Cipta Nostalgia Berbuka Puasa Bersama Keluarga Di Hotel Intercontinental KL

Share

Ramadan menjadi bulan yang cukup dinanti-nantikan oleh kita semua. Selain dapat melakukan ibadah puasa dengan menahan diri daripada makan dan minum di siang hari, waktu berbuka pula menjadi antara momen yang ditunggu-tunggu oleh seisi keluarga untuk duduk semeja sambil menjamu selera.

Apatah lagi andai berbuka puasa di hotel, bukan satu dua menu boleh dinikmati malah puluhan juadah boleh dicuba. Hal ini tentu sahaja memberikan kepuasan dalam melayan selera bersama seisi keluarga.

Oleh yang demikian, Hotel Intercontinental turut menawarkan menu buffet Ramadan yang pastinya mampu memenuhi selera setiap pengunjungnya dengan menampilkan menu yang enak dan mampu menggamit nostalgia.

Ini kerana Hotel Intercontinental mengangkat tema Warisan Kita; pelbagai menu istimewa disajikan oleh chef profesional dengan menggunakan resipi turun temurun. Antara menu yang dijangka bakal membuatkan pengunjung teruja untuk menikmatinya adalah ‘Nasi Kukus Balqish’.

‘Nasi Kukus Balqish’ menampilkan gabungan nasi yang dimakan bersama Kari Kepak Ikan Barramundi dan Rendang AyamTok Nek. Rendang Ayam ialah resipi yang diajar oleh nenek kepada Chef Balqish – resipi yang telah diturunkan melalui 3 generasi.

Nasi Kukus Chef Balqish ini bertambah menyelerakan jika digandingkan bersama Gulai Kawah Bonda, Patin Tempoyak Temerloh dan Pucuk Ubi Lemak Kuning.

Selain itu, tidak dinafikan bulan puasa tidak sah sekiranya tidak dijamah menu yang dibakar dan dipanggang. Di sini juga turut disajikan pelbagai pilihan menu ikan bakar seperti ikan pari, tenggiri dan sebagainya untuk memenuhi selera semua yang berbuka puasa di sini.

Itu belum lagi menyebut tentang keenakan rasa hidangan ‘Kambing Golek Tujuh Keturunan yang  sangat istimewa yang dipanggang dengan bahan perapan yang istimewa.

Tidak dengan itu, menu ‘Pasta Goreng Kawah Cucu Bonda’ tidak kurang hebatnya. Menu ini adalah Mee Goreng gabungan Malaysia, menggunakan Spaghetti atau Fettuccine Noodles dan bukannya mee kuning. Ia digoreng dengan hirisan ayam, fish cake dan pes mee goreng rahsia buatan sendiri yang disediakan di ‘Warung Mee Pak Sapri’.

Apa yang pasti melihat beberapa menu yang disenaraikan ini, sudah membuatkan ramai antara kita tidak sabar untuk mencuba rasa dan semuanya pasti dapat dinikmati bermula 3 April hingga 1 Mei 2022 ini hanya di Serena Brasserie, Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur.

Jadi usah tunggu lagi, ayuh buat tempahan awal untuk seisi keluarga dapat menjamu selera di sepanjang bulan Ramadan ini. Harga Buffet Ramadan adalah  RM198+ untuk Dewasa dan RM118+ Kanak-kanak (Umur 6-12 tahun).

Apa yang lebih menariknya apabila bermalam di Hotel Intercontinental sepanjang bulan Ramadan ini, pengunjung dapat menikmati Break-Away Room Package untuk memberi keselesaan eksklusif semasa bersahur dan berbuka di dalam bilik.

Untuk lebih detail boleh contact dengan email di fnb.admin@ickualalumpur.com.my atau call 03-27826325 atau whatsapp di 016-2024623