
Menjelang Ramadan yang bakal tiba tidak beberapa hari sahaja lagi, pasti ada di antara kita yang sudah pun mempersiapkan segala simpanan makanan di dalam peti sejuk. Cili misalnya pasti sudah dibeli dan disimpan lebih awal.
Pun begitu cili padi yang disimpan biasanya tidak kekal segar malah adakalanya lembik dan tidak tahan lama. Bagaimana hendak menyimpan cili ini lebih lama?
Perkongsian tip dari pengguna Tik Tok, @awangdapur ini anda boleh cuba. Jom ikuti perkongsiannya. Lebih mudah dan tahan lama.
1. Cabut tangkai/batang cili.
2. Setelah cabut tangkai, basuh semua cili sehingga bersih dan keringkan.
3. Kemudian, ambil bekas dan lapikkan dengan tisu kering.
4. Masukkan cili yang sudah dibuang tangkai dan beberapa ulas bawang putih yang sudah dibuang kulit.
5. Tutup bekas dan simpan di dalam peti ais.
Fungsi bawang putih boleh membuatkan cili tahan lebih lama di dalam peti ais. Berminggu-minggu simpan pun tetap masih elok.
Selamat mencuba!
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
BK Solat Kembali lagi. Sambut bulan Ramadan dengan persiapan yang sempurna di Kem Solat kami!
Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut di 019 622 2989 atau boleh daftar terus di
https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat/
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kredit: @awangdapur
Sagu Gula Melaka Nak Dapat Efek 3 Layer, Macam Ni Caranya!

Berseleranya melihat menu Sagu Gula Melaka yang dihasilkan penuh warna warni seperti ini.
Kalau boleh hendak dinikmati masa ini juga, apatah lagi pada musim panas sekarang ini.
Jadi tinggu apa lagi, jom buatnya sekarang dengan mengikut cara dan resipi yang dikongsikan oleh Zaini Talib ini.
Jom semak.
Selalunya buat sagu gula melaka ni dapat tekstur yang macam bergumpal tak cantik..aritu ada terbaca lepas rebus sagu basuh sikit dengan melalukan kat air paip untuk buang lebihan kanji tu..cuba buat arini..memang cantik kejadiaannya sebutir-sebutir..puas hati.
Untuk panduan yang nak cuba membuatnya…takda resepi spesifik ni just agak-agak ya..
Resepi Sagu Gula Melaka
——————————————–
Sagu Rm1 direndam sekejap…dah agak kembang air dah serap tu cuci sikit sampai jernih air..agak-agak ya kang hancur abes plak sagunya hihi.
Kemudian masukkan sagu dalam periuk masukkan air lebihkan sedikit agak-agak seinci dari paras sagu tu.
Kemudian masak atas api macam biasa.
Sentiasa kacau supaya sagu masak serata.
Bila sagu dah jadi jernih takdak biji-biji putih maknanya dah masak.
Kaup sagu masukkan dalam penapis kemudian lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang lebihan-lebihan kanji yang mengembang semasa masak tu.
Dah selesai biarkan sekejap supaya air keluar sepenuhnya..kemudian bolehla dimasukkan pewarna sekiranya suka ya.
Untuk hidangan
1. Masakkan gula melaka bersama sedikit air dan daun pandan.
2.Susu cair.
Untuk menghidang masukkan gula..kemudian sagu berselang seli..kemudian akhir sekali masukkan susu untuk dapat efek macam 3 layer tu…
Selamat Mencuba..semoga bermanfaat
Sumber: Zaini Talib Via MAHN
Set Nasi Ayam Ala-ala KFC, Pasti Teruja Anak-Anak Makan Bila Buat Ikut Resipi Ni!

Menyediakan menu yang digemari oleh anak-anak agar makan berselera kadang-kadang boleh buntu juga ibu untuk sediakannya. Jadi apa kata kali ini anda sediakan ala-ala nasi ayam KFC. Mesti anak-anak menggemarinya.
Apatah lagi, resipi yang dikongsikan oleh Umi Watie ini lengkap berserta dengan set seperti coslow, sup dan sambalnya.
