Pasangan ini sering mengundang tawa ramai setiap kali mereka memuat naik video di media sosial. Ada sahaja gelagat lucu Ain Edruce dan suaminya Amirul yang sangat kelakar dan ‘masuk air’ ini kan.
Walaupun sebelum ini Amirul dilihat sebagai seorang yang malu-malu tetapi jangan tak tahu, dia pun rupa-rupanya sama kelakarnya seperti Ain Edruce.
Banyak barangan menarik di SINI
Terbaru, dalam perkongsian di laman instagram, Ain Edruse memuat naik video kononnya sedang menemu ramah suaminya itu.
Di dalam temu ramah itu, Ain Edruce bertanyakan sama ada benar tekaan warganet yang suaminya sebelum ini pernah bercita-cita untuk menjadi pereka fesyen.
Belian online di SINI
Tetapi Amirul menyangkal dakwaan itu dan sebaliknya memberikan jawapan yang membuatkan ramai terhibur.
Amirul memberitahu dia mempunyai tiga cita-cita iaitu mahu menjadi pembuang sampah di depan rumah, mengutip setiap parcel yang dibeli oleh isterinya dan mengeringkan baju di dalam dryer yang mana Ain sering terlupa berbuat demikian.
Belian online di SINI
Ain Edruce yang mendengar jawapan Amirul itu hanya tersenyum kerana sedar Amirul sebenarnya sedang memerlinya.
Melihat reaksi ramai, rata-rata mengakui tidak menyangka reaksi spontan dari Amirul yang cukup menghiburkan itu.
Belian online di SINI
Cuci mata barangan murah di SINI
Ain Edruce dan Amirul berkahwin pada Disember 2019 dan kini Ain Edruce sedang sarat mengandung anak pertama mereka.
Dah bagi hint banyak kali
Sumber: ainedruce
Belian barangan murah di SINI