Biasanya kalau anak-anak ada yang alergik makanan laut seperti udang, sotong dan sebagainya, mesti terbatas menu yang boleh dinikmati olehnya.

Kasihan juga bila dia teringin nak makan sesuatu. Oleh itu, andai anak-anak yang kempunan untuk merasai keenakan rasa spegetti Aglio Olio yang lazat umpamanya, di sini dikongsikan resipinya yang hanya menggunakan ayam. Jadi sesiapa pun boleh menikmati tanpa risau dengan alergik. Jom semak perkongsian ini.

Salam Jumaat, pagi ni siapkan order Chicken Aglio Olio spaghetti. Mana yang jenis tak makan seafood tu boleh cuba buat ni.

IKLAN

Saya sharekan sekali resepi yg paling sedap dan mudah (bagi sayalah) lepas ni boleh masak sendiri je. Apa² pun ni my own style tau! Jangan kecam mengecam pulak ye kalau masak tak sama macam sis² sekalian
Chicken Aglio Olio,Resipi Lain Sikit Dari Biasa. Anak Comfirm Suka!

1 paket Spaghetti direbus mengikut arahan pek
(tos dan ketepikan) – mesti al dente tau, jangan overcook nanti hancur patah² tak cantik!
1 labu bawang putih (minced) – lagi banyak lagi sedap!
Dada ayam ikut banyak mana nak letak
Broccoli, cherry tomato, button mushroom (nak tambah capsicum pun boleh) saya tak letak!
* 1 biji kiub pati ayam
* 1 sb parsley flakes
* 1 sb oregano
(kalau ada mix herbs pun boleh letak)
* 1 sb chilli flakes
* 1 sb black pepper coarse
* 3 helai bay leaves
Olive oil
Garam secukupnya

IKLAN

1. Sauté garlic dgn olive oil.
2. Masukkan dada ayam.
3. Masukkan bahan bertanda *.
4. Masukkan broccoli dan button mushroom.
5. Masukkan spaghetti yg telah direbus, tambah air sikit nak bagi dia moist.
6. Garam secukupnya dan last sekali baru masukkan cherry tomato. Siap! Senang je…
*kalau nak tambah grated parmesan cheese pun boleh kat atas bila dah siap time panas².

IKLAN

Boleh share utk kegunaan semua. Doakan saya murah rezeki dan sihat² selalu.

sumber : Dila Abadi via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI