untuk mengetahui ciri-ciri anak tergolong normal atau anak yang lambat dalam bercakap boleh dikesan dengan melihat tanda aras kemampuan berbicara anak sesuai usianya secara beransur-ansur di bawah ini.
Usia 3 bulan
Pada usia sembilan puluh hari, bayi mula mengeluarkan suara-suara dari mulutnya. Tidak ada makna dari apa yang diucapkan olehnya. Ucapan-ucapan yang dikeluarkan ini boleh dikenal dengan sebutan “bahasa bayi”. Bayi di usia 3 bulan juga sudah mula mengenali dan mendengar suara Anda sebagai orang tua serta memperhatikan wajah Anda saat saat berbicara kepadanya.
Usia 6 bulan
Bayi pada usia ke-6 bulan sudah boleh mengeluarkan kata-kata yang terdengar lebih jelas, tetapi tidak mempunyai erti. Beberapa ucapan yang keluar semisal “ba-ba”, “pa-pa”, “ma-ma”, atau “da-da” akan sering kita dengar. Pada akhir usia enam bulan, anak sudah mampu bersuara untuk menunjukkan perasaannya ketika itu senang atau sedih, mata memandang ke arah yang menimbulkan suara, dan dia sudah boleh menoleh ke arah Anda.
Usia 9 bulan
Apabila usia mencapai sembilan bulan, bayi akan kenal dengan maksud kata “tidak” atau “ya”. Dia juga akan lebih banyak menggunakan nada suara.
Usia 12 bulan
Umumnya, anak sudah boleh bercakap “mama” atau “papa” dengan jelas dan mengikuti kata-kata yang Anda ucapkan. Apabila usia anak sudah satu tahun, dia sudah boleh mengenali ucapan berupa perintah seperti, “Jom, sini” atau “Lempar bola tersebut”. Anak juga boleh mengenali beberapa benda seperti boneka, buku, kasut, atau botol susu.
Usia 18 bulan
Kemampuan anak dalam mengulang kata-kata yang Anda ucapkan kepadanya sudah sangat baik. Dia juga akan bercakap sambil menunjuk ke sebuah benda atau bahagian tubuh yang Anda ucapkan. Di usia lapan belas bulan, anak sudah boleh mengucapkan kira-kira 10 kata dasar. Tapi ada beberapa kata yang tidak mampu diucapkan secara sempurna.
Usia 24 bulan
Dia sudah boleh berkomunikasi dengan menggunakan sekurang-kurangnya 50 patah kata yang telah mampu diucapkan. Anda sudah boleh memulakan tahap rangsangan perkembangan otak supaya kemampuan anak dalam bercakap semakin bertambah.
Usia 3 – 5 tahun
Pada usia lebih dari 36 bulan, perbendaharaan kata yang dihafal oleh anak akan bertambah banyak dengan cepat. Sebahagian anak-anak dapat mengingat kata baru dengan cepat. Mereka juga sudah boleh memahami arahan dari Anda meski banyak banyak kata, seperti, “Kemari, minum susu dulu”.
Berlanjutan sehingga usia empat hingga lima tahun, dia akan mengeluarkan perkataan lebih panjang dan boleh menggambarkan sebuah kejadian. Semakin lama dia menjadi boleh bercakp-cakap dengan orang lain dengan pemahaman yang cukup baik.
Perkembangan kemampuan bercakap setiap anak memang berbeza. Maka peranan orang tua sangat diperlukan untuk menyokong perkembangan ini. Petua agar anak cepat bercakap berikut boleh Anda amalkan untuk merangsang keupayaan berkomunikasi anak.
Dengar setiap kali akan mengeluarkan perkataan-perkataan. Meski tidak jelas sebutannya, Anda boleh mengulangi perkataan yang diucapkan anak. Tanyakan juga pada dia apa makna perkataan tersebut dengan wajah ceria dan penuh senyum. Tips supaya anak mudah bercakap ini perlu dilaksanakan dengan kesabaran.
Bercakap Sambil Bergerak
Ajak anak Anda belajar bercakap dengan cara menyeronokkan dan tidak membosankan. Anda boleh bercerita kepada anak dengan aktif bergerak dan wajah yang ekspresif. Kegiatan ini semakin lama akan meningkatkan pemahaman otak anak tentang ucapan dan ungkapan yang saling berkaitan.
Mengenalkan Objek Dengan Naratif
Agar otak anak dapat berkembang dengan cepat, juga termasuk keupayaan berkomunikasinya. Maka petua agar anak cepat bercakap yang boleh Anda lakukan adalah dengan mengenalkan suatu objek dengan naratif. Ini tidak sukar dilakukan.
Seperti contoh, Anda ucapkan: “(sebut nama anak) suka bermain bola sama mama”. Pastikan ketika mengucapkan kata “bola”, tangan Anda dengan jelas menunjuk atau memegang bola sambil menunjukkannya di depan anak. Ini akan membuat anak semakin kenal dengan banyak benda hingga keinginannya mengenal benda lain pun bertambah.
Kembali ke Masa Kecil
Anda harus boleh dicorakkan seperti anak-anak kecil pada umumnya. Ajak anak bermain, berpura-pura, atau membayangkan sesuatu (benda atau kejadian) untuk mengembangkan kemampuan bicaranya. Misalnya Anda boleh berpura-pura melakukan panggilan dengan telefon mainan.
Puji Perkembangan dan Jangan Remehkan Kebolehan Anak
Jangan lupa untuk selalu berikan pujian dan senyuman pada anak. Setiap kali dia berjaya mengeluarkan perbendaharaan kata baru atau mengikuti perkataan yang Anda ucapkan dengan baik, peluk dan kucup dia dengan hangat. Jangan pernah memandang rendah kebolehan anak.
Kurangkan Penggunaan Teknologi
Petua agar anak cepat bercakap ini lebih tepat untuk Anda sebagai orang tua. Teknologi harus dihadkan penggunaannya agar Anda lebih banyak masa untuk menyokong keupayaan bercakap anak. Jangan sampai Anda asyik duk senyum sorang-sorang di depan gadget, sedangkan anak Anda bermain sendiri.
Gunakan Bahasa yang Baik
Beri contoh yang baik, dari segi bercakap dan bertindak. Bahasa yang betul dan tab akan membuat anak tidak merasa takut untuk bercakap dengan kita. Jangan menjerit pada anak atau mengherdik atau menengking sekiranya mereka membuat kesalahan. Perbuatan ini hanya akan menimbulkan asdrasa takut pada anak untuk bercakap lagi dengan kita.
Di setiap usaha, harus disusuli dengan doa. Sebagai ibu bapa, Anda boleh cuba amalkan bacaan surah Toha, ayat 25 – 28. Bacakan ayat ini sebanyak 7 kali sebelum anak tertidur, lalu hembuskan ke mulut anak. Anda perlu rajin dan bersabar, semua akan dimudahkan oleh Allah pada waktunya.
Semoga petua agar anak cepat bercakap di atas boleh membawa fadilat dan kebaikan untuk Anda. Walaupun sekiranya ibu bapa sudah mengamalkan semua petua tersebut tetapi anak tetap lambat dalam bertutur, maka segera lakukan pemeriksaan ke doktor secepat mungkin. Boleh jadi ada kejanggalan pada anak.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi meraikan kebanyakan staf berbangsa Melayu, pasangan pengantin berbangsa Cina sepakat memilih busana pengantin tradisional Melayu untuk majlis perkahwinan mereka.Menerusi perkongsian dari satu akaun...