
Perkongsian kali cukup berguna untuk peminat tegar masakan bersambal. Pasti di dalam peti sejuk tersedia stok cili kisar.
Bagi memastikan cili kering yang telah dimesin kekal elok dalam tempoh berbulan-bulan lamannya, anda boleh amalkan cara ini sebagaimana yang sering dipraktikkan oleh Puan Mim Nazihah.
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat…mesti ramai yang dah tau kan… tapi takpe, nak share jugaklah, mungkin ada sorang dua yang masih tak tau kan…
Selalukan kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan…
inshaa Allah buat camni tahan lama, sebulan dua tak berkulat…
Bahannya :
40gm cili kering
3 labu bawang putih
Air tapis
Cara buat :
1. Potong cili kering dan kupas bawang putih, cuci bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.
3. Kemudian toskan. (Tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).
4. Biarkan sekejap agak² sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis. Jangan guna air paip ye, guna air tapis. Dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.
Inshaa Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat.
selamat mencuba.
sumber : Mim Nazihah Via MAHN
Tak Akan Tengok Lagi Almari Berserabot. Wanita Ni Share Rahsianya!

Bab menguruskan almari pakaian anak-anak ini sering juga boleh membuatkan kita jadi stress.
Apa tidaknya, baru saja kain baju dilipat dan disusun rapi, tapi bila anak menarik baju daripada lipatan tersebut untuk dipakai habis semuanya jadi serabut.
Tidak mahu berterusan hadapi masalah yang sama, ada baiknya ibu-ibu buat cara yang digunakan oleh Puan Azila ini.
Bukan sahaja kain baju dilipat sama saiznya, paling mengujakan bila pakaian tersebut ditarik daripada lipatan tidak akan menjejaskan pakaian lain. Cukup mengujakan!
Ini perkongsiannya.
Niat untuk share ja tak sangka kena viral harini. Siap pm, dm, tanya tutorial lipat macamana. Sampai battery tak sempat nak full dah low semula.
Sebenarnya sy lipat baju guna manual jer, tapi bila husband jenis yang teliti lipat baju kita akan jadi lebih teliti. .
So untuk senang masa susun baju sy guna organizing system. Actually benda ni dah lama mungkin tak pernah org terfikir sebelum nih. Benda ni made from recycled material. .
Kalau rajin uolls boleh goggle organizing system byk org luar dah create untuk improved lagi system ni.
Mana nak cari benda ni? Nak pergi ke obersea ker?? Tak perlu pergi jauh-jauh. Dekat MR DIY pun ada kalau nak walk in. Kalau malas online pun boleh di shoppe jer.
Boleh la lepas ni serbu MR DIY. At least baju lagi tersusun dan kemas. Cuma kena rajin susun lar lepas ni.
Sharing is caring.
Sumber : Azila Ahmad
Order Makanan Secara Online, Sekali Ayah Sendiri Yang Hantar. Anak Tetap Bayar Harga Makanan Macam Biasa!

Memesan makanan menggunakan perkhidmatan Food Panda boleh dikatakan suatu kebiasaan buat kita pada masa kini. Apatah lagi pada masa pandemik ini, kalau boleh memang kurangkan untuk keluar rumah. Kalau nak makan apa yang teringin hanya memesan sahaja secara dalam talian.
Baru-baru ini tular juga satu video yang dikongsikan oleh seorang remaja apabila membuat pesanan makanan segera secara online, tidak menyangka penghantar makanan tersebut adalah bapanya sendiri.
Watch on TikTok
Menurut pemilik video ini, @aniezelizza sebelum menempah makanan ibunya mencadangkan menggunakan nombor ID tertentu dipercayai milik si bapa, namun beliau tidak berbuat demikian.
Tanpa disangka ayahnya yang menghantar pesanan makanan ke rumah mereka. Biarpun dikendalikan oleh bapa sendiri remaja tersebut tetap membayar harga makanan segera itu lebih daripada jumlah asal.
Meninjau di ruangan komen, turut berkongsi pengalaman yang sama bila mana penghantar makanan yang dipesan dihantar dikalangan ahli keluarga. Kejadian tersebut ada yang merasakan lucu
Sumber : @aniezelizza
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Alat Candu Ganggu Emosi Anak.” Jangan Kerana Telefon Hubungan Kekeluargaan Jadi Dingin, Rosakkan Komunikasi Anak & Ibu Bapa.

