Cikgu Ini Pesan 5 Perkara Ibu Bapa Kena Buat Supaya Elak Kesesakan Depan Sekolah. Alert Hal Ni.

Share

Khamis minggu ni sekolah akan dibuka buat tahun 2020. Tentu ramai ibu bapa akan mengambil cuti pada hari berkenaan untuk meraikan anak-anak memasuki persekolahan.

Lazimnya situasi ini berlaku kepada ibu bapa yang mempunyai anak darjah satu. Malah tentu sesak jalan raya apabila ibu bapa teruja untuk menghantar pada hari pertama.

Namun, untuk mengelak kesesakan berlaku dihadapan sekolah, boleh ikuti panduan oleh guru ini.

Ikuti perkongsian ini.

Kesesakan di depan sekolah boleh dikurangkan jika,

1) Bagi duit kecil siap-siap di rumah. Tidak lah masa sampai depan pagar sekolah baru nak cari duit dan bagi.

2) Peluk cium anak awal-awal di rumah. Sampai depan pagar cukup bersalam dan anak terus pergi.

3) Tak perlu nak melambai anak dan lihat dia berjalan sampai hilang dari pandangan. Berderet lagi kenderaan lain nak hantar anak mereka.

4) Jika ingin hantar anak, tolong parking di tempat yang sesuai agar tidak menghalang lalu lintas, tidak bertindan. Biar jauh sikit pun, kemudian jalan bersama-sama pimpin tangan masuk pagar sekolah.

5) Nak berpesan suruh makan bekal makanan ke, bagi tumpuan dalam kelas ke apa pesanan berharga sekali pun, pesan awal-awal dari rumah dan sepanjang perjalanan ke sekolah. Jangan dah berhenti depan pagar baru nak bagi amanat dan pesanan yang berjela panjangnya.

6) Jangan letak beg anak dalam bonet belakang melainkan ia satu keperluan. Dah memakan masa pula nak keluar kereta ambil beg sedang parent lain beratur panjang nak drop anak mereka.

Haaa, itu antara tips yang boleh kita amalkan agar memudahkan urusan semua orang dan mengurangkan kesesakan di depan pagar sekolah.

Maklumlah, satu sekolah ada beribu murid. Kalau semua nak singgah lama-lama untuk bagi duit, peluk cium, lambai-lambai, amanat dan pesanan pula, memang akan mengambil masa dan menyebabkan kesesakan bertambah teruk.

Kita mampu mengubahnya.

Kredit: Mohd Fadli Salleh