Cili Padi Lebih Segar, Tahan Lama Dan Lambat Busuk, Rugi Tak Cuba 5 Cara Mudah Lagi Praktikal

Share

Memang sakit hati apabila melihat cili padi yang baru dibeli minggu lepas sudah menampakkan layunya. Malah ada juga yang sudah mula busuk dan berair walaupun disimpan di dalam peti sejuk.

Sebenarnya ada cara bagi memastikan cili padi mampu bertahan walaupun telah lama. Perkongsian seorang wanita yang menjalankan perniagaan restoran ini patut anda cuba. Ikuti tips daripadanya.

Buang Tangkai
Menurut wanita ini, sebaik dibeli daripada pasar, cili padi haruslah dibersihkan dan dibuang tangkainya. Kemudian biarkanlah seketika hingga kering sebelum dimasukkan semula ke dalam bekas bertutup. Simpan kemas di dalam peti sejuk.

Kredit Foto: ummiazilla.blogspot.my

 

Guna Plastik
Jika untuk memudahkan penyimpanan, cili padi yang di buang tangkainya tadi bolehlah diletakkan ke dalam beg plastik yang boleh dikemaskan di atasnya. Tebukkan sedikit lubang bagi membolehkan udara beredar di dalamnya.

Pilih Surat Khabar


Cili yang dibuang tangkai juga boleh disimpan di dalam kertas surat khabar dan bungkuslah kemas. Kemudian simpanlah ke dalam peti sejuk. Kertas membolehkan haba dan suhu sesuai pada cili. Ini membuatkan cili mampu bertahan lebih lama.

Kisar Dan Masak
Salah satu cara lagi bagi memastikan cili padi lebih tahan lama adalah dengan cara mengisarnya dan simpan untuk dijadikan pes. Namun untuk kekal lama kena ada caranya. Caranya kisar cili padi bersama garam hingga hancur dan masak seketika di atas api perlahan. Biarkan hingga kering dan simpanlah di dalam peti sejuk.

Bawang Putih

Salah satu kaedah lagi adalah dengan meletakkan bawang putih bersama-sama cili padi. Ambil dua ulas bawang putih dan letakkan di dalam bekas cili padi yang telah dibuang tangkainya. Hasilnya cili mampu bertahan lama. Paling penting tak busuk.

Selamat mencuba!