Telefon pintar merupakan teknologi komunikasi yang sangat popular masa kini. Ia sedang membudaya di kalangan masyarakat.
Dari satu segi ia baik untuk perhubungan dan mendapat maklumat. Pada ketika lain keasyikan berpaut kepadanya menyebabkan hubungan lisan sesama manusia lain menjadi dingin dan tidak mesra.
Jika ini berlaku di kalangan suami isteri, ianya menjadikan suami-isteri kehilangan fokus. Sedangkan komunikasi lisan amat sesuai untuk meningkatkan persefahaman dan kasih sayang.
Memang penggunaan telefon pintar menjadikan suami atau isteri dalam keasyikan. Tak kira waktu memasak di dapur, dimeja makan, di depan televisyen, masa lapang di ruang tamu mahu pun di bilik tidur telefon pintar menjadi teman rapat dan erat. Ia menyebabkan hubungan natural suami isteri terjejas.
Ini yang dikongsikan oleh Dr Sidek Baba, Profesor Pendidikan UIAM ketika diminta mengulas mengenai isu ini.
Kedinginan hubungan suami isteri
Pada telefon pintar ini terdapat banyak perkara yang disajikan. Darinya terdapat ceramah agama yang baik, youtube yang terkandung segala macam cerita, maklumat, hiburan malah bahan-bahan ponografi yang melekakan, whattsApp yang terkandung berbagai cerita dan berita benar dan tidak benar yang diviralkan.
Ini menyebabkan keasyikan menggunanya tidak terbatas dan ia menimbulkan masalah. Tidak mustahil keadaan sebegini menyebabkan hubungan dingin antara suami isteri boleh terjadi.
Kalau kedinginan wujud kemesraan semakin hilang dan akhirnya keadaan ini boleh menimbulkan masalah lain. Suami memerlukan perhatian terutama selepas balik dari pejabat. Setelah berjarak sepanjang hari di rumahlah tempat komunikasi bermakna harus terjadi supaya pandangan dan keluhan suami diraikan.
Hal yang sama bagi isteri yang bekerja merasa keletihan apabila kembali ke rumah dan perhatian dan layanan isteri amat dituntut. Lebih-lebih lagi bagi isteri yang tidak bekerja masanya banyak di rumah memerlukan perhatian suami juga.
Jangan jadikan hubungan suami isteri hambar kerana masalah lain mungkin berbangkit. Rahsia baik bagi rumah tangga yang bahagia ialah layanan baik suami kepada isteri, perhatian isteri terhadap suami yang dikasihi.
Jangan jadikan faktor telefon pintar menjadi sebab hubungan menjadi dingin kerana keasyikan menggunakannya ibarat ianya adalah kekasih baru atau teman hidup baru pula.
Alat candu ganggu emosi anak
Itu belum lagi mengambil kira hubungan dengan anak-anak. Jika setiap anak-anak ada padnya sendiri bayangkan keasyikan yang akan terjadi kepada mereka sehingga lupa dengan pelajaran di sekolah atau menyempurnakan kerja rumah kerana asyiknya berpaut dengan padanya kadang-kadang dalam tempoh yang lama.
Sekiranya hubungan natural anak dan ibu bapa semakin terhad dengan anggapan bahawa memberikan alat mengisi ruang supaya tidak mengacau dan membuat bising, ia sebenarnya menjadikan alat ini candu dan boleh mengganggu perkembangan emosi, pemikiran dan etika anak-anak.
Amat penting penggunaan telefon pintar ini dikendalikan dengan disiplin dan etika yang baik. Hubungan natural suami isteri dan anak-anak harus dijadikan keutamaan. Menggunakan alat teknologi ini harus ikut keperluan dan keutamaan.
Jangan ianya digunakan hampir sepanjang masa pada hal-hal yang tidak perlu dan bukan keutamaan. Tanpa kawalan ini amat dibimbangkan amalan salahguna menjadi sebati dan menimbulkan masalah komunikasi suami isteri dan anak-anak dan menyebabkan kedinginan dalam hubungan sesama anggota keluarga terjadi.
Dalam tradisi Islam teknologi selamanya alat ianya bukan matlamat. Matlamat dalam penggunaan teknologi membawa kebaikan kepada pengguna supaya ianya tidak disalahguna. Salahguna boleh menyebabkan akibat buruk terjadi.
Bayangkan salahguna telefon pintar hingga hilang perhatian terhadap suami-isteri dan anak-anak boleh memberi akibat lain pula. Kedinginan hubungan suami isteri adalah bahaya bagi sesuatu keluarga.
Bila kasih sayang tidak wujud lagi dan didikan terhadap anak- anak tidak berlaku ia boleh menyebabkan masalah yang lebih besar dan anak-anak tidak dididik dengan sempurna.
Keluarga Sakinah
Oleh itu sebagai seorang manusia asas adab perlu dibina dengan baik. Adab bagi ahli ilmu bermakna disiplin fikir, disiplin hati dan disiplin amal. Keluarga yang berjaya dan bahagia ialah keluarga yang dilazimkan dengan disiplin samada disiplin dalam menggunakan waktu, disiplin dalam melakukan perhubungan, disiplin dalam mendidik anak-anak supaya suasana pembinaan keluarga terbentuk dengan adab dan akhlak yang baik.
Jika ini terjadi dan dimiliki oleh setiap anggota keluarga bayangan sebuah keluarga sakinah atau bahagia akan terjelma kerana keutamaan dalam keluarga ialah hubungan rapat suami-isteri dan anak-anak dalam suasana natural supaya naluri dan bakat anak-anak dibentuk secara disiplin dan adab dengan ibubapa menjadi contoh terbaik untuk mereka. Kekurangan ini terjadi di kalangan banyak keluarga kita dan menyebabkan masalah lain berbangkit kemudiannya.