Cinta Tanpa Syarat! Isteri Tersipu Malu Suami OKU Suap Dengan Kaki, Netizen Luah Rasa Kagum.

Share

Cinta Tanpa Syarat! Isteri Tersipu Malu Suami OKU Suap Dengan Kaki, Netizen Kagum.

Cinta tanpa syarat! Biarpun kekurangan diri bukanlah menjadi halangan untuk mengecapi kebahagiaan.

Siapa sangka pemuda berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) bertemu jodoh dengan wanita pilihannya.

Tular video yang memaparkan Mohd Khairuddin Che Rani menyuapkan makanan ke mulut isterinya. Wani dengan sudu menggunakan kakinya.

Menerusi video di akaun miliknya, mohd_khairuddin89, menunjukkan kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh pasangan yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 28 Mei 2022 lalu.  

 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Kemesraan jelas tergambar buat pasangan pengantin baru ini apabila isterinya kelihatan tersipu malu.

Kebahagiaan yang dipaparkan menerusi video berkenaan telah meraih perhatian ramai. Ramai yang kagum dengan sikap Wani yang menerima keadaan suami seadanya.

 

 

 

@mohd_khairuddin89 #fypシ #foryoupage #capcut ♬ original sound – Mohd_khairuddin
@mohd_khairuddin89 Terima kasih syg sebab sudi terima abg. 28 Mei 2022, aku bergelar suami kpd @nr_azwani 😘😘#fyp #foryoupage #pengatinviral#anugerahterindah ♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu – Yudha Paramata

 

 

WARGANET KAGUM 
Meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji pasangan ini. Mereka mendoakan kebahagian buat pasangan istimewa ini. Antara komen adalah seperti berikut.

“Besar’ pahala suami isteri” REHDA pada suami masyaallah. Semoga bahagia selalu.

“Allah hadirrkan Bidadari buat mu bangg. Ahamdulillah bersyukur sgt².. smoga kekal hga keJannah. Aamiinn.”

“Syurga  tempat mu wahai badadari..amin..”

“Terbaik lar kak..bidadari syurga..susah nak jumpa wanita seperti akak.”

Sumber: mohd_khairuddin89

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club