TRENDING

Cik Epal Dedah 3 Ciri Bakal Suami, Siap Pakai Tudung Harga RM10!

Share

Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal hari ini meraih perhatian apabila memaklumkan  tidak akan kembali untuk bersama bekas suaminya, Jofliam kerana hatinya sudah mati untuk bapa kepada dua anaknya itu.

Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen menerusi satu hantaran di media sosialnya hari ini.

Dia sempat mengambil swafoto sebelum ke mahkamah mengenai kes penceraiannya. Baginya sekarang, adalah untuk terus maju ke hadapan tanpa ada niat untuk berpatah balik.

“Selfie selfot sebelum jumpa judge dekat court. Yang penting, aku nak jalan terus. Tak kan Kembali.”

Sementara itu, Cik Epal turut muat naik beberapa luahan hati menerusi Instagram Story. Antara tangkap layar memaparkan mesej dia nekad untuk tidak kembali bersama bekas suaminya, Jofliam kerana hatinya sudah mati untuk bapa kepada dua anaknya itu.

NOW IZINKAN AKU UNTUK IMROVE DIRI.
AKU MENJADI MANUSIA YANG LEBIH BAIK.
TAK NAK RUJUK.
HATI AKU DAH MATI UNTUK DUDU AKU. AKU NAK MOVE ON
AKU NAK KAHWIN LAIN KALAU ADA
JODOH LAIN.
KALAU ADA LELAKI YANG BOLEH
HARGAI AKU SEBAIKNYA SEBAGAI
ISTERI. AKU ONZZ

CIRI-CIRI BAKAL SUAMI 

Sementara itu menerusi tangkap layer Cik Epal mengakui jika bertemu jodoh kembali dengan lelaki lain dia reda dan turut mendedahkan ciri-ciri bakal suami lain jika ada jodoh kembali sama sebagaimana menerusi komen peminatnya iaitu lelaki yang matang, tidak kuat meroyan dan tak kuat drama.

CIRI BAKAL SUAMI IDAMAN CIK EPAL

  1. LELAKI MATANG
  2. TIDAK MEROYAN
  3. ‘TAK KUAT DRAMA’

 

“Memang ini ciri-ciri yang aku harapkan untuk bakal suami aku kelak.”

Sementara itu, gaya tudung sederhana Cik Epal ketika ke mahkamah turut mencuri perhatian netizen. Walaupun tudung tersebut nampak murah dengan harga hanya RM10, tetapi apabila digayakan oleh Cik Epal, ia kelihatan classy dan elegan!

 

NETIZEN BERI KATA-KATA SEMANGAT

Meninjau di ruangan komen rata-rata peminat mendoakan dan memberi kata-kata semangat dan tabah dengan kemelut rumah tangganya. Malah mendoakan dia kuat biarpun Kembali solo.

Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang bernama Han dan Yuki

 

Sumber: Instagram cikepal06