Cili Kisar Tak Berkulat Walau Tersimpan Lama. Rahsianya Pada Ramuan!

Share

Perkongsian kali  cukup berguna untuk  peminat tegar masakan bersambal.  Pasti di dalam peti sejuk tersedia stok cili kisar.

Bagi memastikan cili kering yang telah dimesin kekal elok dalam tempoh berbulan-bulan lamannya,  anda boleh amalkan cara ini sebagaimana yang sering dipraktikkan oleh Puan Mim Nazihah.


Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat…mesti ramai yang dah tau kan… tapi takpe, nak share jugaklah, mungkin ada sorang dua yang masih tak tau kan…

Selalukan kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan…

inshaa Allah buat camni tahan lama, sebulan dua tak berkulat…

Bahannya :

40gm cili kering
3 labu bawang putih
Air tapis

Cara buat :

1. Potong cili kering dan kupas bawang putih, cuci bersih.

2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.

3. Kemudian toskan. (Tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).

4. Biarkan sekejap agak² sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis. Jangan guna air paip ye,  guna air tapis. Dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.

Inshaa Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat.

selamat mencuba.

sumber : Mim Nazihah Via MAHN