“Cikgu Kami Tak Pernah Makan Pizza.” Penuhi Keinginan Anak Muridnya, Guru Ini Sanggup Masak Sendiri 32 Mini Pizza Buat Netizen Terharu.

Share

Pengorbanan seorang bukan sahaja mendidik malah dalam satu-satu situasi dapat membahagiakan para pelajarnya. Tidak sekadar wang ringgit, namun kasih sayang dicurahkan membuatkan anak-anak rasa disayangi.

Itulah yang dilakukan oleh seorang guru  tatkala menunaikan  hasrat para pelajarnya untuk makan pizza. Atas rasa simpati, guru yang bertugas di salah sebuah sekolah di Sarawak telah membuat sendiri 32 mini pizza demi memenuhi keinginan para pelajarnya. Lebih istimewanya lagi, mini pizza tersebut dikongsi pada hari kelahiran Cikgu Alia sendiri!

Satu sekolah dapat rasa mini pizza yang dibuat Cikgu Alia. Tindakan guru tersebut nyata sangat murni dan dek kerana itu ia mendapat pujian daripada netizen.

Kisah tersebut dikongsikan oleh guru berkenaan di laman twitternya. Menurut  Alia Nadiera, dia berasa sedih kerana dikalangan ramai pelajarnya itu, hanyua seorang sahaja pernah makan, yang lainnya tidak pernah berpeluang merasa.