Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Bagi Datuk Dr Siew Kuang Chong, 78, beliau tidak menyangka penyertaannya menerusi 6th Annual International Invention Competition in Canada (iCAN) 2021 di Toronto, Kanada pada 28 Ogos lalu membuahkan hasil.

Apa tidaknya, produk ciptaannya yang dinamakan Circumstar-1 berjaya memenangi emas serta dipilih sebagai antara 10 ciptaan terbaik dalam kalangan 700 penyertaan dari seluruh negara termasuk 97 dari negara ini.

Cipta Alat Khatan Paling Cepat, Selamat & Kos Rendah, Doktor Ni Berjaya Rangkul Pingat Emas AntarabangsaKuang Chong, yang mencipta alat berkhatan dalam masa seminit itu berjaya merangkul pingat emas dan anugerah khas di dalam pertandingan tersebut. Pakar bedah plastik itu menerima pengiktirafan tersebut menerusi ciptaan peralatan berkhatan paling cepat, selamat dan kos rendah di dunia.

“Pertandingan ini adalah anjuran Toronto International Society of Innovation & Advanced Skills (TISIAS). Saya menghantar penyertaan secara dalam talian.

“Saya mengambil masa kira-kira sembilan tahun untuk menyiapkannya dan menambah baik peralatan berkhatan sedia ada sebelum ini. Ini adalah produk buatan tempatan 100 peratus,” ujarnya.

Cipta Alat Khatan Paling Cepat, Selamat & Kos Rendah, Doktor Ni Berjaya Rangkul Pingat Emas AntarabangsaTambah beliau lagi, alat tersebut hanya mengambil masa seminit untuk melakukan proses khatan berbanding peralatan lain dicipta sebelum ini yang mengambil masa tiga minit dan tanpa jahitan

Katanya, penggunaan peralatan tersebut selamat sepenuhnya dan proses penyembuhannya juga cepat iaitu dalam tempoh tiga minggu berbanding kebiasaannya sebulan.

Ads

Selain itu, pada Mac lalu, beliau meraih pingat emas menerusi Salon International des Inventions de Genève 2021 di Switzerland bagi ciptaan sama.

Cipta Alat Khatan Paling Cepat, Selamat & Kos Rendah, Doktor Ni Berjaya Rangkul Pingat Emas AntarabangsaSehingga kini, beliau berjaya merangkul 49 anugerah bagi inovasinya termasuk 25 pingat emas dan 11 pingat khas bagi produk pengguna dan peralatan perubatan dalam pertandingan termasuk diadakan di peringkat nasional selain di China, Hong Kong, Japan dan Thailand.

Anak kelahiran Johor itu berharap inisiatif dilakukannya menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk berusaha mencipta produk inovasi yang berguna kepada masyarakat.

Sumber : Sinar Harian

Cipta Alat Khatan Paling Cepat, Selamat & Kos Rendah, Doktor Ni Berjaya Rangkul Pingat Emas Antarabangsa

‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍

Ads

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI