Cikgu bukan Islam ajar tulisan Jawi buat ramai warga maya kagum. Seorang guru Kristian, Loren Fren, telah menarik perhatian warga maya apabila videonya mengajar tulisan Jawi menjadi tular di media sosial.
Cikgu Bukan Islam Ajar Tulisan Jawi
Menerusi laman Facebook peribadinya, Loren, seorang guru sekolah rendah di Sabah, telah berkongsi video tersebut.
“Saya jarang-jarang mengajar tulisan Jawi, jadi saya buat video untuk kenang-kenangan. Habis topik Jawi tahun ini, sambung tahun depan pula…” tulisnya di ruangan kapsyen.
Loren turut menghasilkan nota Jawi sendiri sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Tulisan Jawi Loren yang kemas dan tersusun rapi berjaya mencuri perhatian warga maya. Ramai yang memuji usaha guru wanita itu.
Ramai juga yang kagum melihat kesungguhan Loren dalam menguasai tulisan Jawi, yang sering dikaitkan dengan budaya Melayu-Islam.
Menurut Loren, tulisan Jawi mula diperkenalkan dalam subjek Bahasa Melayu untuk murid Tahun 4 sejak tahun 2020, dan ia akan terus diajar hingga murid Tahun 6.
Ads
Langkah ini bertujuan memperkaya pemahaman murid terhadap aspek seni, warisan dan sejarah Melayu.
Buat Ramai Warga Maya Kagum
Bagaimanapun, sebagai seorang guru, Loren mengakui bahawa dirinya juga masih dalam proses pembelajaran.
Usaha Loren ini jelas membuktikan bahawa tulisan Jawi bukan hanya sekadar sebahagian daripada kurikulum sekolah.
Tulisan jawi juga merupakan warisan seni dan budaya yang perlu dihargai oleh setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira agama.
Kisah Loren ini turut mendapat perhatian daripada bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.
Ads
Beliau mengucapkan tahniah atas usaha dan dedikasi Loren dalam menyebarkan ilmu, serta menghormati dan mencintai budaya tempatan.
Apa yang dilakukan oleh Loren adalah contoh terbaik tentang semangat perpaduan dan toleransi di Malaysia. Sebagai seorang pendidik, Loren membuktikan bahawa pendidikan berperanan besar dalam menyatukan rakyat, dan bukan memisahkan mereka.
Rahmad Mega tak sabar timang cucu, anak kedua naik pelamin. Vokalis kumpulan Mega, Rahmad Tohak memaklumkan tidak sabar untuk memiliki cucu hasil perkahwinan anak keduanya, Farisha Eriena yang berlangsung baru-baru ini.
Rahmad Mega Tak Sabar Timang Cucu, Anak Kedua Naik Pelamin
Memetik Harian Metro penyanyi yang berusia 54 tahun ini begitu teruja kerana ada di kalangan rakan-rakan sebaya dengannya sudah mempunyai beberapa orang cucu.
“Ada kawan yang dah ada tiga, empat cucu, sedangkan saya seorang cucu pun belum ada. Jadi saya dan isteri memang menantikan detik-detik itu. Kalau dapat secepat mungkin lagi bagus.
“Farisha adalah anak kedua saya, tapi ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga saya. Anak yang sulung lelaki kini dah berusia 30 tahun. Anak ketiga juga lelaki, berumur 24 tahun.
“Mereka pun belum ada tanda-tanda nak kahwin. Saya tak halang mereka kalau nak kahwin nanti kerana nampak mereka ada sikap bertanggungjawab,” katanya.
Terdahulu, penyanyi lagu Takdir Dan Waktu ini dan isterinya, Norpaizah mengadakan majlis kenduri kahwin dan resepsi anak mereka, Farisha Eriena bersama pasangan, Shaiful Anwar Solehan di Setia Tropika Welcome Centre, Johor Bahru yang dihadiri kira-kira 1500 tetamu.
Majlis itu juga dihadiri rakan-rakan artis antaranya komposer LY dan isterinya Baiduri, Nizam Laksamana dan isteri, Ayai Illusi dan Bandi Amuk.
Mak ayah yang ada anak perempuan tentu tahu bagaimana perasaan terujanya untuk menggayakan anak-anak agar nampak cantik dan comel bila hendak pergi kemana-mana. Namun dimusim PKP ini, terasa tiada perlunya untuk bersiap dengan pakaian cantik dan didandan kemas, memandangkan semuanya duduk di rumah sahaja.
Pun begitu, lain pula kisahnya buat seorang ayah ini yang sering kali berkongsi video di tiktok sedang merias anak perempuannya yang diberi nama Rania. Difahamkan, ayah ini menjadikan suatu yang rutin setiap kali sebelum anaknya join kelas di zoom meeting.
“Bersiap Untuk Zoom Meeting…”
Menerusi satu perkongsian terkini dari @farismohamad_91 di tiktok berkongsi video sedang menyiapkan anak perempuannya sebelum menyertai zoom meeting. Apa yang menariknya, Rania juga dilihat turut memilih sendiri eyeshadow yang ingin digayakan dan turut memilih rona liptik mengikut citarasanya sendiri dan direalisasikan oleh ayahnya sekali gus penampilan Rania cukup cantik di hadapan kemera.
Sanggup Gunting Shawl
Berkongsi cara untuk pastikan tudung yang dipakai oleh Rania terletak kemas dan tidak terlalu bersar, siapa sangka Faris menggunting sedikit Shawl orang dewasa untuk Rania. Ini kerana menurutnya, bentuk shawl yang besar tidak selesa digunakan oleh anaknya. Bahkan di dalam posting video tersebut, Faris sempat lagi bertanya jikalau ada yang menjual tudung kanak-kanak dia ingin membelinya.
Video ini mendapat tontonan 679 ribu dan rata-rata di ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata pujian melihat kesungguhan seorang ayah menghias anak perempuannya. Malah tidak kurang juga meluahkan rasa rindu zaman kanak-kanak dan berkongsi pengalaman manis bila ayah mereka juga sering mendandan rambut mereka semasa kecil.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Anak bukanlah ukuran kebahagiaan bagi pasangan suami isteri kerana setiap orang mempunyai gaya dan matlamat hidup yang berbeza. Isu ada atau tiada anak dalam sebuah keluarga ini sememangnya hangat dan masih ada yang mempertikaikan perkara ini.
Turut terpalit dengan isu ini, pelakon Izzue Islam yang telah mendirikan rumah tangga bersama isteri tersayang Awin Nurin selama 9 tahun ini walaubagaimanapun masih belum dikurniakan anak. Melalui temubual bersama wartawan Keluarga, Izzue berkongsi beberapa tip yang boleh digunakan buat pasangan yang menghadapi masalah sama.
Tambahnya lagi, niatnya juga adalah untuk memberikan semangat kepada para pasangan yang mungkin sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat dan tertekan disebabkan kata-kata orang sekeliling.
“Cuba sibukkan diri dengan benda-benda yang best, dengan pasangan masing-masing atau perkara yang boleh buatkan korang tak fikir sangat tentang benda lain dan boleh fokus untuk korang punya kerjaya atau kerja”.
Selain itu, dia juga mengingatkan untuk cuba menjauhkan diri dengan orang yang toksik sama ada yang jauh mahupun dekat dengan sekeliling kita. Jika ditanya dengan soalan yang negatif pula, Izzue sebolehnya mahu memberikan respon yang positif untuk elakkan daripada terus terasa hati.
“Toksik ni maksudnya yang suka datang dekat kita kalau tanya bila nak dapat baby ni? Korang ni bila nak ada anak ni, semua orang dah dapat, itu contoh-contoh ayat toksik”.
“Bila berkahwin mesti menginginkan anak, setiap pasangan pun. Sama juga macam kami dan sebenarnya kami pun sudah mencuba dan belum lagi ada rezeki untuk ada anak”.
Penjelasan lanjut boleh lihat dalam video di bawah.
Sama seperti orang lain, Izzue dan isterinya juga menginginkan anak dan sudah berusaha selama 9 tahun ini. Tapi sekarang, dia juga tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara ini dan bersyukur dengan rezekinya yang lain.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.