Inspirasi

Cikgu Mohd Fadhli Salleh Lantang Bersuara Tegur Kelemahan Sistem Pendidikan Negara, Siapa Sebenarnya Guru Ini

Share

Cikgu Mohd Fadhli Salleh cukup terkenal dengan kelantangannya dalam menyuarakan pandangan dan kebenaran di dalam sistem Pendidikan Negara. Dek kerana kelantangannya itu, tular di media sosial, guru ini pernah berdepan dengan tindakan tatatertib dan berisiko diturunkan pangkat dan dibuang kerja.

Beliau dikenakan tindakan itu hanya kerana bercakap jujur dan menyatakan kebenaran mengenai sistem pendidikan negara. Guru ini agak terkilan kerana sepanjang bergelar seorang pendidik, beliau bukanlah seorang guru yang bermasalah di sekolah.

Cikgu Mohd Fadhli Salleh Lantang Bersuara Tegur Kelemahan Sistem Pendidikan Negara

 

Markah prestasi beliau saban tahun melebihi 90%, bahkan mencecah 98%. Rekod kehadiran beliau ke sekolah setiap tahun pun ‘bersih’. Malah ketika guru ini ditukarkan dari Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2 pada 2016, ibu bapa membuat petisyen, kutip tanda tangan, bawa ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) supaya Cikgu Mohd Fadli dikekalkan di sekolah itu.

Berikut Imbasan kronologi teguran yang pernah dibuat oleh Cikgu Mohd Fadli tentang kelemahan sistem pendidikan negara.

1. Isu beg sekolah yang berat. Situasi ini boleh memudharatkan kesihatan murid-murid. Walaupun isu ini sudah lama namun masih belum menemui jalan penyelesaian.

2. Silibus terlalu tinggi dan padat. Silibus ‘syok sendiri.’

3. Bilangan murid yang ramai dalam kelas. Keadaan ini menyukarkan guru-guru untuk memberikan tumpuan kepada murid-murid ketika mengajar di dalam kelas.

4. Subjek yang terlalu banyak. Ini membuatkan murid hilang minat untuk belajar.

5. Masa belajar untuk subjek teras terutamanya Matematik tidak mencukupi.

6. Adanya Little Napoleon dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan rosak.

Pertuduhan pertama, beliau didapati membuat hantaran di media sosial pada 26 November 2021 berhubung jadual waktu dan mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah.

Pertuduhan kedua, beliau didapati memuat naik hantaran pada 30 November 2021 mengenai subjek yang diajar pada murid Tahun 1 di sekolah rendah.

Pertuduhan ketiga pula, beliau dalam sesi Facebook live mengatakan banyak silibus mengarut diajar di sekolah.

Akhirnya Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan memutuskan guru Matematik Cikgu Mohd Fadli tidak bersalah susulan pendedahan mengenai kepincangan silibus pendidikan negara.

Beliau juga dibebaskan daripada tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Guru ini juga tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Siapa Sebenarnya Guru Ini

Namun siapakah sebenarnya Cikgu Mohd Fadhli Salleh yang nyata cukup berani menyuarakan kelemahan sistem pendidikan Malaysia.

Sedikit info tentang Cikgu Mohd Fadhli Salleh:

1.Lantang dan jujur menyuarakan pendapatnya.

2.Kesan daripada kelantangannya bersuara, Cikgu Mohd Fadli pernah berdepan dengan risiko  dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana mengkritik sistem pendidikan negara.

3.Sering berkongsi tentang kisah beliau bersama murid-murid di sekolah.

4.Mempunyai lebih 200,000 pengikut di Facebook.

5.Merupakan anak kepada mantan Pengetua Maktab Perguruan Kota Bharu, Pengetua SMK Hamzah dan Pengetua SMK Tok Janggut.

6. 18 tahun dalam dunia perguruan.

TERKINI: Cikgu Mohd Fadhli Salleh mengambil keputusan untuk bersara awal (berkuatkuasa 1 Mac 2024) dalam usia 41 tahun. 

Kredit: Facebook Cikgu Mohd Fadhli Salleh 
dan Facebook Masjid Mukim Padang Pak Amat Pasir Puteh Kelantan

Kredit foto: Instagram ebook cikgu fadli