“Cinta Agung Seorang Suami, Satu Dalam Seribu.” Lelaki Ni Ziarah & Bersihkan Kubur Arwah Isteri Untuk Lepaskan Rindu Buat Netizen Sebak.

Share

Memang perit untuk menerima kenyataan orang yang kita sayangi pergi buat selama-lamanya. Lebih-lebih lagi banyak kenangan bersama yang sehingga kini tersimpan di lipatan hati. Justeru, pelbagai cara dilakukan bagi melepaskan rasa rindu di hati. Antaranya termasuklah menziarahi kubur yang tersayang.

Cinta agung seorang suami. Demikian yang boleh diungkapkan pada lelaki yang tidak jemu menziarahi kubur isterinya. Hampir setiap hari dia berbuat demikian dengan tujuan untuk  melepaskan rasa rindu di hati.

Perkongsian itu telah dimuat naik sendiri oleh anaknya yang dikenali sebagai Atam Ayue  menerusi laman facebooknya baru-baru ini.

Bukti kasih sayang, bukti cinta dia

Kadang bawak cucu teman…kadang sendirian

Menurutnya, bapanya sering membawa anak angkatnya iaitu budak-budak tahfiz untuk menemaninya membersihkan kubur arwah isteri tercinta.

Abah jaga macam mana yang cinta hati dia suka

Menerusi posting tersebut, Atam Ayue juga mendoakan agar bapanya dirahmati oleh Allah S.W.T dan sentiasa berada dibawah lindungan-Nya.

Entri tersebut ternyata mendapat perhatian ramai hingga meraih lebih 500 tanda suka dan 129 perkongsian oleh pelayar Facebook.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain mendoakan yang baik -baik buat bapanya.

Hebatnye suami macam ni….

Abah pasti mak sayangkan abah lebih dari itu

Bertuah arwah ibumu…

Tiba2 rasa sebak bila baca…

Sumber : Atam Ayue