Umum mengetahui bahawa Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor meluahkan rasa kecewa apabila gambar anaknya telah ditularkan tanpa kebenarannya.
Malah naluri keibuannya tersentuh dengan sikap segelintir netizen yang tidak bermoral yang sanggup menyunting gambar anak lelakinya, Muhammad Bilal menggunakan gambar yang tular tersebut.
Rentetan daripada itu, akhirnya hari ini menerusi instagram miliknya, Neelofa secara rasmi berkongsi gambar anak sulungnya itu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
GAMBAR DARI BABY HINGGA SEKARANG
Dengan kapsyen antara “Cinta dan sayang pada anakku” beberapa keping foto sejak lahir sehingga terkini dipaparkan menerusi video berkenaan.
Ads
VIDEO
Video berdurasi 1 minit 44 saat ini dengan alunan selawat telah meraih perhatian rakan artis dan peminatnya.
RAKAN ARTIS DAN PEMINAT TITIP DOA
Ads
Ramai memuji dan titip doa buat anak kesayangan pasangan selebriti ini.
Tidak pernah tergambar dalam fikiran Michael Tong Wai Siong, 55, bahawa dia akan dipertemukan dengan takdir yang membuatnya menjadi “bapa” kepada tiga anak lelaki yang berbeza bangsa dan agama.
Namun, dalam perjalanan hidup yang penuh liku dan tidak dijangka, Michael menerima hakikat yang jauh daripada kebiasaannya. Di sebalik setiap kesedihan dan pengorbanan, kasih sayang yang terbina antara mereka mengubah segalanya, menjadikan hubungan itu lebih bermakna daripada sekadar pertalian darah.
Dikenali dengan panggilan mesra “Uncle Mike,” Michael merupakan seorang yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan. Melalui penyertaan dalam kelab kereta dan program rumah amal, dia dipertemukan dengan tiga anak Melayu yatim piatu yang akhirnya mengubah seluruh hidupnya.
“Semasa saya pertama kali bertemu mereka, saya tidak pernah bayangkan akan jadi sebahagian daripada hidup mereka. Ia berlaku dengan begitu cepat,” katanya dengan mata berkaca.
Lebih 16 tahun yang lalu, di sebuah rumah anak yatim di Gombak, Michael dipertemukan dengan Rafei Ahmad Fauzi, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang baru kehilangan kedua ibu bapanya. Hati Michael terusik melihat kesedihan dalam mata Rafei, dan tanpa berfikir panjang, dia membuat keputusan besar untuk membawa Rafei pulang dan menjaganya sebagai anak angkat.
Namun, kebahagiaan itu tidak lengkap. Rafei mempunyai dua lagi adik lelaki, Rasyid yang ketika itu berusia 11 tahun dan Abdul Rahman yang berusia 8 tahun. Melihat kesedihan di wajah dua kanak-kanak itu, Michael tak sanggup memisahkan mereka. Tanpa memikirkan kesukaran yang bakal dihadapinya, dia memutuskan untuk menjaga ketiga-tiga beradik itu sekaligus.
“Pada mulanya, saya hanya niat untuk bantu Rafei. Tapi bila saya lihat wajah adik-adiknya yang tak sanggup berpisah, hati saya tak boleh biarkan. Saya tak mahu mereka rasa kehilangan lebih dari yang mereka dah lalui,” katanya dengan suara yang sebak.
Kini, setelah hampir 16 tahun, hubungan Michael dengan ketiga-tiga anak angkatnya kekal erat, seperti keluarga kandung. Rafei, 29, Rasyid, 28, dan Abdul Rahman, 24, telah dewasa di bawah jagaan Uncle Mike, yang bukan hanya menjadi penjaga, tetapi seorang ayah yang penuh kasih sayang walaupun tiada pertalian darah antara mereka.
“Kasih sayang saya terhadap mereka tak pernah pudar. Walaupun kami berlainan bangsa, agama, dan asal-usul, hubungan kami jauh lebih dalam dari semua itu. Mereka adalah anak-anak saya, dan saya tidak pernah menyesal dengan keputusan yang saya buat dulu.”
Michael juga menyifatkan sokongan keluarganya sebagai salah satu kekuatan utamanya dalam menjaga ketiga-tiga beradik itu. Walaupun pada awalnya ada yang terkejut dengan keputusannya, keluarganya akhirnya menerima ketiga-tiga anak angkat itu dengan hati terbuka.
“Saya bersyukur kerana keluarga saya memahami dan menyokong keputusan saya. Mereka juga menasihati saya untuk menjaga anak-anak ini dengan penuh kasih sayang. Ini adalah rahsia yang saya simpan selama bertahun-tahun, dan tidak ramai yang tahu mengenai kisah kami,” tambah Michael.
