Bagi isteri yang sangat sibuk terutamanya yang bekerja, cili kisar sangat penting untuk disediakan bagi memudahkan anda ketika hendak menyediakan hidangan untuk keluarga. Selain membeli cili kisar segera di kedai, ada juga yang lebih gemar menghasilkan bahan ini sendiri menggunakan cili kering.
Namun, tidak ramai mengetahui cara untuk mengekalkannya sehingga tahan berbulan lamanya dan tidak berkulat putih. Justeru itu, mari lihat resepi cara membuat cili kisar yang boleh tahan berbulan seperti yang dikongsikan oleh Puan Mim Yusof.
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tahu kan? Tapi tak apa, nak share jugak lah, mungkin ada sorang dua yang masih tak tahu kan.
Selalukan kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan. Insha Allah, buat macam ini tahan lama, sebulan dua tak berkulat.
[TRENDING] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan
BAHAN-BAHANNYA:
* 400gm cili kering.
* 3 labu bawang putih.
* Air tapis.
CARA PENYEDIAANNYA:
1. Potong cili kering (buang biji) dan kupas bawang putih sebelum dicuci bersih-bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.
3. Kemudian toskan (tak perlu basuh lagi cuma tos saja sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).
4. Biarkan sekejap agak-agak sejuk sedikit.
5. Kemudian kisar dengan menggunakan air tapis jangan guna air paip ye. Guna air tapis dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.
Insha Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Mim Yusof
[BIAR BETUL] ‘Baru Tahu Peel Anak-Anak.’ Awal Ashaari Kongsi Pengalaman Bercuti Tanpa Pengasuh
[MESTI BACA]
- Bantal Kepam Kini Seperti Baru. Guna 3 Bahan Ini Sahaja
- Berkat Kesabaran Berhadapan Dengan Suami Panas Baran, Lisdawati Kini Bersyukur Suami Lebih ‘Cool’
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club