Chickenpox Selain Guna Losyen Dari Klinik, Ibu Ni Kongsi Petua Lain Untuk Cepat Sembuh!

Share

Ibu mana yang tidak risau lihat anak menaggung gatalnya sakit chickenpox.  Apatah lagi jika si anak masih kecil. Sedangkan kita yang dewasa pun rasa tidak selesa dan tidak sanggup merasa kegatalan tersebut dalam tempoh yang lama.  Terasa ingin segera dirawat dan sembuh.

Oleh itu,  melalui perkongsian daripada Hazirah Hanafiah, berkongsi pengalaman bagaimana ibu ini menjaga dan seterusnya merawat anaknya dengan menggunakan cara tradisional.

Nak tahu bagaimana,  jom teliti satu persatu cara yang dipraktikkan.


Sy nak kongsi pengalaman sy menjaga anak yg kena ‘chicken pox’ pada anda… Bukan mudah ya anak seusia setahun 7bulan kena ‘chicken pox’ ni… Betul² menguji kesabaran & ketabahan hati malah haruslah berfikiran positif kenapa kena ‘chicken pox’ pada usia yg terlalu awal…

1st day dah nampak biji² timbul sikit² kat dada aisyah n ada seketul cacar air kat leher die.. Terus bg die minum air kelapa… Wpun die xsuka tp paksa juga minum…

2nd day biji² cacar air tu timbul makin byk kat bhgian depan badan, blakang badan, leher & kaki… Dh byk mcm ni barulah bawa pegi klinik & doktor pun sahkan yg aisyah mmg kena ‘chicken pox’.. Doktor bg ubat demam, ubat gatal & calamine lotion… Sy guna calamine lotion utk beberapa hari shj… Sebabnya sy dpat petua gunakan beras & daun semambu… Beras tersebut haruslah direndam semalaman supaya menjadi lembut… Kemudian beras yg direndam td di blend bersama daun semambu… Dah blend haruslah disimpan di dalam peti sejuk kerana ia akan berair & rosak…. Sangat² mujarab menggunakan beras+daun semambu ini… Kesan² chicken pox cepat kecut…

3rd-7th day sy hanya sapukan beras+daun semambu yg diblend tu shj… Alhamdulillah kesan² parut chicken pox makin menghilang… Cuma di muka aisyah belum sepenuhnya menghilang.. Aisyah mandi dengan daun semambu & sabun himalaya… Sabun himalaya ni hanya dijual di Farmasi Caring… Sy pergi guardian & watsons area publika, hartamas & solaris xde.. Xtau laa kalau guardian & watsons tempat lain ada jual kan…

Gambar Aisyah guna beras+daun semambu tu pada hari ketiga kena ‘chicken pox’… Begitulah rupa bile dah kering… Harus bersabar kerana rumah akan ditaburi beras+daun semambu.. Hehehe…

Kepada parents yg anak² kena ‘chicken pox’ ni buatlah petua beras+daun semambu.. Lebih mujarab dari Calamine Lotion… Serasi ngan Aisyah… Mandi wajib gunakan Sabun Semambu Himalaya… Wpun ‘chicken pox’ tetap kena mandi…

Ini sahaja yg sy nak kongsikan… Terima kasih kepada yg mendoakan Aisyah… Sekarang Aisyah dh sembuh.. Alhamdulillah….

sumber :Hazirah Hanafiah