Pada Isnin lalu, di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), Michael diiktiraf dengan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024 atas dedikasinya dalam menjaga tiga anak yatim berlainan bangsa dan agama. Lebih istimewa lagi, anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, menjadikan Michael satu-satunya penerima berbangsa Cina pada hari yang penuh makna bagi masyarakat Islam.
“Saya terharu dan bersyukur. Penghargaan ini bukan sekadar untuk saya, tapi untuk seluruh keluarga saya dan anak-anak yang telah bersama saya selama ini. Ia menginspirasikan saya untuk terus berbuat kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan,” kata Michael dengan penuh rendah diri.
Ini bukan sekadar kisah tentang Michael menjaga tiga anak yatim. Ia adalah kisah tentang kasih sayang, pengorbanan, dan bagaimana sebuah keluarga boleh terbentuk walaupun tanpa pertalian darah. Kasih sayang sejati tidak mengenal bangsa, agama, atau asal usul, dan Michael adalah bukti hidup bahawa manusia boleh menyatukan hati yang terpisah, hanya dengan keikhlasan.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib ada memuat naik gambar Ariq Matin dengan gaya rambut baru yang nampak begitu kemas dengan potongan rambut pendek.
Dilihat juga sebelum itu, Shuib ada berkongsi gambar beberapa foto kandid Matin dengan kapsyen “Hari ini bawa Matin potong rambut, tak sabarkan nak tengok rambut baru dia,”.
Posting tersebut bukan sahaja Shuib teruja untuk melihat wajah baharu Martin malah netizen juga tidak sabar menanti perkongsian gambar daripada Shuib dan ramai menjangkakan Matin akan terlihat lebih handsome.
Terbukti benarlah jangkaan netizen, Matin terlihat sangat comel dan kemas sekali penampilannya dengan imej rambut pendek.
Perkongsian Shuib itu telah menerima pujian netizen dan antara reaksi yang diberikan adalah antaranya seperti :
“Muka macam Aidil Zaquan pemain bola tu.”
“Hensem boy, sejuk hati ni bila tengok Matin.”
“Ya Allah handsomenya dia dah gunting rambut. Macam dah big boy sangat”
“Wow..hansem..sebelum, selepas pun ansem”
“Handsome..kemas..sejuk mata memandang..bila besar moga jadi anak yang…sejuk perut ibu mengandung”
Sementara itu Shuib juga ada berkongsi gambar anak sulungnya Uwais Al-Qarni yang juga dengan gaya rambut pendek. Sekali pandang saling tak tumpah mirip sungguh wajahnya dengan arwah ibunya.
Ramai yang mempunyai impian untuk memiliki barang kemas dan telefon mewah. Namun keinginan itu membuatkan ramai yang dalam dilema untuk memiliki barangan itu.
Mana taknya, ia merupakan barangan yang harganya mahal. Sebagaimana pesanan lelaki ini, bagitu padu buat segelintir yang ‘tegar’ untuk memilik barangan berkenaan.
Pening baca yang better beli emas dari ipon 13 Ok baca baik2 apa abang nak cakap ni. Kena pasak dalam kepala hotak betul.
Kalau sesuatu benda tu kita nak beli, tapi kita berkira2 dan dilemma sangat. Maknanya benda tu tak layak untuk kita. Kita belum ada kemampuan untuk miliki.
Contoh nak beli ipon 13. Pikir siang malam sampai 2 bulan. Kira duit tabung + duit asb + gaji 3 bulan lagi + pinjaman peribadi sebab nak cukupkan membeli ipon 13.
Maknanya kau tak ada duit, TAK MAMPU MILIK. Jadi diam2 lepastu cermin diri. Ini kemahuan atau keperluan?
Sama jugak macam beli emas. Duit ada 10k beli gelang 8k. Lepas tu dalam bank tinggal 2K. Habis duit modal niaga kau beli emas. Kan vodo gitu. Ko tak perlu pun gelang emas 8k tu xde hasil pun. Sok nak rolling modal niaga nak cekau mana?
Maknanya ko tak mampu beli gelang 8k. Beli yang kecik sudah. Tak kisah nak beli apa pun. Janji kita cermin diri kita dulu lahh. Ada orang dia emas banyak dah biarlah nak beli ipon 13 pun. Dia beli pun xpayah pikir banyak tinggal beli je sebab duit tu bukan masaklah dia.
Ada orang banyk duit suka je pakai henpon biasa2. Dia suka sangat beli emas beso ketapi. Beli pulak tu tak payah pikir main beli je sebab dia mampu. Biarlah dia. Yang masalahnye sekarang engko tak mampu . Nak beli ipon 13 tak mampu, nak beli gelang beso ketapi tak mampu. lepastu sakit hati orang nak pakai apa. Apa masalah engko.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520