Kisah yang boleh dijadikan panduan buat ibu bapa lain yang memiliki anak masih kecil. Siapa sangka, susu yang diminum menyebabkan si kecil yang baru berusia 2 tahun lebih ini dimasukkan ke hospital.
Puan Anis Amiza berkongsi pengalaman yang pastinya takkan dapat dilupakan oleh ibu ini tatkala anaknya berhadapan dengan situasi tersebut. Kisah ini dimuatnaik menerusi laman facebooknya pada 2018 lalu.
Akibat overdose susu formula, Wan Haziq, dimasukkan ke hospital selepas cirit- birit, munta dan berak berdarah.Hasil pemeriksaan doktor memberitahu dinding ususnya keradangan dan luka akibat kerap berak. Manakan tidaknya, si kecil ini berak darah dari pukul 4 pagi tak berhenti sampai malam. Pampers ada 52pcs, habis licin!
Overdose Susu Formula!
Wan Haziq – 2 Tahun 5 Bulan
Entry kali ni panjang sikit . Terjadi dekat diri sndiri dan suami Wan Farhan baru lah rasa menyesal . Banyak kali jugak lah baca artikel doc bahaya bg susu berlebihan kat anak yg umur 2 tahun ke atas . Tapi, baca jer, ikut nya tak 😓
Jadi, sis nak share lah pengalaman selama anak kesayangan kami Wan Haziq sakit perut disebabkan minum susu banyak . Lebih kurang 10 botol sehari sebanyak 260ml minum susu dgn sekelip mata je habis licin susu nya .Makan pun banyak.
Hari pertama dan kedua Haziq dah tunjuk simptom2 nak cirit birit dan dah start muntah . Tp yg plg teruk pd hari ke 3, die berak keadaan cangkung sambil menahan skt .
Ads
Hari ke 4 haziq dah mula berak darah 😭😭 . Ibu mana tak panik kan bukak2 pampers, penuh darah. Menggigil satu badan ni. Bergegas pergi HUSM pukul 4 pagi. Sepanjang perjalanan tak henti² Istighfar.
Terus ke bahagian kecemasan dan Haziq kena admit ward! Macam2 diagnosis doc pakar buat, dan andaian doc, Haziq terlebih minum susu.
Sehari Haziq berak lebih 20 kali . Dinding usus keradangan dan luka disebabkan Haziq kerap berak.
Paling sedih hari ketiga, Haziq berak darah dari pukul 4 pagi tak berhenti sampai malam. Pampers ada 52pcs, habis licin!
Malam tu doc pakar datang sahkan Haziq overdose SUSU FORMULA. macam tak logik tapi itu lah realitinya. Allahu.. Maafkan mama sayang 🙁
BUAT PARA IBU!
Ads
Ibu kat luar sana, kalau anak yg umur 2 tahun ke atas tu, please kurangkan susu. Kalau boleh paksa anak makan. Jangan jadikan susu tu makanan harian.
Mcm Haziq perut dia sensitif sangat . 2, 3 minggu sblm Haziq cirit birit.. Haziq selalu mengadu sakit perut.. Lepas jer minum susu, mesti Haziq akan mengadu sakit perut. Ingatkan dia sakit perut sebab nak berak. Tp doc ckp, itu adalah tanda2 awal.
Kalau anak2 mengadu sakit perut lepas minum susu, kurangkanlah susu ea. Kalau sayangkan anak, biarkan anak meronta sekejap, lama2 akan terbiasa. AJAR dan PAKSA anak2 makan.
Lagi satu tips, ibu2 boleh cuba letak air kosong dalam botol susu. Bagi anak minum dan ckp kat ” susu dah habis, kena g beli dulu ” . Nak bagi susu jugak boleh, bagi fresh milk.
Ads
Buat masa sekarang ni Haziq dah stop dulu susu formula . Bagi fresh milk. Agak mahal tapi tak apa lah demi anak.
Limitkan dgn minum 2 gelas jer sehari. Bg susu byk kali tapi dalam kuantiti yg sikit, dan pastikan 2 gelas sehari dan bagi makan makanan yg kita makan.
Kalau lepas minum susu dan mengadu sakit perut, tu ada petanda awal la ye. So, berjaga jaga.
Sis share supaya tak terjadi pada anak-anak lain. Pengalaman ni menjadikan pengajaran buat kami.
Umum mengetahui 2 minggu yang lalu Dr Nur Amalina Che Bakri, Pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, selamat melahirkan puteri sulungnya yang dinamakan Arabella Mia. Nyata, wajah comel Arabella telah mendapat banyak pujian warganet sejak ia dikongsikan kepada umum.
Tidak dengan itu, apa yang menarik dan mencuri tumpuan warganet apabila di lihat Dr Amalina turut berkongsi momen bersiar-siar bersama puteri sulungnya meskipun baru beberapa hari sahaja bersalin.