Jadi usah tunggu lagi, jom kita sediakan menu istimewa ini daripada air tangan sendiri.
Ini perkongsiannya.
Hari ini kakchik nak share resipi spesial sikit untuk anak dan suami. Biasa makan nasi ayam je kan? Kali ini kita buat ala ala Nasi Ayam KFC gituh. Pakat teruja anak-anak makan tau. Jom buat jom.
Bahan-bahan dan cara ada di setiap gambar. Selamat mencuba.
Set lengkap ada karbohidrat ada protein dan sayur. Ayam Krispi tu elok berkelopak. Menjadi sungguh. Geram pula menengok nya. Kakchik buat sup kosong bubuh bebola daging saja. Terpulang nak buat sup atau tidak. Kami suka sup jadi wajib buat.
Hidangkan pada anak-anak, semua pakat tanya bila Umi beli. Mana maunya tapau, kampung kakchik ni banyak kedai makan tutup. Takpe, kebetulan ada stock Kat rumah. Kita buat sendiri. Mana tau esok-esok boleh buat meniaga Kan?
Bahan-bahan Nasi Mentega
2 sdb Mentega
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 hiris halia
3 cawan susu full cream
1 cawan air
2 cawan beras basmathi
Garam
Cara Buat:
- Basuh bersih beras basmathi dan toskan biar kering.
2. Tumis bawang merah, bawang putih Dan halia dengan mentega sampai garing dan wangi.
3. Masukkan susu full cream 3 cawan dan 1 cawan air biasa. Anggaran 1 cawan beras basmathi sama dengan 2 cawan cecair. Jangan lupa perasakan dengan garam. Biar dia naik rasa lemak berkrim.
Kakchik tak bubuh daun pandan sebab suka bau mentega yang kuat. Kalau nak bubuh terpulang ya
4. Tanak nasi mentega kita sampai masak.
5. Tadaaaa. Rasa dia memang sama macam set nasi ayam KFC yang semangkuk rm 3 tu. Buat sendiri puas hati. Anak-anak suka nasi mentega no. Makan kosong pun sedap
AYAM CRISPY
Kakchik guna bahagian peha yang dibuang tulang. Kakchik guna 2 keping. Bancuhkan sebiji telur dengan 5 sdb tepung Bistari pedas. Tak letak air langsung tau.
Gaulkan semua bahan sampai dia mesra Dan muafakat membawa berkat. Kakchik perap sejam macam itu dalam peti Sejuk. Cubit cubitkan garam tu biar semua perasa masuk dalam ayam kita.
Cara buat :
- Satukan 1 cawan tepung bistari pedas dan ½ cawan tepung jagung. Ini untuk sekeping ayam bahagian peha tau. Kakchik buat untuk sekeping sebab tak nak membazir. Nanti sekeping lagi kita bancuh lagi tepung tu. Sebab baki tepung kakchik buang.
2. Bedakkan ayam perap tadi dengan adunan tepung salut tadi. Cubit cubitkan ayam tu. Ramas-ramaskan biar semua bahan kena.
3. Panaskan minyak, gorengkan ayam Krispi sampai kuning keemasan. Kakchik goreng dalam kuali leper supaya ayam elok terendam dalam minyak
4. Bila elok masak dan kekuningan, toskan kering. Dah siap.
Kakchik potong potongkan sebelum hidangkan pada anak. Senang anak nak ambil. Semua dapat bahagian yang mereka suka. Tak bergaduh dah. Mak boleh rehat sambil layan drama Korea.
COSLOW
Kakchik guna chopper zap zap tu. Kakchik letak 1 cawan kubis, 1 cawan kubis ungu ½ cawan lobak merah Dan 1 biji bawang merah
Lepas tu bubuh 5 sdb mayonis 1 sdb gula 1 sdt garam dan ¼ cawan susu full cream
Gaulkan semua bahan. Simpan dalam peti sejuk. Makan sejuk baru syok. Kakchik suka makan nasi kosong dengan coslow. Kenyang, sedap pun sedap tau. Ala ala makan ulam.
Tada dah siap, panggil anak dan suami makan. Hidangkan dengan sos cili Dan sup kosong. Selamat mencuba korang.
