Siapa sangka seorang pelajar sanggup memukul gurunya kerana tidak puas hati apabila rambutnya dipotong oleh guru berkenaan.
Pelajar tingkatan tiga bertindak memukul guru wanita di sebuah sekolah menengah di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, mangsa yang juga guru disiplin, 52 tahun pada ketika itu sedang membuat rondaan sebelum diserang pelajar tingkatan 3 itu.
Pada kejadian kira-kira pukul 12:30 tengah hari itu, guru wanita terbabit menerima laporan daripada seorang guru lain berhubung pelajar lelaki berusia 15 tahun yang berambut panjang.
Arsad berkata, mangsa kemudian bertindak menggunting rambut pelajar lelaki itu.
Pelajar lelaki itu marah dan mengugut mahu membunuh. Dia kemudian bertindak memukul mangsa dengan batang penyapu.
Susulan itu, pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor telah melakukan serbuan ke sebuah rumah dan menahan suspek.
Hasil ujian air kencing suspek adalah negatif dan semakan rekod mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah.
Suspek ditahan reman bermula hari ini hingga esok membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 506 (KK).
Sumber: Harian Metro
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Tip Didik Anak Ada ‘Common Sense’ Di Rumah Dengan Cara Mak ‘Malas’. Wanita Ini Kongsikan Kaedahnya.
Anak-anak ibarat kain putih, kita sebagai ibu bapa yang mencorakkannya. Andai betul cara kita, maka betullah perjalanan hidup anak-anak. Kerana itu, dalam mendidik anak-anak perlu mengikut cara yang betul.
Tidak salah jika mahu memanjakan anak, tetapi biar berpada-pada, jangan sampai memijak kepala kita suatu hari nanti. Belajar berdikari dari awal itu penting supaya anak-anak tidak hanya bergantung pada ibu bapa sahaja dalam segala aspek.
Wanita bernama Nurul Ilyani berkongsi tip dalam mendidik anak-anak. Semoga ilmu yang diberikan ini bermanfaat untuk kita semua. Usah biarkan anak menjadi raja dan ibu menjadi hamba kepadanya. Didik dan tanamkan rasa tanggung jawab di hati mereka insyaAllah kelak pasti akan menjadi anak yang berguna.
5 tip didik anak ada common sense di rumah dengan cara mak ‘malas’.
Hakikatnya mak ‘malas’ bukan malas. Mak ‘malas’ nak bagitahu semua orang ada tanggungjawab. Mak ‘malas’ bukan kuli. Tak ada raja, tak ada permaisuri, tak ada kuli. Ini keluarga kita, tanggungjawab kita. Yang ada pembantu rumah lagi kena hati-hati. Anak kita ada tendency meraja?.
Justeru wahai ibu-ibu:
#1 Sebelum tidur, mak ‘malas’ tak sediakan barang sekolah anak dia. Dia galak anak dia yang kemas sendiri. Cari sendiri baju, seluar, seluar kecil.
#2 Anak makan. Mak ‘malas’ tak kemas meja makan. Mak ‘malas’ kata, “lepas makan kemas meja, basuh pinggan, itu tanggungjawab”. Budak kecil umur 3 tahun sudah kena selesai sendiri. Mak ‘malas’ cuma touch up kasi elok saja.
#3 Anak main
Mak ‘malas’ tak penat-penat kemas semua. Dia panggil semua datang kemas. Semua kena stop main. Kena kemas. Kadang-kadang mak ‘malas’ memetir juga. Memetir dengan ayat berpengaruhlah, bukan berleter.
#4 Anak mandi. Baju sepah depan tandas, dalam tandas. Mak ‘malas’ tak kutip. Mak ‘malas’ kata, “baju kotor masuk bakul”. Yang kecil umur 3 tahun pun kena buat. Nasiblah dapat mak ‘malas’.
#5 Spring cleaning rumah. Mak ‘malas’ tak buat sendiri-sendiri. Mak ‘malas’ kata, “Anak-anak hari ini spring cleaning, Kakak sapu sampah, mop, abang dengan adik cuci toilet, abi buang sampah, kemas dapur”. Nasiblah dapat mak ‘malas’.
Pesan mak ‘malas’,
Ummu Ilham
Suburkan Tanaman Guna Sisa Bahan Dapur Je. Mudah, Jimat & Bebas Bahan Kimia!
Untuk menyuburkan tanaman bukan susah pun, guna je bahan-bahan buangan di rumah.
Petua ini dikongsikan oleh Lidya Izzati menerusi Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Hai Assalammualaikum. Hari ni kekya nak share 7 jenis baja yang berkesan. Setakat ni kesemua petua 7 jenis baja yang kekya dah kumpulkan. Kekya dah cuba. Sangat berkesan, mudah dan jimat. Pokok kekya pun gemuk-gemuk guna petua baja-baja ni tau. Kepada siapa yang tengah risau kenapa daun tak tumbuh banyaklah. Pokok tak membesarlah. Takpaa korang cuba petua 7 jenis baja ni. InsyaAllah sukses pokok korang. Selamat mencuba✌
https://lidyaizzati.com/7-jenis-baja-pokok-yang-berkesan/
1. Pernah sekali kekya cuba petua siram dengan air ajinomoto. Sekali kekya tengok daun kari keluar besor-besor daunnya. Siap ada buah kari lagi.
Sukatan untuk baja air ajinamoto. Satu paket kecil ajinamoto 33g lepas tu kekya campur dengan satu baldi air. Pastikan air baja ajinamoto dibiarkan semalaman. Lepas tu baru boleh terus siram dekat tanah bukan dekat pokok tau. Siram sekali seminggu. InsyaAllah menjadi.