Rupa-rupanya ada tip yang diamalkan oleh Dr Amalina dengan mempraktikkan gaya hidup sihat hingga dapat dilihat begitu bertenaga dan cantik penampilannya.
Terbaharu, perkongsian Dr Amalina di akaun instagramnya mendapat pujian ramai bila berkongsi beberapa keping gambar Arabella bersama mama Dr Amalina yang dipanggil Tok Ma sedang memangku cucu sulungnya.
Nampak berseri wajah Tok Ma, maklumlah mesti bahagia dan teruja dapat mendakap cucu sulung. Lebih-lebih lagi cucu kesayangan dipakaikan baju kurung yang dijahit khas olehnya sebelum berangkat ke London.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nyata sungguh comel Bella digayakan begitu, persis anak patung!
Tulis Dr Amalina, Bella memakai sepasang baju kurung yang dibuat khas oleh Tak Ma.
Meninjau di ruangan komen, perkongsian Dr Amalina ini telah mendapat puluhan ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan adalah seperti :
So adorable. 😍 salam to tok ma
Cantiknya baju kurung Bella!
Cantik grandma dan cucu
Cantiknya baju and look so comfy! 😍
Yeayyyy tokma dah sampai London… so cute Bella 😍😍
Bella is so lucky to have her Tokma! She’ll be super manja cucu tokma.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ada manusia mempunyai kepayahan dalam hidupnya. Bagi yang diberikan kesenangan, masalah kewangan tidak menjadi masalah utama. Bagi yang sukar hidupnya, tentu masalah kewangan cabaran untuk kehidupan.
Begitulah yang dialami oleh Doktor ini, secara tak sengaja beliau melalui pengalaman apabila wang ringgit walaupun sedikit begitu bermakna untuk seseorang itu meneruskan kehidupannya walaupun hanya RM20!
Sebak kisah ini. Ikuti perkongsian ini.
Beberapa hari lepas, saya makan mi goreng di sebuah restoran berhampiran klinik saya. Entah kenapa hari tu tukang masak tu buat pedas sangat. Meleleh air mata, hidung pun jadi berair.
Saya toleh kiri kanan, cari tisu. Tak ada pula tisu atas meja. Nasib baik ada penjual tisu sedang berlegar sekitar meja di luar restoran. Saya terus panggil.
“Seringgit,” kata dia sambil letak sepeket tisu atas meja.
Saya keluarkan dompet dan lihat hanya ada duit RM20 dan RM50. Periksa duit syilling, ada 20sen sahaja. Jadi, saya hulur RM20.
“Ada duit kecil tak? Saya ada 3 ringgit je ni” ujar si penjual.
Alamak! Macam mana ni? Nak beli ke tak nak?
Oleh kerana dan panggil penjual tisu tu, saya rasa bersalah pula nak cakap tak jadi beli, lagi pun dah tak selesa sangat dah hidung saya ni. Hingus dah meleleh.
Dengan berat hati, saya hulur RM20 pada dia dan kata “tak payah pulang baki.”
Dia nak beri saya semua tisu yang dia ada. Ada dalam 10 peket yang dia bawa. Saya kata saya perlu 1 sahaja. Kemudian dia beredar.
Saya sambung makan. Masa makan tu, rasa macam rugi pula. Sepatutnya saya bayar mi goreng, bakinya nanti bayarlah tisu tu. Entah kenapa kalut sangat tadi.
Tak pasal-pasal penjual tu dapat RM19 gitu sahaja.
Hati jadi tak tenang fikirkan benda tu. Makan pun jadi tak best. Sempatlah terfikir ni semua salah tukang masak tu sebab buat mi pedas sangat.
DUIT DERMA TADI BUAT BELI UBAT ANAK
Selepas habis makan saya balik ke klinik. Jalan kaki sahaja. Dekat sangat. Sampai klinik, saya lihat penjual tisu tu sedang beli ubat di klinik saya.
Saya tegur dia “Siapa sakit?”
“Anak saya. Dah 3 hari demam dan batuk. Terima kasihlah beri saya duit tadi.
Dapatlah saya beli ubat untuk anak saya. Allah je dapat balas,” jawab dia.
Zas! Masa tu rasa macam hati saya kena cili. Pedih! Tak sepatutnya saya tadi menyesal halalkan duit saya, kerana ia hal yang baik.
Hanya kerana RM20, saya telah buruk sangka pada penjual tisu dan marah pada tukang masak. Tuhan tunjuk betapa mudah hati dihitamkan oleh duit.
Perbuatan baik yang kita buat, tapi kalau dengan hati yang hitam, hasilnya mungkin sia-sia. Saya dapat balik duit saya, tapi mungkin tiada pahala saya bersedekah.
Itulah dia, nak sangat duit, maka dapatlah duit. Hanya ada nilai di dunia. Jika saya ikhlas tadi, pasti dah dapat sesuatu yang ada nilai di ‘sana’.
