Chicken Nugget Stick, Jadikan Menu Jamuan Raya Sekolah Anak!

Share

Chicken Nugget Stick, Jadikan Menu Jamuan Raya Sekolah Anak!

Puas rasanya kita menikmati hidangan Hari Raya ketika berkunjung ke rumah sanak saudara dan jiran  tetangga, kini tiba pula giliran anak-anak kita ingin meraikannya di sekolah bersama teman-teman dan guru-guru.

Ini seperti kelaziman jamuan Hari Raya di sekolah menjadi agenda yang dinanti-nanti oleh anak-anak selain mereka teruja untuk menggayakan baju yang cantik ke sekolah. Bahkan anak-anak kita juga tidak sabar menanti hari tersebut untuk menikmati pelbagai hidangan  lazat dan enak yang dibawa oleh setiap rakan-rakannya.

 

 

Jadi memikirkan tentang menu untuk anak kita bawa ke sekolah, apakah juadah yang ingin kita sediakan ya?

Jika buntu, apa kata buatkan sahaja Chicken Nugget Stick ini yang pastinya digemari oleh anak-anak. Mudah untuk mereka capai dan nikmati dengan berselera. Pasti tidak cukup kalau sekadar makan satu cucuk sahaja!

Jadi di sini dikongsikan resipi daripada Puan Nurul Natasya Abidin untuk dijadikan panduan dalam penyediaan menu yang digemari ramai ini. Selamat mencuba.

 Bahan-bahan: 

Ayam bahagian dada – dikisar

Daun sup – cincang halus

Carrot – cincang halus

2 sudu tepung ubi

5 sudu tepung gandum

Garam

Lada sulah

 

 

Bahan salutan:

5 sudu tepung gandum

3 sudu tepung jagung

Telur-dipukul

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

Cara penyediaan:

1.Satukan ayam yang telah dikisar bersama dengan daun sup, lobak merah, tepung ubi, tepung gandum, garam dan lada sulah. Gaul sebati.

2.Ambil adunan dan kepalkan pada batang aiskrim atau lidi. Pun begitu jika adunan susah untuk melekat, bulat-bulatkan dan kukus. Kemudian barulah cucuk pada lidi.

3.Bila hendak digoreng , celup nugget dalam bancuhan telur yang telah dibancuh bersama tepung gandum dan tepung jagung.

4.Kemudian goreng hingga garing keemasan.

  1. Sedia dinikmati.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club