Biasanya kekya siram pakai air ajinamoto ni untuk pokok kari, pokok pandan, pokok kunyit, pokok bunga kantan dan pokok limau purut. Semua kekya siram air ajinamoto ni.
Hari ke 11 dah boleh pakai. Ambil sikit baja air roti dan campur dengan air biasa. Rajin sembur-semburkan dekat daun dan batang pokok atau siram je air baja roti dekat pokok macam biasa.Tak lama tu pokok limau purut kekya pun keluar tunas baru. Daunnya lagi besar dari daun yang tua hijau pekat tu. Sesuai pokok limau kasturi, pokok limau nipis dan pokok limau purut. Sebab tu jaa pokok kekya ada masa tuu😂😂 Elok ja berbuah.
6. Baja Tahi Ayam boleh suburkan tanah sebab bahan organik di dalamnya mudah mereput. Baja ni berikan nutrien dan organisma untuk kesuburan tanah. Kelebihan baja tahi ayam lebih cepat terkompos dan mudah larut apabila kena air jadi nutrient akan mudah diserap oleh pokok.
Baja tahi ayam bagi tanah subur dalam jangka masa yang panjang berbanding penggunaan baja kimia. Sebab tu baja tahi ayam popular untuk pertanian.
Pokok kari memang suka air dan baja tahi ayam yang belum proses sebulan sekali kekya akan bagi baja ni. Kadang-kadang 2 minggu sekali
. Pokok kobis, pokok terung, pokok bendi, bayam brazil, pokok kacang botol, pokok sawi, pokok kangkung, pokok tomato dan petola. Kekya gunakan baja AB. Boleh beli dekat online shopee. Guna kaedah siraman fertigasi.
Kekya guna baja AB yang dah jadi cecair. Korang boleh beli serbuk baja AB. Balik rumah larutkan jadikan cecair boleh dapat 10 liter pati baja AB. Ada juga jual baja AB yang sudah siap dibancuh tapi rugi beli yang sudah siap dibancuh. Biasa kalau beli baja AB dia dah siap tulis sukatan bancuhannya. Boleh juga tanam sayur guna kaedah hydroponic bagi yang tiada tanah.
Racun sayur kekya sembur yang organik. Kadang-kadang kekya guna juga ubat serangga brogard dan ubat cuka kayu. Bagus untuk halang serangga. Ada jual kat shopee. Kekya sembur ubat serangga ni pakai spray 2 minggu sekali.
Extra Tips
Biasanya kalau kita beli anak pokok Limau kasturi mesti siap ada yang berbuah lagi. Bila ada buah. Kita akan tertarik untuk membelinya tapi kita silap bila kita tanam. Lama kelamaan daunnya mula takda tinggal buah sahaja. Jadi pastikan bila tanam dalam pasu atau atas tanah kena buang semua buahnya tujuan untuk bagi pokok fokus kepada pembesaran pokok dan daunnya bukan buahnya. Kena rajin-rajin cantas dahan atau daun yang rosak supaya pokok keluarkan tunas yang baru.
15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!
Selalunya anak yang dilahirkan kembar akan berkongsi tarikh lahir yang sama pun begitu berbeza dengan kembar yang diberi nama Aylin dan Alfredo Trujillo yang tidak dapat berkongsi tarikh kelahiran walaupun beza hanya 15 minit namun menjadikan mereka lahir di bulan dan tahun yang berbeza!
Memetik berita yang dikongsikan di Daily Star, Fatima Madrigal telah melahirkan Alfredo Antonio Trujillo pada pukul 11.45 malam (31 Dis 2021) manakala kembarnya, Aylin Yolanda Trujillo dilahirkan tepat pada tengah malam 1 Januari 2022, sekali gus menjadikan Aylin bayi pertama dilahirkan di hospital Monterey Country, Amerika Syarikat pada tahun 2022. Ianya cukup bersejarah!
Berat Aylin 5paun 14oz, manakala berat abangnya Alfredo adalah 6 paun 1 oz.
“Saya tidak sangka bahawa mereka dilahirkan pada tahun yang berbeza”, jelas Fatima dalam kenyataan akhbar di California.
“Saya terkejut dan gembira kerana dia (bayi perempuan) lahir tepat jam tengah malam.”
Keterujaan menanti kepulangan adik-adik kembar ini ke rumah pastinya lebih dirasai oleh abang sulung kerana salah seorang bayi itu merupakan bayi lelaki. Begitu juga buat dua anak perempuan pasangan ini tidak sabar untuk melihat adik-adik kembarnya pulang ke rumah.
Jarang terjadi, satu dalam 2 juta
Menurut Dr. Ana Abril Arias, beliau menyifatkan kelahiran bayi kembar ini sebagai salah satu kelahiran paling diingati dalam kerjayanya.
“Ini adalah suatu penghargaan kerana dapat menyambut kelahiran bayi-bayi kecil ini dengan selamat pada tahun 2021 dan 2022.
“Cara yang menakjubkan untuk memulakan Tahun Baru!,”katanya.
Menurut Pusat Kawalan Penyakit, kira-kira 120, 000 kelahiran kembar di Amerika Syarikat setiap tahun yang membentuk lebih 3% daripada semua kelahiran.
Walau bagaimanapun, kembar yang dilahirkan pada hari yang berbeza adalah lebih jarang dengan anggaran satu dalam 2 juta.
Terdapat satu kejadian yang sama terjadi apabila seorang wanita Indiana pernah melahirkan anak kembar pada 31 Disember 2019 jam 11.37 malam dan seorang lagi dilahirkan pada 1 Januari 2020 ketika jam menginjak pukul 12.07 pagi.
Sumber : Daily Star
Jom tonton video menarik adik-adik Bintang Kecil di Scream Park Sunway Lagoon.
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
ARTIKEL MENARIK : DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!
Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club