Pasangan ini sering mengundang tawa ramai setiap kali mereka memuat naik video di media sosial. Ada sahaja gelagat lucu Ain Edruce dan suaminya Amirul yang sangat kelakar dan ‘masuk air’ ini kan.
Walaupun sebelum ini Amirul dilihat sebagai seorang yang malu-malu tetapi jangan tak tahu, dia pun rupa-rupanya sama kelakarnya seperti Ain Edruce.
Terbaru, dalam perkongsian di laman instagram, Ain Edruse memuat naik video kononnya sedang menemu ramah suaminya itu.
Di dalam temu ramah itu, Ain Edruce bertanyakan sama ada benar tekaan warganet yang suaminya sebelum ini pernah bercita-cita untuk menjadi pereka fesyen.
Tetapi Amirul menyangkal dakwaan itu dan sebaliknya memberikan jawapan yang membuatkan ramai terhibur.
Amirul memberitahu dia mempunyai tiga cita-cita iaitu mahu menjadi pembuang sampah di depan rumah, mengutip setiap parcel yang dibeli oleh isterinya dan mengeringkan baju di dalam dryer yang mana Ain sering terlupa berbuat demikian.
Pelbagai kisah perkongsian anak-anak yang berjaya dalam UPSR dipaparkan. Ibu bapa mana yang tak bangga. Tapi ini tidak bermakna anak yang tidak berjaya tidak dirai. Ikuti perkongsian bapa ini Azizul Azli Ahmad
————————————————————-
Ini anak saya, dia hanya dapat satu A sahaja dalam UPSR semalam, tak macam anak orang lain.
Saya dan ibunya tetap bangga sebab tanpa A ia bukan satu dosa.
Ada sisi baik dan minatnya yang kita tahu. Jangan malu anak kita tak banyak A.
Peluk dan sayangi mereka.
Jangan juga pujuk hati,
“Alah soalan susah kot”.
Sepanjang tahun ini mereka dah belajar dengan baik. Raikan anak kita.
Cemerlang itu bukan atas kertas sahaja, tapi bila akhlaknya mulia.
Raikan anak kita, mungkin anak ini yang bantu kita masuk syurga?
Azizul Azli Ahmad 2A2B1C
Raikan Anak Kita Berjaya Atau Gagal.
Sementara itu, komen yang diterima sungguh motivasi..antaranya
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukanlah perkara pelik bila mana ada saudara mara, adik beradik atau kawan-kawan meminjam wang bila mereka di dalam keadaan terdesak. Kita pula sebagai pemberi hutang, memang asalnya ingin membantu dan tidak sanggup orang-orang yang kita kenali terus terasa terbeban dengan masalah kewangan.
Namun bukan perkara pelik juga, bila orang yang berhutang ini sangat liat untuk membayar hutang. Jika sedikit jumlahnya mungkin boleh dihalalkan sahaja, namun jika jumlahnya besar, apa yang seharus kita lakukan?
Tidaklah mahu disebabkan hutang ini boleh menyebabkan hubungan menjadi renggang dan lebih terus putus saudara, putuh sahabat dek kerana tidak lagi bertegur sapa.
Menyedari kesan buruk daripada berhutang ini, ada baiknya adakan perjanjian agar kedua-duanya jelas dan hal ini telah dikongsikan oleh seorang peguam di akaun fbnya. Nak tahu bagai mana merangka perjanjian tersebut, jom semak.
Apa isi kandungan Surat Perjanjian pinjaman wang sekirannya hendak buat sendiri?-
Kalau pinjamkan pada kawan, kekasih, adik beradik, sepupu sepapat, perlu ada bukti hitam putih. Nanti nak tuntut balik tak boleh maka meleburlah hutang RM5,000 atau RM10,000 atau RM15,000. Apa pun tak dapat!
Jadi apa butiran yang perlu ada dalam perjanjian hutang yang akan diambil kira di mahkamah? Sebab kalau tak kena tempat, perjanjian anda mungkin akan jadi tak terpakai.
Ilmu perlu kongsi. Mari saya sharekan resepi nak tulis perjanjian hutang yang boleh dijadikan bukti di Mahkamah:-
1. Letak tajuk “Pinjaman Persahabatan” ini maksud pinjaman tanpa faedah.
2. Perlu ada butir-butir nama PENUH, nombor kad pengenalan dan alamat TERKINI Pemberi Pinjam dan Peminjam.
Ini bertujuan perjelaskan identiti untuk tujuan menuntut di mahkamah nanti dan senang hendak ambil tindakan. Dapatkan salinan kad pengenalan dan pulangkan dengan perkataan pinjaman.
