Membayangkan dapat makan mee segera perisa ayam dan diletakkan sebiji telur bersama cili padi jeruk, nyata sudah mampu menjadikan menu yang dihidang cukup menyelerakan untuk dimakan pada bila-bila masa. Walau ringkas tanpa bahan atau ramuan lain, namun keenakan rasanya cukup puas hati.
Pun begitu lazimnya orang buat cili jeruk dengan menggunakan cili hijau besar, namun bila anda mencuba membuat cili jeruk dengan memilih cili padi atau juga dipanggil cili burung, rasanya memang tidak akan mengecewakan. Lebih-lebih buat peminat rasa pedas.
Buat anda yang ingin mencuba rasa, bolehlah membuatnya sepertimana resipi yang dikongsi oleh Wan Sabariyah Wan Amit.
Stok Cili Padi Jeruk
“Kejadian petang ini. Buat stok cili padi jeruk yang sudah kehabisan di rumah. Tq yang empunya resepi. Memang tahan lama dan rangup krup krap krup krap kejadiannya.
Resepinya ada saya sertakan pada setiap gambar di bawah.”
Ads
Sampai rumah mak, terus ke kebun sekangkang kera beliau untuk memetik cili padi.
Kita buang tangkainya dahulu. Saya kurang gemar kalau tangkai berselerak dalam botol.
Ads
Rendam sebentar dengan air kapur ya (saya rendam dalam 30minit). Kemudian air kapur tersebut kita buang dan bilas bersih cilinya ye. kapur adalah agen untuk merangupkan cili kita tadi ya.
Celur cili dalam air yang mendidih sehingga layu.
Toskan cili dan ketepikan seketika
Ads
Didihkan air, cuka (saya guna cuka seperti dalam gambar ini), gula dan garam. Sejukkan sebentar.
P/s: kena didihkan/masak dulu cuka& air ni ya untuk tujuan supaya cili jeruk kita tahan lama dan tidak berkulat.
Masukkan air cuka dan cili padi yang telah sejuk ke dalam botol dan boleh la di simpan dalam freezer. Esok dah boleh makan dengan kuey teow goreng.
Jarang kedengaran cerita tentang menantu lelaki dan mentua bergaduh. Biasanya yang menimbulkan masalah adalah ‘perang’ antara menantu perempuan dan ibu mentua.
Mungkin kerana sikap lelaki yang tidak mengambil kisah membuatkan hubungan itu menjadi mudah. Namun tidak bermakna suami boleh lepas tangan dan tidak mahu mengambil ‘port’ terutama apabila bersama keluarga mentua.
Kasihan isteri, mungkin ada yang jenis memendam tidak mahu bersuara kerana menjaga hati suami, akibatnya makan dalam. Itu belum bab kena sindir dengan ahli keluarga dek sikap suami tersebut.
Justeru, buat suami sekalian, apabila anda berkahwin dengan seseorang wanita , secara automatik, keluarganya menjadi keluarga anda. Jika isteri boleh menyesuaikan diri dengan keluarga anda, kena anda tidak mahu berbuat hal sama dengan keluarganya kan?
Ini antara tip menjadi suami terbaik di hadapan keluarga mentua oleh Akhtar Syamir.
Menjadi suami terbaik di hadapan keluarga mentua.
Bukan hipokrit, tetapi mengesahkan pemilihan anak mereka itu satu pilihan yang tepat. Ini sentiasa bermain di fikiran saya apabila berada di kalangan ipar duai dan mentua.
Saya nak tanggapan yang baik itu. Saya mahukan isteri saya nampak berjaya di mata keluarganya kerana mempunyai suami yang hebat.
Suami yang hebat ini bukan untuk berbangga-bangga atau perasan, jauh sekali untuk berlagak bagus. Suami yang hebat ialah suami yang membuatkan isterinya nampak hebat.
Bagaimana? Dengan mendahulukan dan mengutamakan isteri terutamanya apabila berada bersama keluarganya.
Utamakan isteri ketika bersama keluarga
Pertama, apabila waktu makan tiba, utamakan isteri supaya dia dapat makan bersama keluarganya. Tak salah jika si suami jaga dulu anak yang kecil. Bukan selalu mereka dapat makan bersama.