Bahan sup kosong
½ biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 hiris halia
1 sdb lada sulah
Garam
Bebola ayam atau daging
Tumis bawang dan halia. Masukkan air dalam 2 cawan. Masukkan bebola.
Biarkan merenih. Masukkan serbuk lada sulah dan garam. Kacaukan rata.
Matikan api. Hidang kan dengan bawang goreng dan daun sup.
Bahan sos cili
15 tangkai cili api
2 ulas bawang putih
½ inci halia
1 ½ cawan air
2 sdb cuka
Garam
Gula
Cara buat :
- Kisarkan bawang putih, cili dan halia dengan 1 ½ cawan air.
2. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Biarkan merenih. Biarkan bahan sedikit pekat.
3. Masukkan cuka, garam dan gula. Kacau-kacaukan.
4. Matikan api. Dah siap.
Sumber : Umi Watie
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Lebih 27K ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Resipi Roti Gebu. Cara Nak Buat Pun Mudah Guna Sukatan Cawan, Sesuai Untuk Newbie!

Negara kini dalam tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara iaitu menuju ke arah pengurangan jangkitan Covid-19 di bawah 4000 kes sehari.
Sudah tentu kita masih belum bebas untuk pergi ke mana-mana sesuka hati. Duduk di rumah bersama keluarga sambil melakukan aktiviti berfaedah adalah yang terbaik.
Salah satunya boleh mencuba resipi baru., Bagi yang belum mahir atau mengetahui teknik membuat roti, boleh mula belajar cara untuk membuat roti homemade.
Resipi roti homemade yang sangat lembut dan sedap. Sesuai dijadikan sajian sarapan atau minum petang keluarga.
Sebagaimana perkongsian puan Wanda Jasmi yang menunjukkan cara langkah demi langkah untuk membuat roti menjadi gebu. Beliau yang juga merupakan peniaga roti berkongsi ilmu menerusi group Masak Apa Hari Ini telah mendapatr lebih 27K share.
Ikuti lanjut perkongsian beliau.
Satu resipi boleh buat dua jenis adunan: Donut dan Roti
Hari ni saya nk tunjuk langkah demi langkah buat roti dan donut hanya guna 1 resepi…. Semoga dapat membantu
Bahan A :
Air suam – 1 cawan
Yis – 1 paket
Susu pekat – 3 sb
Gula – 2sb
Telur – 1 biji
1. Rendam bahan A hingga kembang.
Bahan B :
Tepung gandum – 3 cawan
Majerin – 2 sb
Garam – 1 sk
2. Bila Bahan A dah kembang, campurkan bersama bahan B.
(Andai doh masih melekat dan lembik, tambah tepung lagi ya… Sampai doh x melekat)
3. Gaul sebati dan uli selama 30 minit sehingga doh betul-betul gebu.
4. Rehat kan doh selama 1 jam atau sehingga 2× ganda kembang.
5. Bila dah kembang, tumbuk doh perlahan-perlahan supaya angin dalam doh keluar. Dan uli selama 5 minit.
Saya bagi penampar dulu… Sampai die kecut… Kebetulan tengah marah sebab kene sambung kurung lagi…
Timbang doh sama berat, untuk dapatkan saiz yang sama.
Jangan lupa sapu majerin dalam loyang, supaya mudah untuk keluarkan roti nanti.
Sehingga die 3x ganda kembang, roti pun akn ringan nanti. Kalo cepat kembang, sekejap je la.. Kalo lambat, dlm 30 minit atau sejam
6. Bentukkan untuk buat roti atau donut. Boleh masukkan apa-apa sahaja inti.
7. Selepas bentukkan, biarkan mengembang 2-3 kali ganda sebelum bakar/goreng.
Bakar suhu 160° selama 20-30 minit. Api atas bawah. Oven panaskan terlebih dahulu. Dalam 5 minit.
Siap bakar, sapu susu pekat+air atas roti. Susu kotak pun boleh.
(Suhu ikut saiz oven masing2, lain saiz lain suhunya… Saya punya 42L)
Video
Dah siap!
Menarik, boleh cuba di rumah. Selamat mencuba!
Sumber: Wanda Jasmi
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club