Manusia memang tidak terlepas daripada sikap bongkak dan ego dalam diri Termasuk hal pendidikan anak-anaknya. Malah menjadikan pangkat dan kekayaan dimiliki menjadikannya seorang yang sombong sehingga berkaitan dengan persekolahan anak.
Tidak dinafikan situasi ini terjadi kepada segelintir guru. Begitulah situasi yang dipaparkan oleh cikgu iin. Malah beliau berpesan supaya ibu bapa membuang ego dan sikap menyombong diri apabila melangkah ke kawasan sekolah.
Moga ini menjadi iktibar bersama dalam apa jua situasi.
Ikuti perkongsian ini.
Aku nak ingatkan satu benda kepada mereka yang bergelar ibu bapa.
'Sebaik kau melangkah masuk ke kawasan sekolah, sila tinggalkan pangkat dan darjat kau orang kat pagar tu.'
Nanti pulang, ambil balik la pangkat tu. Tak kira apa pangkat sekali pun. Masuk je pagar sekolah, cukup bawa pangkat sebagai seorang ibu atau seorang ayah kepada seorang murid yang diajar oleh guru-guru biasa yang penuh komited menjalankan tugas.
Aku menulis hal ini, kerana banyak berlaku di depan mata aku sendiri ibu bapa yang bawa pangkat masuk ke kawasan sekolah. Bila anak dijentik, bila ada apa jua salah faham, ada yang datang tanpa lapor diri kat jaga. Main redah sahaja. Konon sebab dia orang besar.
Terus terjah masuk bilik GB atau Penolong Kanan dan dengan bongkak berkata,
"Cikgu tahu siapa saya? Saya Datuk bla…bla…bla…"
Ads
"Saya ini pengurus syarikat bla…bla…bla…"
"Saya ini rapat dengan menteri bla…bla…bla…"
"Abang saya kerja KPM. Orang besar bla…bla…bla…"
INI SEBABNYA
Tan Sri, Dato-dato, Datin-datin, orang-orang kenamaan sekalian, dengar sini aku nak cakap.
Aku tahu kalian 'jual' nama dan pangkat itu nak bagi cikgu rasa gerun dan hormat pada kalian. Kalian nak dapatkan priority. Nak dapatkan advantage. Nak suruh cikgu-cikgu turut je apa yang kalian nak. Aku tahu. Aku tahu. Aku tahu itu tujuannya.
Tapi tahukah kalian, sebaik kalian menuturkan ayat tersebut, perkara pertama yang terlintas dihati para guru ialah,
Ads
"Sombong betul dia ni."
Hanya jelek penuh jengkel menyerang hati dan minda para guru sebaik mendengar ayat itu. Tiada langsung rasa hormat pada pangkat dan nama melainkan yang tinggal hanya perasaan jelek dan menyampah yang membuak-buak.
Tindakan menjaja pangkat dan nama orang kenamaan tidak sedikit pun memberi keuntungan pada tuan puan. Tidak!
Bahkan anak tuan puan makin dijauhi kerana kesombongan tuan puan.
"Itulah anak Dato' yang sombong tu. Kau hati-hati kalau nak marah atau tegur anak dia. Nanti dia serang sekolah."
Ini ayat yang akan menjadi buah mulut cikgu-cikgu.
Ads
Apa jadi pada anak-anak kalau salah mereka tidak lagi dimarah dan ditegur? Apa kesan pada akhlak mereka?
Kau mungkin berasa hebat. Kau mungkin rasa 'power' bila tiada lagi guru berani tegur atau marah anak kau.
ANAK KENA TEMPIAS
Tapi sejujurnya, anak itu dipulau. Anak itu tersisih dari didikan yang sepatutnya dia terima.
Dan sejujurnya, anak itu menjadi mangsa. Mangsa kesombongan pangkat dan nama yang kau jaja.
Masih rasa sombong dan bongkak dengan pangkat dan gelaran?
Fikirkan semula.
#MFS
– Biar tiada nama dan pangkat asal beradab. Itu lebih dihormati. Percayalah!
Apa jua content yang dimuat naik oleh pelakon Syatilla Melvin mesti ada yang lucu dan gurauannya.
Baru-baru ini, Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla memuat naik ucapan hari jadi anak keduanya, Sarima Samheizy yang sememangnya lain dari ucapan orang lain.
Dalam perkongsian tersebut, kapsyennya sememangnya mencuit hati netizen dengan mencoretkan ingatan yang masih segar iaitu kenangan sewaktu menyambut kelahiran anak keduanya itu.
“Dah tiga tahun amoi Taiwan bubu ni. Happy birthday anak solehah bubu. Sayang kakak Mima banyak sangat.
“Fresh lagi muka dia lalu depan mata masa doktor keluarkan dari perut tiga tahun lepas, kemeknya muka anak aku Ya Allah.
“Ingat lepas beberapa bulan kemek tu akan hilang rupanya sampai hari ini masih kemek. Ayayu my dagu. Dia tak sabar sungguh-sungguh nak tunggu adik dia keluar.