Pergaulan baik dengan keluarga mentua
Satu lagi cara membuatkan isteri nampak hebat ialah dengan menjadi ipar dan menantu yang baik. Pergaulan yang baik dengan mentua dan adik beradik isteri sepatutnya menjadi keutamaan yang paling tinggi.
Kita masuk tempat orang, kita kena bagi orang selesa dengan kita. Jangan jadi seperti pencuri, mengambil sesuatu dari tempat orang dan berlagak seperti orang asing dengan tidak menyesuaikan diri dengan keluarga isteri.
Tanya sepatah, jawabnya sepatah. Muka nak senyum pun susah. Memang nampak seperti si suami tidak mahu berada di situ. Ini antara benda yang sering orang buat tanpa mereka sedari. Saya nampak dengan mata saya sendiri. Pastinya suami itu akan mendapat tanggapan yang tidak baik.
Tonjolkan kemesraan dengan isteri
Ketiga, menonjolkan kemesraan dengan isteri. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi untuk mereka tahu yang anak atau adik kakak mereka sedang gembira dan dijaga dengan baik oleh kita.
Cantikkan isteri
Keempat, dari segi fizikal isteri. Cantikkan dia. Jaga pemakaian dan rupa parasnya. Kalau boleh, isteri nampak lebih cantik berbanding saat pertama kita ambil dia dari keluarganya. Tak salah jika seorang suami berbangga dengan rupa paras isterinya apabila dia berada dengan keluarganya sendiri.
Bawa berbincang dengan isteri
Kelima, jika ada perbezaan pendapat pada waktu ketika berada bersama mereka, simpan dahulu dan berbincanglah secara baik dengan isteri sahaja tanpa pengetahuan keluarganya. Ingat, persembahkan yang terbaik sahaja. Apa sahaja yang boleh mendatangkan tanggapan yang tidak baik, selesaikanlah di belakang.
Semua ini perlu dibuat bukan sahaja untuk menonjolkan kehebatan isteri, tetapi untuk menjaga aib isteri juga. Jika suami sentiasa moody, bermasam muka, tidak mesra dan nampak tidak selesa, pastinya akan menzahirkan perasaan malu pada diri isteri di hadapan keluarganya sendiri.
Isteri menghargai
Pokok pangkalnya, kita tonjolkan kebaikan yang selalu kita buat pada isteri kita kepada keluarganya. Saya percaya, si isteri akan sangat-sangat menghargainya. Hasilnya, perkara yang sama akan dibuat oleh isteri di hadapan keluarga suami pula. Bukankah itu yang terbaik?
Semoga dapat memberi inspirasi. Kongsikan ilmu ini kepada semua. Saya yakin, ramai yang memerlukan suntikan idea seperti ini. In Shaa Allah.
Jemput follow saya ?Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selalu bila menjelang malam hari je, tak tahu nak makan apa. Nak makan nasi, dah bosan dah! Asyik nasi je memanjang kan?
Nak menu yang simple tapi marbeles rasanya? Haa meh buat spaghetti ni! Tengok gambar pun dah tahu sedap, caranya lagi lah! Mudah je petik jari dah siap. Jom cuba!
Resipi Spicy Buttermilk Spaghetti
Bahan-bahan:
Butter 2 sudu besar
Daun Kari 10
Cili Padi 5 ( cincang )
Bawang Putih 3 ( cincang )
Susu Cair 1 atau 2 cawan
Tepung Jagung letak sikit then kacau tengok pekat kuah
Serbuk kunyit satu cubit
Udang/sotong
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan udang/sotong. Gaul sehingga lauk masak.
3. Masukkan susu segar, kemudian masukkan tepung jagung. Kacau sehingga kuah pekat.
4. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit. Gaul sebati.
Sumber : ASH (Foodhunter)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hafiz cilik, Ahmad Ziyyad, 10 tahun, hafal 30 juzuk dalam tempoh 4 bulan. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Ahmad Ziyyad Mohd Zahir, mengukir pencapaian luar...