Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) brau-baru ini telah mengumumkan pembukaan sekolah sesi 2021 akan ditangguhkan buat sementara kerana berikutan peningkatan Covid-19. Namun, pembelajaran tetap diteruskan secara bukan bersemuka menerusi pembelajaran atas talian yang akan bermula 20 Januari ini.
Menyedari akan hal ini, ada ibu bapa telah membuat persiapan pembelajaran di rumah. Ia merangkumi peralatan alat tulis, buku latihan serta komputer peribadi.
Begitu juga yang dilakukan oleh puan Sharifahf Ws menerusi perkongsiannya yang telah menyediakan ruang khas untuk anak-anak belajar dengan mudah. Malah siap ada carta untuk melengkapkan lagi ruang tu.
Ikuti selanjutnya cara beliau.
SEKOLAH DALAM RUMAH
Seperti yg kita semua sedia maklum, pembukaan sekolah diseluruh negara ditangguhkan disebabkan pandemik Covid-19. Jadi ber PDPR lah kita di rumah yer..
Malam tadi saya dan suami bekerjasama set up Sekolah Dalam Rumah utk ketiga2 anak kami. Wan Muhammad Harraz (darjah 3), Wan Muhammad Muqqri (darjah 1) dan Wan Dzakira Nadeera (tadika-5 tahun). Masing2 ada meja masing2.
Anak2 pun semangat bila ada meja tersendiri utk belajar. Semua dah tak sabar nak masuk kelas Cikgu Ibu
Saya merupakan seorang surirumah sepenuh masa.. Tapi tak lama lagi saya juga akan bertukar menjadi Guru Besar, Guru Disiplin, PK HEM, guru utk semua subject, tukang masak kantin dan cleaner sekolah. Saya akan cuba bantu anak2 belajar dari rumah dan bagi latihan pada mereka. Inshaa allah.. Doakan saya dan anak2 saya yer..
Semoga ibu bapa lain juga terinspirasi dari post saya. Mudah mudahan anak2 kita akan sentiasa berjaya dunia dan akhirat dan mudah mudahan virus Covid – 19 akan lenyap sepenuhnya dimuka bumi. Inshaa allah.
TAHNIAH CIKGU IBU!
Dalam pada itu, warganet memuji sikap ibu ini yang telah menyediakan ruang pembelajaran buat anak-anaknya.
“Alhamdulillah…tahniah…untuk ibu bapa yang hebat.rindu pulak zaman anak2 sekolah rendah.zaman anak2 saya dah berlalu.tinggal si bongsu melangkah ke tingkatan 1.
“Terbaik cikgu ibu. Saya pun buat mcm ni, nak bagi anak semangat belajar dan tak bosan dgn buku. Saya bekerja, tapi pilih WFH, sesekali rotate dgn suami ke ofis. Agak serabut nak bahagi masa utk ajar anak2, tapi cuba yg terbaik sebagai parents. Hak anak2 utk belajar, kita cuba tunaikan sebaik mungkin.”
“Alhamdulillah. Syukur dapat ibu bapa yg komited dengan pelajaran anak-anak. Bagi sokongan. Anak-anak pun semangat nak belajar. Tahniahh sis.
“Tahniah puan…. Pendidikan bermula dr rumah,” antara pujian warganet yang teruja melihat idea berkenaan.
Sumber: Sharifahf Ws