“Cikgu Hebat, Ikhlas Mendidik.” Guru Ni DIY Alat Beroda Guna PVC Untuk Pelajar Cacat Penglihatan Berlari Undang Sebak & Kagum!

Share

Pengorbanan seorang guru… Pelbagai kaedah mengajar yang digunakan oleh guru pada masa ini demi pelajar.

Lebih-lebih lagi jika membabitkan pelajar istimewa. Ini bagi memastikan mereka juga mendapat pendidikan dan layanan sebaik seperti mana pelajar biasa yang lain.

Perkongsian oleh Cikgu Wan Muadzam atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azam ini cukup dikagumi ramai. Apa tidaknya dia telah  berusaha apabila mencipta satu inovasi bagi membolehkan pelajarnya yang cacat penglihatan untuk berlari.

alat tersebut dimuatnaik olehnya menerusi laman TikTok. Dalam perkongsian tersebut, kelihatan pelajarnya berlari dengan menggunakan alat beroda yang diperbuat daripada PVC.

Sebelum ini, pelajarnya Itu dikatakan pernah menyertai satu acara larian sejauh 5km pada tahun lalu.Menurut Cikgu Azam, alat tersebut dicipta dalam dua versi.Yang  pertama disiapkan dalam masa tiga hari saja, manakala versi kedua pula siap dalam tempoh dua minggu.

Menurutnya lagi, pelajarnya yang bernama Alisya sangat gembira ketika pertama kali menggunakan alat itu, dia tidak perlu lagi memegang bahu Cikgu Azam dan menggunakan tali.

@cguazamRamai tanya ttg versi awal.Sebijik mcm trolley pasaraya 😂.Tapi Alisya waktu ni gembira sgt sebab 1st time lari xperlu pegang bahu cikgu @ guna tali.♬ original sound – K H A I
@cguazam Balas kepada @damiabakery ♬ bunyi asal – Cikgu Azam

Sumber: Cikgu Azam

ARTIKEL MENARIK: Senangnya Nak Buat Dadih Susu Full Cream Sedap & Berkhasiat. Tekstur Lembut Cair Di Mulut. Buat Sendiri Puas Hati!

ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club