Kucing ibarat anak sendiri bagi sesebuah keluarga yang cukup cintakan haiwan kesayangan Nabi ini. Apabila pulang beraya ke kampung halaman, masalah penjagaan haiwan yang diibaratkan seperti anak ini menjadi fokus utama.
Jika ada yang memilih untuk meninggalkan kucing-kucing ini di asrama kucing atau pusat peliharaan kucing, ia mungkin dianggap sebagai langkah bijak namun banyak aspek masih lagi perlu diambil kira.
Kes salah sebuah pusat jagaan kucing di Damansara Damai yang membiarkan kesemua kucing-kucing bertuan ini haus tanpa air dan makanan adalah satu perkara yang sangat zalim. Kes yang berlaku enam tahun lalu ini masih terkesan di hati setiap daripada kita.
Sejak itu ramai daripada kita yang memilih untuk meninggalkan kucing kesayangan mereka di rumah sahaja. Selain terjaga dengan baik, risiko jangkitan kulat dan penyakit-penyakit lain juga lebih terjaga.
Namun berbagai aspek perlu diambil kira sebelum meninggalkan kucing bersendirian di rumah. Sepuluh perkara ini patut anda buat sebelum melangkah pulang ke kampung halaman.
Mandikan Terlebih Dahulu
Sebelum balik pastikan kucing-kucing anda dimandikan terlebih dahulu. Menghantar ke kedai dengan pakej lengkap pembersihan mungkin lebih menjimatkan masa. Balik sahaja ke rumah, kucing anda berbau harum dan segar. Memastikan mereka bersih dan segar adalah penting supaya kucing lebih rasa selesa untuk ditinggalkan lama.
Beritahu Setiap Hari
Dua tiga hari sebelum pulang beritahulah kucing-kucing anda akan ketiadaan anda kelak. Bercakaplah dengan mereka seperti biasa dan pujuklah mereka untuk tinggal bersendirian. Mungkin ia dianggap kelakar namun kucing memahami setiap apa yang anda tuturkan. Percaya atau tidak, tanpa anda memberitahu mereka sekalipun, kucing kelihatan murung dan seperti memahami akan pemergian anda.
Makanan Guna ‘Auto Food Dispenser’
Sebelum meninggalkan kucing-kucing ini pastikan anda sudahpun mempunyai bekas makanan jenis ‘auto dispenser’, yang boleh membekalkan makanan sentiasa kepada kucing. Bila makanan berkurang, makanan akan jatuh dengan sendirinya ke dalam tempat makan. Jadi tiadalah masalah kehabisan makanan. Bekas ini penting. Kena ada. Sediakanlah makanan sepenuh-penuhnya. Biar lebih asal jangan terkurang. Begitu juga dengan air. Beli jenis yang sama, khusus untuk air.
Pasir Lebih
Selain makanan, pasir juga amat penting. Ada kucing yang kurang selesa melepaskan hajatnya apabila ada najis di dalamnya. Mereka sama seperti kita yang banyak ragam dan peelnya. Jadi sediakanlah bekas pasir lebih khusus untuk tujuan ini. Menyediakan dua hingga tiga bekas pasir yang besar adalah wajar.
Pengudaraan Tepat
Jika anda meletakkan kucing di dalam bilik tertutup, pastikan tingkap di buka sedikit. Jangan di buka terlalu luas kerana bimbang kucing keluar melaluinya. Pastikan tingkap anda ada besi pengadangnya.
Pasang Lampu
Biarkan lampu sentiasa terpasang sepanjang masa. Ini bagi mengelakkan mereka berada di dalam keadaan gelap ketika malam hari. Walaupun kucing mampu untuk ‘survive’ di dalam cahaya gelap, namun membuka lampu dirasakan lebih selamat bagi mereka.
Berikan Teman
Orang kata hidup biar berteman. Begitu jugalah si bulus kesayangan kita ini. Jika kucing anda seekor sahaja, ada baiknya anda bawa dia pulang bersama atau letakkan dia di asrama kucing. Namun jika berteman, itu tidak mengapa.
Letakkan Pakaian
Ini penting. Kucing kita terutama jenis parsi dan campuran cepat murung tanpa tuannya. Tinggalkan baju anda yang sudah dipakai bagi meninggalkan sedikit bau buatnya. Ini dapat mengelakkan rasa murung.
Ada Penghadang
Jika anda membiarkan kucing berada pada satu-satu kawasan yang luas seperti dapur, pastikan diletakkan pengadang seperti pengadang pagar. Ini bagi membolehkan kucing tidak bergerak ke kawasan lain seperti ruang tamu dan bilik. Namun jika anda meletakkan kucing-kucing ini di dalam sebuah bilik, pastikan bilik di tutup dengan rapat. Ada sesetengah kes, kucing masih berjaya membukanya dengan menolak kuat.
Mainan Tambahan
Mainan kena ada. Selain mengelakkan rasa bosan dan murung, mainan boleh membantu kucing-kucing anda bermain dengannya. Cara ini buat dia terlupa yang dia rindukan anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...