“Insya-Allah bubu pasti Mima boleh jaga baby baru lebih bagus dari bapak jaga,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mengucapkan ucapan hari jadi pada puteri kepada Syatilla dan Sam ini termasuklah rakan artis. Selain itu, mereka juga memuji wajah comel Sarima yang seiras wajah ayahnya.
Terdahulu, Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada Februari 2016. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.
Syatilla kini sarat hamil anak ketiga dan bakal bersalin tidak lama lagi.
Ilmu rumah tangga, terutamanya selok belok di dapur ini sebenarnya bukanlah hanya tugas bagi anak perempuan sahaja, tetapi wajib bagi anak lelaki kita. Mungkin sesetengahnya mengatakan ia kurang sesuai dan remeh tapi hakikatnya ilmu ini mengajar anak di masa hadapan.
Kata Ustazah Isfadiah Mohd Dusuki, jangan manjakan anak-anak lelaki kita di rumah dan wajib ajar mereka dengan pengurusan rumah tangga supaya senang untuk dia menguruskan rumah tangganya kelak. Malah cara ini dapat mengajar anak lelaki lebih bertanggungjawab pada keluarganya.
Begitu juga yang dikongsikan oleh Doktor Taufiq Raziq di facebooknya, yang juga mengajar kelas keibubapaan.
“Saya pernah tengok ada anak lelaki jadikan mak dia hamba. Daripada buang sampah sampai la basuh mangkuk jamban pun maknya yang terpaksa buat.
Selidik punya selidik rupanya si emak terlampau manjakan si anak lelaki!
Niat dah baik tapi caranya tu salah. Anak mungkin berhak jadi raja hanya ketika umurnya di bawah 2 tahun tapi bukannya sampai umur 20 tahun!
Tanpa sedar kasih sayang tadi menjadi ‘delicious poison’ yang membunuh kepimpinan dalam diri si anak tadi. Sebab tu la :
– Jangan takut bagi anak lelaki cuci pinggan – Kena berani suruh anak lelaki buang sampah – Kena tegas suruh anak buat kerja mengemas – Kena biasakan anak lelaki memasak – Kena ajar anak yang kerja rumah bukannya kerja orang perempuan semata-mata
Ini semua adalah persedian hidup untuk menjadikan anak seorang pemimpin. Pemimpin adalah orang yang memahami dan tahu keperluan orang yang di bawah tanggungjawabnya suatu hari nanti.
Taufiq Razif Bapa yang percaya anak takkan bertukar pondan hanya kerana pandai memasak dan mengemas rumah!
Sumber: Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memang cantik bila anak perempuan pakai barang kemas atau perhiasan kecil seperti rantai, gelang dan subang.
Cuna anak-anak ni kadang kala jadi kreatif, semuanya jadi barang permainannya. Begitulah yang terjadi kepada pesakit kepada doktor pakar ini yang merupakan murid darjah dua.
Berikut perkongsian Doktor Telinga, Hidung Dan Tekak, Dr Ezairy M.Sallih
Sebaik pulang dari hospital, saya letakkan beg. Buku-buku dilihat tersusun rapi di atas meja. Sudah amat lama tidak dibelek sebenarnya.
“Ayah, jom kita main!” Belum sempat menukar pakaian, si Ammar sudah memberi tugas.
“Lepas main bola, main dengan Anna pula ya!” Jerit si Anna pula.
Kerja seorang ibu dan ayah ini tidak pernah habisnya, ada saja. Macam-macam cabaran untuk membesarkan mereka.
Saya terus teringat satu kisah pesakit saya malam tadi, tersedut anting-anting subang telinga. Masuk ke dalam hidung. Hampir-hampir tertelan. Yang berlaku itu bukan kepada bayi atau kanak-kanak kecil. Tapi sudah darjah dua.
Ibu ayah tak boleh dipersalah seratus peratus. Mereka pun tak boleh setiap masa mampu untuk perhati apa yang dibuat anak-anak.
Anak ini sudah tersedut subang tersebut semenjak pagi, apabila malam baru beritahu ibu. Si ibu pun terus bawa ke hospital.
Alhamdulillah berjaya dikeluarkan.
Ibu-ibu… ayah-ayah… saya nak pesan ini. Kita perhati anak-anak kita ya. Pesan untuk saya juga yang ada anak kecil ini. Yang pakaikan barang hiasan kecil itu hati-hati. Alat permainan pun macam itu. Takut tak perasan.
Apabila dah termasuk ke rongga seperti mulut, tekak, hidung dan telinga ini tak mudah nak dikeluarkan, terutama kanak-kanak kecil.
Moga tulisan ini bermanfaat. Kita saling berpesan. Dijemput kongsi nasihat ini kepada semua yang kita sayang.
Dr Ezairy M.Sallih Sangat susah nak keluarkan anting-anting ini sebab ia terlalu kecil dan berisiko tercedera ketika prosedur. Mujur tak tersedut ke paru-paru.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...