2. Nyatakan jumlah pinjaman.
Contoh:
Dengan ini saya *nama pemberi pinjam wang* Sudin telah memberikan pinjaman sebanyak RM**** kepada Ajis *nama peminjam*.
3. Cara bayaran bagaimana?
Contoh dalam tempoh berapa bulan? Tahun? Sebulan berapa? Berapa lama?
JANGAN! JANGAN kenakan faedah atau bunga atas pinjaman! Kerana anda bukan pemberi pinjam wang berlesen! Kalau anda letak juga jumlah faedah dalam perjanjian, perjanjian and mungkin jadi tak laku ATAU silap-silap anda kena denda DAN PENJARA dibawah Akta Pemberi Pinjam Wang dengan faedah tanpa lesen. Minimum denda RM 250,000 dan maksimum RM 1,000,000. Banyak tu!
4. Masukkan terma pengingkaran.
Contoh: Sekiranya pemimjam gagal bayar kes akan dirujuk ke mahkamah. Mahkamah mana? Cari yang berdekatan dengan tempat tinggal anda supaya jimat kos perjalanan nanti.
5. Masukkan syarat bahawa surat menyurat untuk menuntut dari peguam dan dokumen-dokumen mahkamah akan dihantar ke alamat peminjam seperti dalam perjanjian akan dianggap serahan yang sempurna. Jadi tidak perlu bayar kos mengiklankan di surat khabar.
6. Masukkan terma perjanjian turut mengikat waris dalam kes kematian.
Takdir tuhan siapa tahu kalau peminjam meninggal dunia, bagimana? Sekurang-kurangnya boleh tuntut dari aset si mati.
TETAPI UNTUK PINJAMAN yang bernilai kecil sesuai untuk rangka sendiri. TETAPI jika nilai puluhan atau ratusan ribu ringgit, seelok-eloknya lantik peguam. Bukan apa, kebanyakan kes hutang nilai tinggi ini, bila dibawa ke mahkamah, si peminjam pandai pusing macam-macam alasan dia cari hendak elak bayar hutang. Kemudian dia cabar perjanjian tidak sahlah. Kononnnya dia ditekan suruh tandatanganlah. Kononnya nilai dia terima tak sama dengan perjanjian.
Kalau ada peguam, ada terma-terma khas dan lebih terperinci, malah peguam boleh jadi saksi. Lantik peguam, terutama kes-kes terdapat cagaran hutang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelbagai jajan yang dijual dipasaran menyebabkan sesetengah ibu bapa rungsing kerana anak-anak cukup menggemarinya. Jajan sebegini mengandungi banyak bahan oerasa yang tidak baik untuk kesihatan anak-anak.
jadi sebagai ibu bapa kena alert makanan yang macam mana menjadi pilihan anak-anak. Justeru, ibu-ibu kenalah kreatif sikit.
Sekali pandang, jajan ini seperti kuih gunting. Teksturnya rangup dan sesuai dijadikan finger food. Yang penting tak keras, barulah baby boleh makan dengan mudah. Ibu-ibu pun tak perlu risau anak tercekik.
Jom kita cuba resepi snek bayi sihat tanpa garam, gula atau bahan perasa MSG oleh puan Nur Adiba Amira yang dikongsikan menerusi Facebook beliau.
Keropok sihat utk anak, bebas Segala bahan perasa yg x bagus utk kesihatan anak, xperlu risau, anak bebas utk makan jajan homemade ni, sambil berangan tgk View luar ka, ank sy ni kuat berangan betul😂 Step by step ada Di setiap gambar, Scroll dari gambar Terakhir dahulu utk step pertama… Anak sy 1y11m26d
Bahan-bahan:
Daun kari dicincang halus
Sedikit serbuk kunyit
Tepung gandum unbleached (1 1/2 cawan)
Ikan bilis (ditumbuk dan direndam sebelum digoreng)
Sedikit air (agak-agak untuk jadikan doh)
Minyak panas (dicampurkan ke dalam tepung)
Cara membuat:
Satukan semua bahan terlebih dahulu kecuali air.
Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
Kemudian boleh leperkan atau gelek ikut nak nipis macam mana.
Potong ikut bentuk yang kita nak.
5. Sediakan kuali dan panaskan atas api.
6. Goreng dalam minyak banyak (deep fry).
7.Mula-mula guna api besar, bila dah nampak gelembung tu bolehlah kecilkan api.
8.Angkat bila dah keperangan.
Toskan dan tunggu sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...